Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Toyota Innova Zenix: LIMA Sebab Kenapa Rakyat Malaysia Masih Setia dengan MPV Ini?
Autotainment

Toyota Innova Zenix: LIMA Sebab Kenapa Rakyat Malaysia Masih Setia dengan MPV Ini?

Han OthmanBy Han Othman26/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Innova pernah menjadi antara model kenderaan pelbagai guna (MPV) popular di Malaysia sejak pelancaran pada 2005. Kini, Toyota meneruskan legasi MPV itu dengan Innova Zenix yang dilancarkan pada 2023 untuk pasaran Malaysia dalam dua varian pilihan, iaitu enjin pembakaran dalaman (ICE) petrol dan hibrid yang menampilkan pelbagai penambahbaikan dari segi teknologi, rekabentuk, dan prestasi.

Walaupun persaingan dalam segmen MPV semakin sengit dengan kehadiran model-model baharu, Innova Zenix masih berjaya menjadi pilihan ramai pengguna di Malaysia.

Berikut LIMA sebab utama kenapa Toyota Innova Zenix masih mengekalkan popularitinya:

1. Realibiliti Toyota yang Kukuh

Toyota dikenali di seluruh dunia kerana reliabiliti kenderaannya. Di Malaysia, jenama ini sering dianggap sebagai simbol kualiti dan ketahanan. Innova Zenix juga tidak terkecuali, dengan rekod prestasi yang menunjukkan ketahanan luar biasa walaupun digunakan dalam pelbagai kondisi jalan raya dan cuaca. Ramai pemilik memuji Innova Zenix mampu bertahan lama tanpa memerlukan kos penyelenggaraan tinggi.

Selain itu, Innova Zenix 2.0V terbaharu dijana enjin M20A-FKS 4-silinder sebaris 16-injap 2.0L DOHC berkuasa 171.6hp @ 6,600rpm, dan tork 205Nm @ 4,500rpm-4,900rpm. Enjin ini dipadankan transmisi automatik CVT Direct Shift 10-kelajuan bagi pemanduan lebih lancar dan responsif.

Tidak dilupakan tiga mod pandu yang boleh dipilih mengikut situasi memandu antara Eco, Normal dan Power.

Selain varian ICE, varian hibrid Innova Zenix 2.0 HEV pula menggunakan sistem hibrid Toyota yang menggabungkan enjin petrol M20A-FXS 4-silinder sebaris 16-injap 2.0L DOHC berkuasa 150hp @ 6,000rpm dan tork 188Nm @ 4,400rpm-5,200rpm berserta motor elektrik segerak untuk tambahan dos kuasa 111hp.

Output kuasa keseluruhan varian hibrid ini ialah 183hp dan tork 206Nm. Varian hibrid ini menggunakan sistem transmisi automatik E-CVT yang direka khas untuk model HEV dengan empat mod: Eco, Normal, Power dan EV. Mod EV membolehkan Innova Zenix 2.0 HEV dipandu menggunakan kuasa elektrik penuh dalam jarak pendek (mengikut baki kuasa bateri).

Sistem HEV akan membuat pelarasan automatik antara enjin petrol dan motor elektrik untuk pemanduan lebih cekap dan mesra alam menjadikan ia pilihan lebih baik kepada mereka yang mementingkan penjimatan bahan api.

Menariknya pek bateri nikel metal hidrada (Ni-Mh) 6.5Ahr dilengkapi sistem pengecasan sendiri, menjadikan ia tidak perlu dicas di stesen cas awam. Cuma pastikan petrol dalam tangki sentiasa ada.

2. Ruang Dalaman yang Luas dan Praktikal

Antara kelebihan utama Toyota Innova Zenix adalah ruang dalaman yang luas dan praktikal. Dengan kapasiti memuatkan hingga tujuh penumpang, MPV ini sangat sesuai untuk keluarga besar atau mereka yang sering memandu jarak jauh.

Selain tempat duduk selesa yang menawarkan fleksibiliti melipat tempat duduk untuk tambahan ruang bagasi, MPV ini juga dilengkapi dengan:

  • Unit Infotainment 10.1 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, termasuk Bluetooth.
  • Kluster instrumen dengan Paparan Multi-Info (MID) 7 inci.
  • Port USB dan dua soket kuasa 12V serta tempat letak cawan untuk setiap penumpang.
  • Penyaman udara automatik dengan corong penyaman udara belakang untuk pengedaran udara sekata.
  • Kerusi Kapten (Captain Seats) Ottoman untuk keselesaan premium di barisan kedua (bergantung varian)
  • Varian Innova Zenix HEV dilengkapi kerusi kapten di tempat duduk baris kedua yang setiap satu disediakan meja kecil. Kerusi jenis terpisah itu menyediakan ruang jalan di tengah untuk akses ke tempat duduk paling belakang.
  • Tempat duduk baris kedua untuk kapasiti tiga penumpang boleh lipat 60:40 (bawah atau ke sisi), manakala tempat duduk baris ketiga boleh direbahkan 50:50.
  • Innova Zenix HEV juga didatangkan ciri standard bumbung suria panoramik (tiada pada Zenix 2.0 V).
  • Ruang lebar kabin bertambah 550mm, dan panjang lantai bertambah 86mm, manakala pintu belakang jenis kuasa elektrik.
  • Ruang but dapat dipertingkat dengan merebahkan satu kerusi ke depan atau kedua-dua kerusi di tempat duduk baris ketiga.

Dengan rekabentuk moden dan praktikal, Innova Zenix menawarkan keselesaan dan kemudahan yang diperlukan keluarga moden masa kini.

3. Ciri Keselamatan dengan Toyota Safety Sense 3.0

Toyota Innova Zenix kini dilengkapi Toyota Safety Sense 3.0 (TSS 3.0), yang menawarkan pelbagai teknologi bantuan pemandu untuk meningkatkan keselamatan. Antara ciri yang terdapat dalam TSS 3.0 ialah:

  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • Amaran Tukar Lorong (LDA)
  • Bantuan Jejak Lorong (LTA)
  • Bantuan Tanda Jalan Raya (RSA)

Selain itu, Innova Zenix turut dilengkapi dengan ciri keselamatan asas seperti:

  • Pemantau Titik Buta (BSM): Membantu pemandu mengesan kenderaan atau sebarang objek di kawasan titik buta.
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA): Membantu pemandu mengesan kehadiran kenderaan ketika sedang mengundur
  • Monitor Pandangan Panoramik (PVM): Pemandu kini lebih mudah memantau situasi sekeliling kenderaan.
  • Perakam Video Digital (DVR): Kamera pemuka (dashcam) untuk merakam sebarang insiden tidak diingini.
  • Brek cakera setiap roda dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS): Memberikan jarak henti lebih pantas ketika membrek kecemasan.
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan  (VSC): Membantu menstabilkan kenderaan sekiranya salah satu roda hilang kawalan.
  • Kawalan Mula Daki (HAC): Mengelak situasi kenderaan mengundur ketika hendak mula bergerak dari situasi pegun di atas jalan berbukit.
  • Isyarat Henti Kecemasan (ESS): Kedua-dua lampu signal belok akan menyala automatik apabila membrek mengejut.
  • Sensor parkir depan dan belakang: Membantu pemandu mengesan jarak halangan depan dan belakang.
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS): Jika tayar pancit, indikator visual dan audio akan aktif automatik sebagai amaran kepada pemandu.
  • Brek Parkir Elektronik (EPB): Brek parkir akan aktif dan nyah aktif automatik setiap kali pemandu berhenti dan mula bergerak.
  • 6 beg udara SRS: Ada dua beg udara depan dan sisi pemandu, termasuk penumpang depan, serta dua beg udara tirai sepanjang cermin sisi depan dan belakang.
  • Sistem Telematik Kenderaan (VTS): Membantu mengesan lokasi kenderaan menggunakan navigasi GPS, dan menghidupkan kenderaan secara jarak jauh (remote) dan buat tetapan suhu kabin menggunakan aplikasi Toyota MY App.

Dengan semua ciri ini, Toyota Innova Zenix memberikan ketenangan minda kepada pemilik dan penumpang.

4. Rekabentuk yang Elegan dan Reliabel

Dengan rekabentuk yang lebih elegan dan profesional, Toyota Innova Zenix menampilkan gaya moden tersendiri, berbeza pendekatan agresif pesaing lain. MPV ini dibina berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) yang memberikan struktur lebih teguh, pengendalian lebih baik, dan tahap keselesaan dipertingkat.

Selain itu, rekabentuk luaran Toyota Innova Zenix berkonsepkan ‘Cross Octagon’ pula menggabungkan elemen moden dan dinamik, menjadikannya lebih menarik dan sesuai untuk penggunaan jangka panjang. Toyota juga memperbaharui rekabentuk Innova Zenix supaya sentiasa kekal relevan dengan kehendak pengguna masa kini.

5. Waranti Hebat dan Nilai Jualan Semula yang Tinggi

Toyota Malaysia menawarkan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan untuk semua varian Toyota Innova Zenix yang pastinya memberikan ketenangan minda kepada pemilik.

Bagi varian Innova Zenix 2.0 HEV, Toyota turut menyediakan waranti bateri hibrid selama lapan tahun atau 160,000km (mana satu tiba dahulu), dengan pilihan melanjutkan waranti bateri hingga 10 tahun atau 200,000km. Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan pelan lanjutan waranti dan pakej penyelenggaraan bagi memastikan kenderaan sentiasa dalam kondisi optimum.

Antara faktor utama ramai rakyat Malaysia memilih Toyota ialah nilai jualan semula yang tinggi. Toyota Innova Zenix bukan saja mengekalkan nilai pasaran baik, tetapi juga mudah dijual semula kerana permintaan yang konsisten. Ini menjadikan MPV ini pelaburan bijak buat mereka yang sedang dan mahu mencari kenderaan dengan nilai ekonomi terbaik.

KESIMPULAN

Toyota Innova Zenix terus menjadi pilihan utama dalam segmen MPV di Malaysia kerana kombinasi reliabiliti, praktikaliti, dan nilai ekonomi. Dengan sokongan jenama Toyota yang kukuh dan ciri yang memenuhi keperluan keluarga moden, tidak menghairankan ramai rakyat Malaysia masih setia bersama MPV ini.

Jika anda mahukan sebuah MPV yang menawarkan keselesaan, keselamatan, dan ketahanan, Toyota Innova Zenix mungkin pilihan terbaik anda.

Auto Terkini autotainment Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Roda4 Toyota Innova UMW Toyota Motor UMWT
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.