• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Lancar Corolla, Levin PHEV Tahun Depan, C-HR Versi EV Bakal Menyusul

Toyota Lancar Corolla, Levin PHEV Tahun Depan, C-HR Versi EV Bakal Menyusul

April 30, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter


TOYOTA merancang melancarkan 10 kenderaan elektrik (EV) di China menjelang 2020 sempena Pameran Motor Antarabangsa Beijing (AutoChina) 2018.

Seiring pengumuman itu, Toyota melancarkan Corolla dan Levin versi hibrid plug-in (PHEV). Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat spesifikasi didedahkan, tetapi mengesahkan model tersebut akan dihasilkan di China dan dilancarkan tahun depan. Dua model itu itu ialah kenderaan PHEV pertama Toyota yang dihasilkan di luar Jepun dengan jarak perbatuan menggunakan kuasa elektrik penuh mampu pergi sejauh sekurang-kurangnya 50km.

Melihat gaya depan, tidak banyak yang dapat dilaporkan kerana model berkenaan cuma menerima perubahan kecil, terdiri daripada palam pengecas, aksen ungu dan lambang PHEV pada fender depan.

Selain memperkenalkan Corolla dan Levin PHEV, Toyota turut mendedahkan pelan menghasilkan C-HR / IZOA versi EV. Apapun, masih juga tidak banyak yang dapat kita diketahui tentang model kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak berkenaan, cuma dijadualkan dilancarkan menjelang 2020.

PERTINGKAT PENGELUARAN BATERI

Menurut berita lain yang berkaitan, Toyota memaklumkan sedang bekerjasama dengan rakan kongsi China bagi membangunkan pusat pengeluaran lokal bagi komponen utama untuk model EV pengeluar itu. Sebagai sebahagian usaha tersebut, Toyota akan meningkatkan kapasiti pengeluaran tahunan bagi bateri hidrida logam-nikel (nickel-metal hydride) kepada 220,000 unit menjelang 2020.

Selain itu, Toyota juga bakal membuka fasiliti ujian bateri baharu di pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan pada 2020. Gergasi automotif dunia itu tutur meningkatkan struktur pengeluaran tempatan mereka sebagai persediaan menghasilkan EV di Negara Tembok Besar itu.

Toyota cuma menjual 140,000 unit EV di China pada tahun lalu, tetapi menjangka jumlah itu akan meningkat pada masa depan menerusi usaha penambahbaikan barisan EV. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Toyota China, Kazuhiro Kobayashi, Toyota yakin mampu memajukan semua aspek strategi alam sekitar di China, yang turut dikenali negara paling maju dalam penguasaan tenaga elektrik.

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto China 2018, Auto Terkini, China, EV, Kazuhiro Kobayashi, Kenderaan Elektrik (EV), Pameran Motor Antarabangsa Beijing (AutoChina) 2018., Roda4, Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev