Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Tacoma TRD Pro (2024) Tampil Bergaya, Lasak dengan Suspensi FOX
Roda4

Toyota Tacoma TRD Pro (2024) Tampil Bergaya, Lasak dengan Suspensi FOX

Abang HirataBy Abang Hirata12/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI AMERIKA SYARIKAT (AS), saingan kenderaan segmen trak pikap memang sengit yang dijuarai Ford F-Series sejak sekian lama. Pada 2022, daripada 10 model terlaris di AS, separuh adalah trak pikap.

Daripada lima trak pikap tersebut, di tempat kelapan ialah Toyota Tacoma dengan jualan 237,323 unit.

Di sana, Toyota Hilux tidak dijual seperti kebanyakan negara lain, dan Tacoma berada dalam segmen trak pikap saiz sederhana yang diletakkan di bawah trak pikap saiz penuh Tundra.

Toyota Tacoma generasi ketiga dikeluarkan sejak 2015 dan pengguna AS bakal menerima model pengganti yang baru saja diperkenalkan. Tacoma generasi keempat (2024) dibangunkan berasaskan platform TNGA-F yang sebelum ini digunakan Tundra dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Sequoia (2022).

Rekabentuk Toyota Tacoma diterajui Pusat Rekabentuk CALTY di California dan Michigan, AS sama seperti Tundra dan Sequoia.

Kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) kejuruteraan dilakukan di Pusat Teknikal Toyota di Michigan, Arizona dan California.

Casis Tacoma dibina daripada keluli kekuatan tinggi dengan kaedah pencetak (blanking) dan kimpalan laser bagi meningkatkan ketegaran. Bahagian atas badan menggunakan aluminium bagi mengurangkan berat.

Anggota silang (cross member) kerangka diperkukuh bagi meningkatkan ketahanan dan sokongan kepada beban tambahan seperti khemah dan pelbagai perkakasan yang dipasang atas Tacoma.

Untuk praktikaliti, Toyota menyediakan slot pada bumbung untuk memudahkan pengguna memasang rak bumbung. Anggota silang baharu turut dipasang pada kotak gear stereng supaya lebih rigid dan meningkatkan lagi input stereng kepada pemandu dan dinamika pengendalian.

Aspek pengendalian dan tampungan beban pula, Toyota Tacoma SR, SR5 XtraCab dan TRD PreRunner dipasang spring daun (leaf), manakala model lain dibekalkan suspensi belakang jenis multipautan (multilink)

Semua model dipasang brek cakera,manakala Toyota Tacoma TRD dan ke atas dilengkapi brek depan lebih besar. Saiz brek belakang lebih besar juga digunakan Tacoma TRD dan ke atas, termasuk Tacoma dengan enjin i-FORCE MAX.

Dari segi penawaran, Toyota Tacoma (2024) meriah dengan pelbagai model seperti SR, SR5, TRD PreRunner, TRD Sport, TRD Off Road, Limited, TRD Pro dan Trailhunter.

Seperti biasa, ada dua gaya badan, iaitu:

  • Tacoma Double Cab 4-pintu dengan pilihan kargo (bed) 5 atau 6 kaki
  • Toyota Tacoma XtraCab 2-pintu

Menggerakkan Toyota Tacoma (2024) ialah enjin 4-silinder 2.4L turbo berkuasa 228hp dan tork 329Nm (Tacoma SR). Model lain dengan output 278hp dan tork 429Nm apabila dipadankan transmisi automatik kawalan elektronik pintar (ECT-i) 8-kelajuan.

Toyota juga menawarkan transmisi manual pintar (iMT2) 6-kelajuan . Menariknya, ada fungsi padanan rev automatik dan anti-enjin mati (anti stall). Tacoma versi manual menghasilkan 270hp dan tork 420Nm.

Pembeli yang mahukan Toyota Tacoma paling berkuasa boleh dapatkan model dengan enjin hibrid i-FORCE MAX dan dijadikan ciri standard untuk TRD Pro dan Trailhunter.

Pakej i-FORCE MAX menggabungkan enjin 2.4L Turbo dengan motor elektrik 48hp dan padanan transmisi automatik 8-kelajuan.

Bersama pek bateri NiMH 1.87 kWj, pakej itu menghamburkan 326hp dan tork 630Nm, atau hampir sekali ganda output Tacoma generasi ketiga dengan enjin 3.5 liter V6.

Selari nama model, enjin Toyota Tacoma TRD Pro menggunakan unit ambilan udara prestasi TRD dan ekzos khas dengan set cat-back dua muncung daripada TRD.

Gaya garang Toyota Tacoma TRD Pro dibantu kedudukan 2 inci di depan dan seinci setengah lebih tinggi di belakang, serta 3 inci lebih lebar berbanding model aras mula Tacoma SR5.

Model itu dipasang lengan kawalan (control-arm) atas aluminium merah TRD bagi mengoptimum geometri depan dan lebih ringan.

Lebih istimewa, Toyota Tacoma TRD Pro menggunakan absorber FOX QS3 boleh laras 3-tetapan dengan takungan asing untuk prestasi kelajuan tinggi lebih baik ketika meredah laluan off-road. Pelaras absorber itu membolehkan pemandu membuat talaan mengikut kadar mampatan damper.

Suspensi belakang dipasang penahan hentak (bump stop) Piston Apung Dalaman (IFP) Fox bagi menambah baik ‘bottom out’ ketika memandu.

Rim hitam TRD dipadankan set tayar Goodyear Territory R/T bersaiz 33 inci. Bahagian depan dipasang plat gelincir TRD dan set lampu kabus LED buatan RIGID.

Bampar besi belakang daripada jenama terkenal ARB dan dipasang cangkuk tunda merah menyerlah berwarna kontras dengan warna badan putih.

Kunci diferensial belakang jenis elektronik dijadikan ciri standard TRD PreRunner, TRD Off-Road, TRD Pro dan Trailhunter.

Satu lagi ciri menarik Toyota TRD Pro ialah kerusi depan IsoDynamic Performance Seat yang pertama dalam segmen.

Kerusi itu dibuat bagi membantu sudut pandang pemandu dan meningkatkan tumpuan, keselesaan dan mengurangkan keletihan ketika melalui laluan mencabar.

Menariknya, ciri IsoDynamic Performance Seat yang menggunakan sistem suspensi udara dan minyak untuk pergerakan secara menaik dan sisi bagi menyerap pergerakan badan trak pikap itu. Sistem itu juga berfungsi menstabilkan leher dan tengkuk supaya selari tulang belakang!

Tahap redaman boleh dilaras melalui tombol belakang kerusi mengikut saiz badan dan pilihan penumpang. Hebat!

Toyota Tacoma (2024) juga dilengkapi teknologi bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS) 3.0 melibatkan Kawalan Jelajah Dinamik Radar (DRCC) Kelajuan Penuh, Sistem Pra Pelanggaran dengan Pengesan Pejalan Kaki, Bantuan Susur Lorong dan lain-lain.

BACA >>> Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
BACA >>> Model Lumba Toyota GR Supra GT4 Evo (2023) Siap Sedia Tambah Trofi, Harga RM875k!

Ford F-Series Roda4 Toyota Toyota Tacoma Toyota Tacoma 2024 Toyota Tacoma TRD Pro Toyota Tacoma TRD Pro 2024 Trak pikap
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.