Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Perkukuh Visi ‘Mobility for All’ di Asia, Umum 10 Model Elektrik Baharu Menjelang 2028
Auto Terkini

Toyota Perkukuh Visi ‘Mobility for All’ di Asia, Umum 10 Model Elektrik Baharu Menjelang 2028

Han OthmanBy Han Othman29/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Falsafah Toyota - JMS 2025

TOYOTA Motor Asia terus memperkukuh komitmen terhadap visi ‘Mobility for All’ dengan pendekatan pelbagai teknologi (Multi-Pathway), dalam memastikan tiada pelanggan tertinggal dalam peralihan menuju masa depan mobiliti bebas karbon.

Di bawah strategi itu, Toyota mengumumkan rancangan memperkenalkan lebih 10 model kenderaan elektrik (xEV) di rantau Asia dalam tempoh tiga tahun akan datang, termasuk pengeluaran tempatan model kenderaan elektrik bateri (BEV) di Thailand dan Indonesia menjelang hujung tahun ini.

Langkah itu turut menyokong misi ‘30 by 30‘, iaitu sasaran mencapai 30 peratus jualan kenderaan elektrifikasi di Asean menjelang 2030. Dengan unjuran jualan kumulatif lebih 1.5 juta unit xEV, inisiatif tersebut dianggarkan mampu mengurangkan 8 juta tan pelepasan karbon dioksida (CO₂) yang bersamaan penanaman 25 juta pokok!

‘Best in Town’: Mobiliti untuk Semua

Falsafah Toyota - Best in Town
Pengerusi Toyota, Akio Toyoda

Toyota menegaskan falsafah ‘Best in Town‘ sebagai asas pendekatan mobiliti mesra rakyat dengan membangunkan teknologi selamat dan berkualiti tinggi yang disesuaikan keperluan sebenar pelanggan di setiap pasaran Asia.

Pengerusi Toyota, Akio Toyoda berkata;

Kita tidak boleh membahagiakan pelanggan hanya dengan angka jualan. Yang penting adalah menjadi terbaik di bandar dengan menawarkan penyelesaian mobiliti sebenar yang meningkatkan kualiti hidup.”

Misalnya, platform kenderaan pelbagai guna antarabangsa inovatif (IMV) yang diperkenalkan sejak 2002 membolehkan Toyota menghasilkan pelbagai model seperti Hilux, Fortuner dan Innova bagi memenuhi keperluan pasaran negara membangun melalui rekabentuk serba guna dan kos efisien.

Menuju Mobiliti Neutral Karbon

Strategi Toyota - Multi-Pathway ke arah Neutral Karbon

Melalui pelan Multi-Pathway, Toyota menawarkan pelbagai pilihan teknologi daripada hibrid elektrik (HEV), hibrid plug-in (PHEV) hingga BEV dan kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV). Dengan memahami sumber tenaga dan keperluan tempatan setiap negara, Toyota yakin pendekatan pelbagai laluan itu adalah kunci sebenar kepada mobiliti mampan masa depan.

Toyota Land Cruiser FJ
Toyota Land Cruiser FJ

Toyota juga mengesahkan model baharu Land Cruiser FJ akan dihasilkan di Thailand, iaitu satu lagi langkah ke arah penawaran kenderaan global yang lebih inklusif, tahan lasak dan mesra alam.

Akio Toyoda Japan Mobility Show (JMS) 2025 JMS 2025 Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025 Pengerusi Toyota Roda4 Toyota
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu maut
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Ragut Nyawa, Politikus Desak Hukuman Lebih Berat

30/03/2026
Petronas logo
Auto Terkini

Petronas Tidak Terlibat Cadangan Bekal Bahan Api ke Filipina

30/03/2026
Roda4

#BIMS2026: Thailand Terima Toyota Land Cruiser FJ – SUV Kompak, 166 Horsepower, Dari RM152k

30/03/2026
Roda4

#BIMS2026: Honda e:N2, EV Fastback Kini Di Bangkok, 204 Horsepower, Jarak 530 km

30/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Roda4

EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

By Shazwan Hisam04/11/2025
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.