• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Vios Challenge Musim ke-3: Shawn Lee, Tengku Djan Kembali Penuh Gaya!

Toyota Vios Challenge Musim ke-3: Shawn Lee, Tengku Djan Kembali Penuh Gaya!

September 6, 2019 By Azhan O Leave a Comment

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEKAS juara Shawn Lee dan Tengku Djan Ley masing-masing kembali dengan penuh gaya dalam saingan Toyota GAZOO Racing (TGR) Festival musim ketiga dan Toyota Vios Challenge yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu.

Selepas menamatkan musim kedua dengan berentap sesama pelumba amatur dalam kelas Sporting, Shawn dan aktor Shukri Yahaya kini menjadi dua pelumba yang mendominasi kelas Promotional, dikhaskan untuk pelumba selebriti.

Sementara itu, pelumba drift terkenal negara, Tengku Djan kembali beraksi dalam kelas Super Sporting, untuk pelumba profesional dengan menamatkan saingan di tempat kedua. Pada musim pertama lalu, beliau adalah juara kelas Super Sporting.

BACA >>> Festival Toyota GAZOO Racing (TGR) Kini Musim ke-3, Tampil Ain Edruce dan Syafiq Kyle

Berlangsung di litar jalanan binaan khas sepanjang 1.65km, TGR Festival dan Toyota Vios Challenge ialah siri perlumbaan jalanan perdana Malaysia.

KELAS PROMOTIONAL

Tempat ketiga kelas Promotional direbut aktres Diana Danielle yang juga juara kategori tersebut musim lalu. Beliau sepatutnya menamatkan saingan di kedudukan keempat apabila ketinggalan kira-kira 37 saat di belakang di belakang pelawak Nabil Ahmad, tetapi peluang menaiki podium kembali terbuka apabila lawannya itu terbabit kemalangan apabila berlanggar tembok konkrit. Turut tersingkir daripada saingan ialah pelumba baharu Syafiq Kyle.

Sementara itu, Khai Bahar, Nabila Razali, Wany Hasrita, Janna Nick dan Ain Edruce masing-masing menamatkan saingan di tempat keempat hingga lapan.

KELAS SUPER SPORTING

day-1-tgr-festival-2019-vios-challenge-season-3-terengganu-32
day-1-tgr-festival-2019-vios-challenge-season-3-terengganu-31
day-1-tgr-festival-2019-vios-challenge-season-3-terengganu-33

Perlumbaan kategori elit ini menyaksikan saingan sengit dan bersih dari awal hingga akhir dengan Mark Darwin dari pasukan Laser Motor Racing menghabiskan 22 pusingan litar dengan beza masa setengah saat di depan Djan (23 Motors). Di tempat ketiga pula ialah Bendon Lim (Tedco Racing).

Djan ialah bekas juara kelas Super Sporting musim pertama dan tidak beraksi dalam saingan musim kedua.

KELAS SPORTING

Kelas Sporting yang menghimpunkan pelumba amatur dimenangi Kenneth Koh (Panglima City Racing Team), disusuli Clement Yeo (Team Distinctive Model) kedua dan Dato' Ken Foo (Kulim Topwheels) ketiga.

Ketiga-tiga pelumba mengekalkan posisi masing-masing bermula awal perlumbaan hingga pusingan tamat dengan jarak masa 3 saat setiap seorang.

HARI KEDUA YANG LEBIH DRAMA, SERONOK

day-1-tgr-festival-2019-vios-challenge-season-3-terengganu-30
day-1-tgr-festival-2019-vios-challenge-season-3-terengganu-27
day-1-tgr-festival-2019-vios-challenge-season-3-terengganu-28
day-1-tgr-festival-2019-vios-challenge-season-3-terengganu-26
day-1-tgr-festival-2019-vios-challenge-season-3-terengganu-25

Hari kedua TGR Festival akan diteruskan hari ini yang pasti menjanjikan lebih banyak drama. Ada juga acara menarik untuk dinikmati pengunjung yang datang ke acara ini seperti pameran dan pandu uji kenderaan Toyota baharu, persembahan drift daripada pelumba drift Jepun dari Toyo Tires, cabaran simulator perlumbaan, permainan pentas dan persembahan selebriti, aktiviti promosi, cabutan bertuah, jualan aksesori, dan sesi tandatangan bersama selebriti kelas Promotional.

KEPUTUSAN

PROMOTIONAL
  1. Shawn Lee
  2. Shukri Yahaya
  3. Diana Danielle
  4. Khai Bahar
  5. Nabila Razali
SPORTING
  1. Kenneth Koh (Panglima City Racing)
  2. Clement Yeo (Distinctive Model)
  3. Dato’ Ken Foo (Kulim Topwheels)
  4. Hayden Haikal (S&D Motorsports)
  5. Wong Chin Eeg (Hiewa Racing Team)
SUPER SPORTING
  1. Mark Darwin (Laser Motor Racing)
  2. Tengku Djan Ley (23 Motors)
  3. Brendon Lim (Tedco Racing)
  4. Kenny Lee (Kegani Racing)
  5. Freddie Ang (Telagamas Toyota)
GALERI

Related

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Roda4, Shawn Lee, sukan permotoran, Tengku Djan Ley, Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival, Toyota GAZOO Racing (TGR) Festival Musim Ketiga, Toyota Vios Challenge

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev