Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Hydrogen HiAce Prototype dengan Enjin 3.3L V6 Turbo Diuji di Australia
Roda4

Toyota Hydrogen HiAce Prototype dengan Enjin 3.3L V6 Turbo Diuji di Australia

Abang HirataBy Abang Hirata27/11/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA tanggapan Toyota tidak berminat dengan kenderaan elektrik bateri (BEV).

Tanggapan itu tidak benar kerana Toyota menggunakan pendekatan pelbagai kaedah seperti elektrik hibrid dan sel bahan api hidrogen, selain BEV sendiri.

Misalnya, Toyota baru saja memperkenalkan sedan mewah Crown yang menggunakan bahan api hidrogen. Toyota juga giat menguji prototaip Hilux yang turut menggunakan bahan api hidrogen.

Terbaharu, Toyota memperkenalkan prototaip HiAce dengan bahan api hidrogen yang bakal menjalani program rintis pelanggan di Australia.

Program bermula November itu disertai CPB Contractors sebagai syarikat pertama dan antara firma peneraju dalam bidang rekabentuk dan pembinaan di Australia. Selain CPB Contractors, Toyota juga sedang berbincang dengan beberapa syarikat berminat.

CPB Contractors menggunakan Toyota HiAce Commuter sebagai pengangkutan pekerja untuk projek infrastruktur di Melbourne.

HiAce hidrogen dijana enjin 3.3L V6 turbo dan dipadan kotak gear automatik 10-kelajuan dalam pacuan roda belakang (RWD).

Tiga tangki hidrogen pada HiAce itu adalah sama seperti digunakan pada Mirai generasi kedua dengan kuasa maksimum 120kW (161hp) dan tork 354Nm.

Enjin V6 itu diubah suai untuk menggunakan gas hidrogen termampat dan sistem suntikan terus yang memenuhi piawaian emisi Euro6.

Walaupun hampir sifar karbon dioksida dilepaskan dari ekzos, proses pencucuhan hidrogen dalam enjin mengeluarkan oksida nitrogen (NOx). Emisi itu dikurangkan bagi memenuhi piawaian emisi Euro6 menggunakan sistem pengurangan bermangkin (catalytic) terpilih.

Toyota HiAce dipilih berdasarkan beberapa faktor seperti platform enjin depan dan tangki hidrogen bawah lantai bagi mengurangkan kesan pada ruang dalaman dan beban muatan. HiAce juga digunakan sebagai kenderaan pengangkutan untuk pekerja dan barangan.

Melalui program itu, syarikat terlibat dapat menilai teknologi tersebut dan memberi maklum balas kepada Toyota. Sasarannya adalah mengkomersialkan sepenuhnya kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman janaan bahan api hidrogen.

Toyota memulakan pembangunan teknologi enjin pembakaran dalaman janaan bahan api hidrogen sejak 2017. Menariknya, Toyota menggunakan Corolla Sport (foto atas) dengan bahan api hidrogen dalam perlumbaan Super Taikyu pada 2021.

Toyota Australia sendiri terlibat dalam program itu menerusi ujian Mirai FCEV generasi pertama bersama beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) Melbourne pada 2018.

Pada 2021, fasiliti penghasilan, penyimpanan dan pengisian hidrogen pertama di Victoria ditauliah dan sebahagian Pusat Hidrogen Toyota.

Toyota turut menawarkan Mirai generasi kedua sebagai program pajakan jangka masa panjang kepada beberapa syarikat.

Program berkenaan memerlukan kerjasama, yang mana Toyota pada akhir Oktober lalu menandatangani perjanjian persefahaman dengan Hyundai Australia, Ampol dan Pacific Energy. Kerjasama tersebut adalah untuk membangunkan pusat pengisian hidrogen.

EV Roda4 Toyota Toyota Hiace Toyota Hydrogen HiAce Toyota Hydrogen HiAce Prototype Van Komersial
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.