Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Triumph Street Triple RS (2020) Lancar dengan Wajah Baharu, Enjin Dipertingkat
Roda2

Triumph Street Triple RS (2020) Lancar dengan Wajah Baharu, Enjin Dipertingkat

AryonBy Aryon10/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TRIUMPH Street Triple RS (2020) baru saja dilancarkan dengan mengekalkan siluet klasik barisan Street Triple, tetapi direka semula gaya untuk jadi lebih praktikal dan trendy.

Perubahan paling ketara ialah perincian Street Triple RS (2020). Lampu utama direka semula yang kali ini nampak lebih agresif, manakala casis badan kini lebih terdedah. Berat streetfighter ini juga dikurangkan kepada cuma 166kg. Malah Triumph mendakwa ini ialah model segmen 750cc paling ringan.

BACA >>> Triumph Speed Triple S dan RS (2018) Kini Lebih Canggih, Berkuasa

Enjin Street Triple RS (2020) turut diperbaharui untuk menjana lebih kuasa tetapi masih patuh standard emisi Euro 5. Ia dibina berasaskan pengalaman yang diraih daripada perlumbaan Moto2 yang mana Triumph menjadi pembekal rasmi untuk enjin jentera dalam kejuaraan kelas kedua MotoGP itu.

Masih mengekalkan trenkuasa 3-silinder 765cc, prestasi jentera kuasa mampu meledak kuasa setinggi 121hp dan tork 77.3Nm, meningkat 9 peratus daripada enjin sedia, kuasa 116hp dan tork 76Nm. Pecutan juga lebih lancar menerusi penggunaan komponen ekzos baharu selain aci engkol dan klas yang juga baharu.

Sistem suspensi mengekalkan fork Showa BFF dengan travel 41mm di depan dan monoshock Öhlins STX40 di belakang. Sistem brek pula menggunakan dua kaliper brek monoblok Brembo M50 4-piston dengan diameter cakera 310mm di depan, manakala brek belakang juga menggunakan khidmat Brembo 1-piston

BACA >>> Triumph Daytona Moto2 765 Limited Edition yang Paling Hampir dengan Jentera Lumba

Ciri lain Street Triple RS (2020) ialah skrin pemuka TFT baharu dengan konektiviti Bluetooth. Menerusi aplikasi mobil MyTriumph, penunggang dapat mengakses aplikasi navigasi, kawalan muzik, mendengar dan menjawab panggilan telefon, termasuk mengawal kamera aksi GoPro.

Ada lima mod tunggangan diberikan, iaitu Track, Sport, Street, Rain dan kustom yang boleh disetkan sendiri.

BACA >>> Triumph Rocket 3 (2019) Lancar Varian GT dan R, Harga Bermula RM98k

GALERI
naked bike roda2 streetfighter Triumph Triumph Street Triple RS (2020)
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.