Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Terus Dominasi Podium Perlumbaan Enduran Sepang, S1K2023
Auto Terkini

Toyota Terus Dominasi Podium Perlumbaan Enduran Sepang, S1K2023

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/12/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA anda masih ingat, Toyota berjaya mendominasi tiga daripada lima ranking teratas keseluruhan perlumbaan 1000KM Endurance Race (S1K), tahun lalu.

Nampaknya, pengeluar itu mengulangi sejarah sama tahun ini apabila tiga kenderaan jenama itu kembali memenuhi tiga daripada lima kedudukan teratas perlumbaan S1K 2023.

TOYOTA NAIK PODIUM LAGI

Bukan setakat itu saja, perlumbaan itu turut disertai 13 kereta Toyota membabitkan 11 model Vios dan dua unit Yaris.

Lebih membanggakan, semua jentera Jepun itu berjaya menamatkan perlumbaan tanpa mana-mana pasukan berundur awal atau tersingkir.

S1K 2023 menyaksikan penyertaan 77 kereta di grid lumba, tetapi cuma 58 pelumba menamatkan perlumbaan.

Sebagai makluman, Toyota secara rasmi menyertai S1K sejak 2021 tanpa gagal menduduki podium sejak tahun pertama penyertaan.

SIAPA JUARA KALI INI?

Tempat pertama dimenangi wakil pengedar Toyota, Wing Hin Motorsport menerusi dua pelumba, Amer Harris dan Nabil Azlan.

Dua mantan rookie GAZOO Racing itu dinobatkan juara keseluruhan S1K 2023 dengan melengkapkan 169 pusingan, iaitu lima lap di depan pencabar terdekat sebelum bergelar juara. Menariknya, kereta digunakan Amer dan Nabil ialah model Yaris.

Pasukan Toyota GAZOO Racing (TGR) Malaysia pula mengakhiri saingan di tempat ketiga selepas menamatkan persaingan sengit sembilan jam di Litar Antarabangsa Petronas Sepang.

Pelumbanya, Tengku Djan Ley dan Naquib Azlan, yang juga juara S1K 2022 bersaing di trek sama menggunakan model Vios.

KEMAMPUAN TOYOTA TERBUKTI DI S1K

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K mengulas kejayaan Toyota dalam S1K dengan berkata;

Bagi melihat kenderaan Toyota atas podium selama tiga tahun berturut-turut dalam S1K, termasuk dua kali memenangi keseluruhan perlumbaan sudah tentu suatu keadaan yang jauh lebih baik.

“Reliabiliti sudah sinonim dengan Toyota, dan jenama itu secara progresif beralih kepada pencapaian prestasi menerusi kemenangan dalam sukan permotoran global dan peringkat tempatan.

“Kedua-dua model Yaris dan Vios sudah mengharungi ujian dan cabaran di trek, serta muncul juara. Ini bukti keupayaan sebenar model-model itu dan komitmen Toyota untuk terus menghasilkan kereta lebih baik buat pelanggan kami.”

VIOS GEN-4 SERTAI MUSIM 2024

Model Toyota Vios generasi ketiga sudah membuktikan kemampuan dan prestasi dalam sukan lumba selepas mengharungi enam tahun perlumbaan GR Vios Challenge dan GR Vios Sprint Cup selama tiga tahun.

Dalam perlumbaan S1K, Vios mencatat kemenangan Kelas di tangga ke-11 pada tahun pertama pembabitan, dan muncul juara 2022. Terbaharu dalam S1k 2023, Vios merangkul kedudukan ketiga.

Bermula musim ketujuh GR Vios Challenge tahun depan, Vios generasi keempat akan menjadi model pengganti model semasa.

Vios baharu dilancarkan pada Mac lalu yang dibina berasaskan platform lebih ringan yang menekankan aspek rekabentuk dan penggunaan material kekuatan tinggi.

Kemajuan kejuruteraan itu meningkatkan aspek ketegaran kenderaan dengan berat 100kg lebih ringan berbanding Vios generasi ketiga. Malah trenkuasa Vios baharu menampakkan perubahan masa lap di litar dalam ujian awal.

Ravindran menjelaskan;

Vios dibina untuk mengoptimumkan kuasa, reliabiliti dan ketahanan yang bukan sekadar keseronokan pemanduan, tetapi juga memberikan prestasi keselamatan sama ada di jalan raya atau kondisi paling mencabar dalam suatu pertandingan.

“Vios kekal salah satu model paling popular dalam segmen-B di pasaran dan menjadi instrumen penting mengemudi Toyota untuk terus mendominasi segmen bukan nasional di Malaysia.”

PEMENANG GR VIOS ENDURO CUP

Sementara itu, perlumbaan GAZOO Racing Vios Enduro Cup yang berlangsung sebagai kelas individu dalam perlumbaan sama menyaksikan trio pelumba Axle Sports (Tse, Kah Hing, Mikko Nassi dan Wu Hin Lun) memenangi hadiah RM10,000.

Tempat kedua pula menjadi milik pasukan Race Rally KL, iaitu Shafiq Samsudin, Ahmad Nadzrie dan Kelvin Yap yang membawa pulang tunai RM8,000.

Pasukan 23 Motors menerusi pelumba Abdul Miqail dan Amir Mirza muncul pemenang tempat ketiga dengan ganjaran tunai RM6,000.

Sebanyak 10 kereta lumba bersaing dalam kelas perlumbaan tersebut yang semuan pelumba melengkapkan sembilan jam perlumbaan dalam cabaran enduran sejauh 1,0000km.

1000KM Endurance Race (S1K) Amer Harris Datuk Ravindran K. Litar Antarabangsa Petronas Sepang Nabil Azlan S1K 2023 Toyota GAZOO Racing (TGR) Malaysia UMW Toyota Wing Hin Motorsport
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nozel pam minyak
Auto Terkini

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 Walaupun Harga Minyak Global Tidak Menentu

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.