Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Dedah Solusi Numina, KERB untuk Atasi Kesesakan KL
Auto Terkini

Toyota Dedah Solusi Numina, KERB untuk Atasi Kesesakan KL

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TOYOTA Mobility Foundation (TMF) hari ini mengumumkan dua pemenang peraduan Cabaran Senibina Bandar untuk Masa Depan, (The City Architecture for Tomorrow Challenge, CATCH), iaitu Numina dari Amerika Syarikat (AS), dan KERB dari Australia.

Tahun lalu, Numina dan KERB diumumkan sebagai pemenang bersama CATCH yang masing-masing menerima geran bernilai AS$250,000 (RM1.08 juta) untuk tujuan ujian percubaan dan pencarian solusi bandar di Kuala Lumpur.

BACA >>> Toyota Sedia Geran RM6.2j untuk Bangunkan Mobiliti Bandar Pintar di KL

APA ITU CATCH?

CATCH ialah cabaran inovasi dipacu data yang dilancarkan Februari 2020 anjuran bersama Pusat Penyelesaian Mobiliti Masa Dean Deloitte (Deloitte) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Objektif cabaran CATCH adalah mempertingkat kualiti kehidupan penduduk ibu kota dan mencapai visi TMF, iaitu penyediaan ‘Kebebasan Mobiliti untuk Semua’.

Numina dan KERB juga sudah bekerjasama dengan pakar data dan trafik DBKL dengan melaksanakan ujian percubaan bukti konsep masing-masing di Kuala Lumpur.

SIAPA NUMINA, APA SOLUSI MEREKA?

Firma ini menawarkan teknologi sensor yang mengutamakan privasi untuk menganalisis pergerakan orang ramai dan barangan.

Maklumat dikumpul melalui pemerhatian untuk menghasilkan cadangan meningkatkan rekabentuk infrastruktur bandar dan pengangkutan.

Numina juga menempatkan sensor di sembilan lokasi utama sekitar ibu kota untuk menilai kemungkinan peningkatan aliran trafik dan keselamatan di beberapa kawasan terpilih. Dapatan sensor membawa beberapa penemuan penting, iaitu:

  • Potensi titik konflik antara pejalan kaki, kenderaan dua roda dan empat roda sepanjang Jalan Chow Kit. Orang ramai didapati masih menyeberang jalan walaupun ada jejambat pejalan kaki berhampiran.
  • Aliran trafik berpotensi bertambah di Lintasan Bukit Bintang. Jadi, ada ruang mengoptimum tempoh masa lampu isyarat  dan meneliti semula jadual pengangkutan awam. Tujuannya adalah mengurangkan waktu pejalan kaki dan penumpang, khususnya waktu puncak.
  • Ada potensi mempertingkat tahap keselamatan melibatkan kira-kira 3,000 pejalan kaki dan pemandu harian, khas di Lorong Gombak dan Lorong Tuanku Abdul Rahman menerusi lintasan pejalan kaki atau lorong pusingan-U khas untuk mengurangkan titik konflik.

Asasnya, Numina dapat mempertingkat keupayaan mengesan motosikal. Umum mengetahui, motosikal ialah mod pengangkutan utama dan mencatat kemalangan tertinggi.

Jadi, perbincangan dilakukan dengan DBKL mengenai hasil penemuan dan berkongsi cara penyelesaian lebih baik di kawasan bandar.

APA PULA PENEMUAN KERB?

KERB menyediakan cadangan yang membolehkan pengguna melihat dan menempah parkir awam dan persendirian menggunakan aplikasi mobil.

Jadi projek dijalankan di enam parkir kereta di Kuala Lumpur. Hasilnya:

  • Ada kenaikan jumlah tempahan parkir kereta persendirian, iaitu 2,000 tempahan. Sebahagian besar pengguna memandu kenderaan dari rumah dan menggunakan pengangkutan awam selepas kereta diparkir.
  • Mencatatkan kadar pelanggan berulang 94 peratus untuk parkir persendirian dan 79 peratus di parkir DBKL.
  • Mencatat kadar kepuasan pelanggan 96 peratus kerana menyediakan pelbagai kaedah pembayaran, dan gambaran jelas mengenai ketersediaan lot parkir.
  • Kerb membuktikan kemampuan mengatasi kebimbangan pengguna mengenai lot parkir kerana menyediakan peluang melihat dan menempah lot parkir kosong. Ini melibatkan kawasan utama bawah kendalian DBKL, firma awam dan swasta, termasuk Prasarana.
  • Selepas mencatat kejayaan, Kerb mahu meluaskan perkhidmatan di bandar utama lain dalam negara Malaysia dan Asia Tenggara.

Mengimbas kembali CATCH, jawatankuasa penganjur menerima lebih 97 permohonan dari 20 negara sejak tempoh permohonan dibuka.

Setiap permohonan perlu melepasi proses pemilihan ketat melibatkan pembangunan Bukti Konsep (POC) dan Produk Berdaya Maju Minimum (MVP) yang mengambil kira beberapa kriteria penting seperti kreativiti, kebolehlaksanaan dan kelestarian.

CATCH Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Kebebasan Mobiliti untuk Semua Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Pusat Penyelesaian Mobiliti Masa Dean Deloitte (Deloitte) Senibina Bandar untuk Cabaran Hari Esok The City Architecture for Tomorrow Challenge Toyota Mobility Foundation (TMF)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.