• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Triumph Tracker 400, Thruxton 400 2026 Lancar di UK! Hadiah untuk Peminat Retro!

Triumph Tracker 400, Thruxton 400 2026 Lancar di UK! Hadiah untuk Peminat Retro!

December 18, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Triumph Tracker 400 dan Thruxton 400 edisi 2026 lancar di UK

TRIUMPH Motorcycles nampaknya asyik bermain dengan siri 400 selepas menerima sambutan hangat. Terkini, Triumph memperkenalkan dua model baharu 2026, iaitu Tracker 400 dan Thruxton 400.

Buat kali pertama, Triumph hadir dengan model berilhamkan flat track menerusi Tracker 400, manakala Thruxton 400 pula membawa kembali gaya ikonik café racer kepada penunggang seluruh dunia.

Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK

Kedua-dua model menggabungkan rekabentuk retro menarik, dengan teknologi moden dan DNA Triumph.

Tracker 400 (foto atas kiri) dan Thruxton 400 (foto atas kanan) dikuasakan versi terkini enjin Siri TR yang sudah dipertingka berkuasa 42ps @ 9,000rpm, bersamaan peningkatan 5 peratus kuasa maksimum.

Dengan had rev lebih tinggi dab prestasi julat atas lebih kuat, evolusi terkini itu menawarkan peningkatan prestasi berbanding sebelum ini.

i. Triumph Tracker 400: Gaya Flat Track untuk Jalan Raya

Triumph Tracker 400 2026 | UK

Triumph Tracker 400 2026 dibangunkan berasaskan semangat perlumbaan flat track dengan rupa yang, agresif dan berkarakter.

Ciri utama:

  • Tangki bahan api gaya tracker dengan potongan untuk lutut
  • Pelindung angin (fly screen)
  • Penutup pelana (seat cowl) warna sepadan
  • Papan nombor dengan angka 400
  • Rim baharu dengan tayar Pirelli MT60 RS
  • Lampu depan LED bulat klasik
  • Sistem ekzos kembar jenis rentang atas
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK

Tracker 400 ditawarkan dalam tiga pilihan warna:

  • Aluminium Silver Gloss dengan grafik Racing Red
  • Racing Yellow dengan elemen Phantom Black
  • Phantom Black dengan kombinasi Dark Silver, Vanilla White dan Pearl Metallic White

Setiap skema warna dihiasi grafik gaya lumba dengan efek percikan lumpur, termasuk pada penutup pelana bagi menonjolkan identiti flat track.

Posisi Tunggang

Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK

Tracker 400 direka dengan casis ergonomik khusus:

  • Hendal lebih lebar,  bertambah 23mm dan kedudukan 134mm lebih rendah berbanding Speed 400
  • Peg kaki dialihkan 86mm ke belakang dan 27mm lebih tinggi
  • Kedudukan menunggang tegak dengan kawalan lebih agresif

Tidak hanya menyalin Speed 400 dan Scrambler 400 X, model itu menggunakan casis has yang dipadankan:

  • Fork terbalik (USD) Big Piston 43mm dengan jarak travel 140mm di depan
  • Monoshock  RSU jenis boleh laras pra-beban dengan jarak travel 130mm di belakang

Ketinggian tempat duduk ditetapkan pada 805 mm, sesuai untuk pelbagai ketinggian penunggang.

Enjin TR-Series Versi Dipertingkat

Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK

Tracker 400 menggunakan enjin TR-Series silinder tunggal 398cc terkini:

  • Output kuasa 42ps @ 9,000rpm, dan tork maksimum 37.5Nm @ 7,500rpm
  • 80 peratus tork tersedia seawal 3,000rpm
  • Profil aci sesondol baharu dan talaan enjin terkini
  • Sistem terotel elektronik ride-by-wire (RBW) dan transmisi klac manual 6-kelajuan

Gabungan itu membolehkan enjin meligat lebih tinggi dengan respons terotel lebih agresif dan mengujakan.

Teknologi, Perincian Premium

Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK

Walaupun berpenampilan klasik, Tracker 400 dilengkapi teknologi moden seperti:

  • Kawalan traksi boleh nyah aktif
  • Sistem brek dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Bantuan klac Sliper Assist
  • Spidometer analog dengan panel meter LCD bersepadu

Sistem brek menggunakan kaliper radial 4-piston, manakala rim aluminium tuang dan swingarm aluminium meningkatkan kekukuhan dan kualiti keseluruhan casis.

ii. Thruxton 400: Café Racer Moden

Triumph Thruxton 400 2026 | UK

Nama Thruxton kembali sebagai terjemahan moden kepada ikon cafe racer Triumph, dengan mengekalkan semangat klasik dan sentuhan kontemporari.

Antara ciri utama:

Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
  • Tangki bahan api  tertera lencana segi tiga Triumph
  • Fairing depan baharu dengan lampu LED bulat
  • Bar hendal jenis clip-on
  • Peg kaki jenis tetapan belakang (rear-set)
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
  • Penutup pelana peluru dan gad lumpur belakang dipendekkan
  • Lampu belakang LED kompak
  • Ekzos sport jenis rentang atas

Pilihan warna:

Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
  • Phantom Black / Aluminium dengan aksen Racing Red
  • Carnival Red Gloss / Aluminium Silver
  • Pearl Metallic White / Storm Grey dengan sentuhan Caribbean Blue
  • Metallic Racing Yellow / Aluminium Silver

Pengendalian Lebih Sporty

Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK

Thruxton 400 menggunakan casis dan talaan suspensi khas:

  • Bar hendal clip-on 40mm lebih ke dalam dan 246mm lebih rendah berbanding Speed 400
  • Peg kaki 86mm ke belakang dan 27mm lebih tinggi
  • Fork terbalik (USD) Big Piston 43mm dengan jarak travel 135mm di depan
  • Monoshock boleh laras dengan jarak travel 130mm
  • Tayar Pirelli Diablo Rosso IV

Enjin, Teknologi

Sama seperti Tracker 400, Thruxton 400 menggunakan enjin TR-Series 398cc paling berkuasa setakat ini, dengan karakter ligatan tinggi, prestasi pada rev tinggi yang lebih kuat dan bunyi enjin tersendiri Triumph.

Ciri teknologi ]:

  • Terotel elektronik ride-by-wire (RBW)
  • Kawalan Traksi boleh laras
  • Bantuan klac Slipper Assist
  • Sistem brek dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Panel meter analog LCD dan port pengecasan USB Type-C

Pilihan Aksesori

Triumph turut menawarkan barisan Aksesori Tulen Triumph seperti kowl enjin, pelapik tangki, penunjuk arah LED jenis peluru, cermin hujung hendal dan pelana premium berjsulam untuk Thruxton 400.

Harga, Waranti dan Ketersediaan

Kedua-dua model hadir dengan:

  • Selang servis 16,000km atau 12 bulan
  • Waranti global dua tahun tanpa had perbatuan, termasuk aksesori tulen Triumph
  • Kos pemilikan lebih rendah dan ketenangan jangka panjang

Harga Britain

  • Triumph Tracker 400 - £5,745 (RM31,340), mula tiba di pengedar Britain pada April 2026
  • Triumph Thruxton 400 - £5,995 (RM32,700), mula dijual pada Mac 2026
Triumph Tracker 400
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Tracker 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK
Triumph Thruxton 400 2026 | UK

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Cafe racer, Flat Track, roda2, Triumph, Triumph Thruxton 400, Triumph Tracker 400

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my