Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
Roda4

BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!

SyafieBy Syafie18/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BYD Shark 6

PENGELUAR kenderaan elektrik (EV) global, BYD mengejutkan ramai peminat automotif tempatan apabila memperkenalkan BYD Shark 6 buat kali pertama di Malaysia sempena acara BYD Tech Discovery 2025 yang sedang berlangsung di Plaza Arkadia, Desa ParkCity hujung minggu ini.

Trak pikap hibrid plug-in (PHEV) itu antara model utama mencuri tumpuan di pameran berkenaan, yang menampilkan teknologi canggih Dual Mode Off-road (DMO) Super Hybrid, iaitu sistem pacuan pintar yang dibangunkan BYD sendiri.

Saiz Setanding Ford Ranger, Tapi Lebih Tinggi!

BYD Shark 6
BYD Shark 6

Dari segi dimensi, BYD Shark 6 hadir dengan dimensi panjang 5,457mm, lebar 1,917mm, dan tinggi 1,925mm, manakala jarak roda 3,260mm, hampir menyamai Ford Ranger, tetapi lebih tinggi sedikit.

Ruang kargo belakang memiliki 1,450 liter, dengan beban maksimum 835kg, manakala kapasiti tunda mencecah 2,500kg, sekali gus menjadikan model itu antara trak hibrid paling berkuasa dalam segmen

Kuasa DMO Super Hybrid – 436PS, 650Nm!

BYD Shark 6

Jantung utama Shark 6 ialah sistem DMO Super Hybrid yang menggabungkan enjin petrol 4-silinder sebaris 1.5L turbo dengan dua motor elektrik.

  • Enjin petrol menghasilkan output kuasa 184ps dan tork 260Nm
  • Motor depan: 231ps, dan tork 310Nm
  • Motor belakang: 204ps, dan tork 340Nm

Secara keseluruhan, sistem itu menjana output kuasa 436ps (430hp) dan tork 650Nm,  dengan pecutan 0-100kmj hanya dalam 5.7 saat serta kelajuan maksimum 160kmj.

Jarak 840km, Ciri Teknologi Lengkap

BYD Shark 6
BYD Shark 6

Motor elektrik dikuasakan bateri bilah litium-besi-fosfat (LFP) Blade 29.58kWj, yang menawarkan jarak pemanduan elektrik 100km. Dengan bantuan enjin, jarak keseluruhan mampu mencapai 840km bagi setiap tangki petrol penuh.

Sokongan pengecasan termasuk:

  • AC hingga 7kW
  • DC maksimum 55kW (30 – 80 peratus dalam 25 minit)
  • Fungsi V2L (Vehicle-to-Load) dengan kuasa hingga 6kW, cukup untuk menghidupkan perkakas elektrik ketika perkhemahan atau kerja luar

Rekabentuk Premium, Ciri Pintar dan ADAS Lengkap

BYD Shark 6

BYD Shark 6
BYD Shark 6

Unit dipamerkan difahamkan ialah spesifikasi Australia, berdasarkan jenis soket pengecas 3-pin yang digunakan. Antara kelengkapan utama ialah:

  • Unit infotainmen 15.6 inci boleh putar
  • Lampu utama LED
  • Rim aloi 18 inci
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
  • Kluster instrumen digital 10.25 inci
  • Kerusi depan boleh laras elektrik
  • Penyaman udara dua zon
  • Sistem Batuan Pemandu Termaju (ADAS) penuh, termasuk Brek Kecemasan Automatik (AEB), Amaran Lorong dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)

Petunjuk Awal Pelancaran di Malaysia?


Buat masa ini, BYD belum mengesahkan sama ada Shark 6 akan dipasarkan di Malaysia. Namun, kemunculan di acara rasmi BYD Malaysia memberi petunjuk jelas pelancaran rasmi model itu mungkin berlaku seawal tahun depan.

Jika dibawa masuk, trak pikap itu  dijangka hadir sebagai model import (CBU) kerana trak pikap masih menikmati pengecualian cukai di pasaran tempatan.

Apapun, BYD Shark 6 setakat ini hanya ditawarkan dalam bentuk PHEV, dan bakal menjadi pencabar serius dalam segmen trak pikap moden teknologi tinggi.

BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
BYD Shark 6
Auto Terkini BYD Malaysia BYD Shark 6 BYD Sime Motors BYD Tech Discovery 2025 Hibrid Plug-In (PHEV) Plug-in Hybrid (PHEV) Roda4 Trak pikap
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    GrabX2026: Grab Lancar 13 Ciri AI, Sasar Jadi Pembantu Harian Lebih Pintar di Asean

    08/04/2026
    JPJ Negeri Sarawak sita Ferrari ultra-terhad
    Auto Terkini

    Op Luxury: JPJ Sarawak Sita Ferrari ‘Ultra-Terhad’

    08/04/2026
    Auto Terkini

    Hap Seng Star Sambut 140 Tahun Mercedes-Benz Dengan Acara Istimewa Hujung Minggu Ini

    08/04/2026
    Roda4

    Porsche ‘Tease’ 911 Baharu, Mungkin GT3 Cabriolet Paling ‘Pure Driving Pleasure’

    08/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.