Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota GR Supra (2020) yang Pertama Dilelong RM8.6 Juta untuk Dana Kebajikan
Auto Terkini

Toyota GR Supra (2020) yang Pertama Dilelong RM8.6 Juta untuk Dana Kebajikan

Han OthmanBy Han Othman21/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA GR Supra (2020)
siri pertama ‘Global #1‘ dijual dalam lelongan kebajikan dengan nilai AS$2.1 juta (RM8.6 juta) pada acara Lelongan Tahunan Barret-Jackson ke-48 di WestWorld of Scottsdale, Amerika Syarikat (AS). Wang hasil lelongan itu akan disumbangkan kepada Persatuan Jantung Amerika (AHA) dan Yayasan Bob Woodruf (BMF).

Toyota Supra (2020) baru saja melakukan debut antarabangsa pada 14 Januari lalu sempena Pameran Auto Detroit 2019. Lelongan amal Barret-Jacksoni tu dilihat sebagai simbolik kepada kejayaan Toyota menghidupkan semula model legenda jenama itu selepas 20 tahun yang dianggap sebagai impian jadi kenyataan.

BACA >>> Toyota Supra (2020) Akhirnya Debut di Detroit, Lihat 71 Foto Menarik

NO VIN GLOBAL #1

Tiada Supra lain seperti model ini, ‘Global #1’ ialah satu-satunya VIN (nombor pengenalan kenderaan) yang akan berakhir pada 20201 – dengan ‘2020’ mewakili tahun Supra diperkenalkan semula kepada dunia, manakala tanda ‘1’ bermaksud itu ialah model Supra (2020) pertama dikeluarkan daripada barisan pengeluaran Toyota.

Rupa luaran dicatkan warna kelabu kusam dengan penutup cermin sisi merah dan rim hitam kusam, manakala merah menjadi tema ruang kabin dengan kemasan gentian karbon yang mewakili edisi pertama dilancarkan di pasaran AS.

“Ini satu penghormatan apabila Bob Carter (Naib Presiden Jualan Toyota Amerika Utara) dan pasukan Toyota menyertai kami dalam jualan bersejarah bagi pengeluaran pertama Supra 2020,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Barret-Jackson, Craig Jackson.

“Keterujaan luar biasa ini dirasai semua orang. Ini detik yang dibuat selama 20 tahun pembikinan. Paling penting, kami sangat teruja dapat menyertai Toyota dalam usaha mengumpul dana untuk melawan penyakit jantung dan strok, juga sokongan kepada veteran militari negara,” katanya lagi.

HASIL LELONGAN UNTUK KEBAJIKAN

AHA ialah organisasi sukarela tertua dan terbesar di AS yang didedikasikan untuk pesakit jantung dan strok, manakala BWF ialah program dana yang memberikan manfaat kepada veteran tentera dan keluarga mereka yang terjejas akibat krisis perang pasca 9/11.

BACA >>> Enjin V12 Ferrari FF Akan Dilelong, Dipercayai Jadi Prototaip Ujian Kilang

Selain memiliki kereta idaman, pembida yang memenangi Supra ‘#Global1’ juga berpeluang menikmati akses penuh untuk memandu atas trek lumba, termasuk sut lumba profesional kustom, dua pas VIP ke acara lumba Toyota Owners 400 di litar Richmond Raceway, Virginia, AS dan peluang memandu ‘kereta keselamatan’ dan memandu bersama bekas pelumba profesional AS, Michael Waltrip.

AHA Amerika Syarikat Barret-Jackson BWF Craig Jackson Kereta Sport lelong Lelongan Tahunan Barret-Jackson Michael Waltrip Persatuan Jantung Amerika (AHA) Toyota Toyota GR Supra (2020) Toyota Owners 400 Toyota Supra VIN Yayasan Bob Woodruf (BMF)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.