Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Triumph Thruxton TFC (2019) – Cafe Racer Edisi Terhad yang Dijual 750 Unit Sahaja
Roda2

Triumph Thruxton TFC (2019) – Cafe Racer Edisi Terhad yang Dijual 750 Unit Sahaja

AryonBy Aryon24/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TRIUMPH memulakan projek Triumph Factory Custom (TFC) 2019 dengan serentak mengumumkan Thruxton TFC dan model konsep Rocket TFC.

Setiap model TFC dihasilkan 750 unit sahaja seluruh dunia dan 200 unit untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) serta jualan dijadualkan bermula Jun tahun ini pada harga AS$21,500 (RM88,951). Perincian lengkap tentang model konsep Rocket TFC akan diumumkan Mei nanti.

BACA >>> Triumph Dedah Rocket TFC Concept, Beri Bayangan Bakal Kemunculan Rocket III Baharu?

LEBIH PRESTASI, ELEGAN

Thruxton TFC dibina berasaskan Thruxton R dengan enjin dipertingkat sebanyak 10hp daripada model standard menerusi piston tekanan tinggi, silinder digilap dan penggunaan profil aci baharu. Model edisi khas ini dipasangkan ekzos titanium Vance & Hines dengan hujung gentian karbon. Kilasan tork ialah 4Nm lebih tinggi berbanding R.

Output enjin berbeza turut mengubah konfigurasi mod tunggangan, Rain, Road dan Sport yang ditala khas untuk TFC. Sistem suspensi menggunakan khidmat Öhlins dengan fork NIX 30 boleh laras sepenuhnya untuk roda depan dan dwi absorber jenis piggyback untuk roda belakang.

Sistem brek menggunakan cakera dual apung dengan kaliper Monoblok radial M4.34 Brembo di depan, dan cakera 220mm dengan kaliper apung 2-piston Nissin di belakang, manakala tayar daripada Metzeler Rzcetec RR.

Menurut Triumph, setiap edisi TFC ialah model yang benar-benar terhad dan tidak akan diulang semula. Jadi setiap sentuhan rekabentuk dibuat bagi memastikan ia tampil unik dan berbeza dengan lencana TFC khas, plak nombor atas klamp tripel bilet, kemasan gentian karbon pada badan dan fairing depan, pelana kulit, cermin gelap dan penutup minyak aluminium bilet.

BACA >>> 12 Fakta Pantas – Triumph Speed Twin (2019) dengan Gaya Kasual dan Prestasi Sporty

Ada juga rim multispoke, penutup enjin, seksyen belakang dan cat dengan aksen emas dan besi digilap atas tangki. Hasilnya ialah Thruxton elegan yang benar-benar berbeza.

GALERI
roda2 Triumph Triumph Thruxton R Triumph Thruxton TFC
Aryon

Artikel Berkaitan

Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES
Roda2

BSH Beri ‘Nafas’ Baharu Buat Honda Africa Twin, Harga RM99,888

03/03/2026
Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.