• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Trak Tugas Ringan Foton Aumark S City Flyer Lancar, Harga Mula RM93.9k!

Trak Tugas Ringan Foton Aumark S City Flyer Lancar, Harga Mula RM93.9k!

June 21, 2022 By Shawkath Leave a Comment

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANGKA-Tan Motor memperkenalkan trak komersial ringan Foton Aumark S City Flyer versi 4-Roda serba baharu sebagai satu pendekatan melengkapkan portfolio tawaran trak dan memenuhi permintaan, khususnya kegunaan sektor logistik tempatan.

Firma itu adalah anak syarikat Warisan TC Holdings dan juga ahli Tan Chong Group. Ada dua varian Aumark S City Flyer diumumkan untuk pasaran Malaysia.

Foton Angka-Tan - 1
Foton Angka-Tan - 0

Angka-Tan mengesahkan menerima tempahan 20 unit trak berkenaan dan pra-tempahan masih dibuka. Sebagai permulaan, trak versi import (CBU) akan ditawarkan terlebih dahulu sebelum model pemasangan tempatan (CKD) dijual.

Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) Warisan TC Holdings, Tan Keng Meng berkata, Angka-Tan bercadang menguasai 3 hingga 5 peratus pegangan pasaran dalam segmen trak komersial ringan.

KENAPA TIADA BEG UDARA?

Seperti kebanyakan trak komersial 'mampu milik', siri terbaharu Foton juga TIDAK dilengkapi beg udara sebagai ciri keselamatan. Beg udara cuma ditawarkan sebagai opsyen tambahan yang sudah semestinya melibatkan tambahan wang.

Malah firma itu berpendapat tali keledar sudah mencukupi sebagai asas keselamatan untuk pemandu trak komersial.

Pengurus Besar Beiqi Foton Motor untuk Wilayah Asia Tenggara, Eric Wang menjelaskan senario mengenai beg udara pada trak Foton. Menurut, ada dua kategori pembeli trak yang perlu diketahui:

  • Pemilik (bukan pemandu) lebih mementingkan aspek kos.
  • Pemandu akan menumpukan aspek keselamatan.

Ini antara sebab banyak pengeluar, pengedar dan penjual trak tidak menjadikan tawaran beg udara sebagai ciri standard walaupun itu bukan syarat wajib. Apapun, pelanggan ada pilihan meminta tambahan beg udara jika mahu. Berikut perincian trak tersebut:

VARIAN DAN HARGA

Foton Aumark S City Flyer versi 4-Roda BJ1065 didatangkan dalam dua opsyen, iaitu:

  • VDJD4 - RM93,900
  • VDJD6 - RM95,900

* Harga disyorkan dan belum mengambil kira caj berkaitan.
* Waranti lima tahun atau jarak perbatuan 200,000km (mana satu tiba dulu).
* Perbezaan kedua-dua model itu membabitkan jarak roda, dimensi panjang, radius pusingan, berat kasar dan kapasiti tangki minyak.

TRENKUASA

  • Enjin diesel 4-silinder sebaris 2.8L pengecas turbo dengan sistem penyejukan cecair dan teknologi suntikan bahan api, menawarkan kuasa 127hp @ 3,200rpm dan tork 310Nm @ 1,600-2,700rpm.

  • Kotak gear manual 5-kelajuan dengan rekabentuk gear turbin dioptimumkan bagi membantu mengurangkan bunyi bising. Trenkuasa patuh emisi piawaian Euro3.
  • Berat kasar 5.6 tan. Dimensi lebar 1,880mm dan tinggi 2,260mm.

  • Sistem stereng hidraulik dengan sistem brek hidraulik berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA).
  • Memiliki binaan badan fleksibel dan ringan dengan menawarkan produktiviti dan kecekapan tinggi dalam operasi penggunaan harian.

Related

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Angka-Tan Motor, Eric Wang, Foton Aumark S City Flyer, Roda4, Tan Keng Meng, Trak Komersial Ringan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev