• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Transmisi Model MINI 2018 Tampil Teknologi DCT 7-Kelajuan Baharu!

Transmisi Model MINI 2018 Tampil Teknologi DCT 7-Kelajuan Baharu!

December 20, 2017 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


BARISAN MINI 3-Pintu, 5-Pintu dan Konvertibel bakal mendapat Transmisi Dwi-Klac (DCT) 7-kelajuan serba baharu untuk model-model jenama itu sepanjang 2018.

Transmisi baharu berkenaan menjanjikan pengalaman anjakan gear lebih pantas selain turut menambah baik aspek penggunaan bahan api bagi ketiga-tiga model MINI paling kecil itu. Ia juga bakal menggantikan kotak gear terdahulu jenis automatik Steptronic 6-kelajuan dan bakal ditawarkan dalam semua varian enjin. Bagaimanapun, transmisi manual 6-kelajuan kekal sebagai opsyen standard.

Menyertai DCT baharu itu ialah kehadiran tombol gear elektronik penuh unik, yang akan kembali semula kepada kepada posisi asal selepas memilih gear, sama seperti model-model BMW.

BACA >>> MINI 1499 GT Bangkitkan Semula Nostalgia Model Klasik Ikonik British

Tombol gear baharu itu juga memuatkan ciri butang 'P' untuk kunci parkir dan posisi 'S' untuk mod sport dan anjakan manual menggunakan pedal khas di stereng.

Ciri DCT turut menggunakan data navigasi bagi menguruskan poin anjakan dalam mod automatik penuh, termasuk menyokong fungsi mula/henti enjin.

MINI mendakwa DCT menampilkan fungsi crawl (rangkak) yang membolehkan kereta bergerak lembut dari posisi pegun tanpa perlu menekan pedal minyak. Ciri begini cukup membantu pemandu yang sedang berdepan kesesakan trafik.

Keselesaan penumpang dalam kabin turut dipertingkat, terutama dalam situasi henti dan pergi (stop and go) yang kerap berdepan dengan masalah getaran dan bising enjin yang melahu kerana rpm rendah. Tetapi kini masalah itu dapat diredakan menerusi roda tenaga dwi- jisim (dual-mass flywheel) dengan pendulum sentrifugal.

MINI 3-Pintu, 5-Pintu dan Konvertibel kini dibuka untuk tempahan dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan baharu!

GALERI

FacebookTwitter

Filed Under: Mini, Roda4 Tagged With: 7-speed dual-clutch transmission, auto terkini, DCT, kotak gear, Mini, Roda4, Steptronic, transmisi, transmisi dwi-klac 7-kelajuan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
    #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my