Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#JMS2025: Toyota Corolla Concept 2026 Serba Baharu Debut Global!
Roda4

#JMS2025: Toyota Corolla Concept 2026 Serba Baharu Debut Global!

Han OthmanBy Han Othman10/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025

TOYOTA sekali lagi mencuri perhatian di Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025 apabila memperkenalkan konsep sedan global generasi baharu, Toyota Corolla Concept yang bakal mentakrif semula masa depan model ikonik itu.

Jika sebelum ini Corolla sinonim sebagai ‘kereta marhaen’, Toyota kali ini tampil lebih berani dengan rekabentuk yang jauh meninggalkan tradisi dalam gaya futuristik, bumbung kaca penuh, dan kemungkinan hadir dalam versi elektrik penuh (EV).

Rekabentuk Luaran: Gabungan Futuristik, Minimalis

Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025

Toyota Corolla Concept menampilkan gaya jauh lebih berani berbanding model terdahulu. Bahagian atas dan bawah badan kereta direka jelas berbeza dengan bumbung kaca penuh menjangkau hingga belakang, yang memberikan pandangan hampir 360º dari dalam kabin.

Garisan tingkap rendah hingga bawah cermin sisi membuatkan keseluruhan rupa tampak seperti kapal angkasa versi jalan raya.

Rupa depan menggunakan identiti rekabentuk yu tukul (hammerhead) yang mula diperkenalkan pada Toyota Prius generasi kelima, lengkap dengan jalur lampu LED merentasi bonet.

Tiada gril konvensional yang menandakan potensi versi elektrik penuh. Dari belakang pula, lampu LED lebar melingkari bahagian pintu but, dengan perkataan Corolla di tengah sebagai tanda kebanggaan model legenda itu.

Falsafah Rekabentuk: ‘Untuk Semua Orang’

Presiden Toyota, Koji Sato tampil menjelaskan falsafah di sebalik rekaan konsep itu;

Corolla sentiasa dicipta ‘untuk anda’, setiap generasi berubah mengikut gaya hidup dan kehendak semasa. Corolla ialah kereta untuk semua orang. Untuk kekal relevan, ia mesti terus berevolusi.”

Beliau turut menambah, visi Toyota adalah menghasilkan kereta yang bukan saja mesra alam, tetapi juga menyeronokkan untuk dipandu, sama ada menggunakan bateri elektrik (BEV), hibrid plug-in (PHEV), atau enjin pembakaran dalaman (ICE).

Sato berkata;

Kita semua mahu kereta yang nampak hebat dan pada masa sama menjaga bumi.”

Rekabentuk Dalaman: Minimalis, Canggih

Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025

Bahagian dalaman Toyota Corolla Concept juga mengejutkan apabila Toyota membuang konsep skrin tengah utama yang menjadi trend masa kini, sebaliknya menampilkan dua paparan digital berasingan. Satu khusus untuk pemandu, dan satu lagi untuk penumpang depan, manakala bahagian tengah pula dihiasi konsol tengah bergaya seperti meja moden yang menyerlahkan falsafah ‘kurang itu lebih’ (less is more).

Cermin depan besar dan posisi cermin pandang belakang ‘terapung’ menunjukkan betapa luas pandangan yang bakal dinikmati pemandu untuk memberi rasa ruang dan keterbukaan yang jarang ada pada sedan biasa.

Teknologi, Platform Masa Depan

Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025

Walaupun Toyota belum mendedahkan spesifikasi teknikal, model itu dijangka menggunakan platform baharu yang menyokong pelbagai trenkuasa, daripada petrol hingga elektrik penuh. Menariknya, terdapat penutup pengecas (charging flap) di bahagian sisi depan yang menguatkan petunjuk bahawa model tersebut akan hadir dalam versi EV.

Toyota turut memberi bayangan bahawa model konsep berkenaan bukan sekadar prototaip pameran, tetapi previu kepada arah rekabentuk dan teknologi yang bakal digunakan dalam Corolla generasi seterusnya untuk pasaran global, bukan sekadar Jepun.

Corolla Naik Taraf ke Era Masa Depan

Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025

Dari kereta famili sederhana, Corolla kini bersedia menjadi simbol transformasi Toyota ke arah masa depan mobiliti lestari yang bukan sekadar evolusi, tetapi revolusi dalam rekabentuk, falsafah dan teknologi.

Dengan rekabentuk kaca penuh, kabin minimalis, dan potensi EV, Toyota Corolla Concept menunjukkan Toyota bukan lagi bermain selamat dalam segmen sedan global. Kalau model pengeluaran kelak betul-betul menyamai atau tidak jauh berbeza dengan rupa ini, nampaknya Corolla sudah bersiap untuk beraksi dalam liga masa automotif depan!

Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025

 

Japan Mobility Show (JMS) 2025 kereta konsep Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025 Roda4 Sedan Konsep Toyota Corolla Concept Toyota Corolla Concept 2026
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

PHEV

Denza B8 Kini Buka Pendaftaran Minat, SUV Off-Road Premium Bakal Tiba di Malaysia

06/04/2026
Volkswagen Atlas 2027 | NYIAS 2026
Roda4

#NYIAS2026: Volkswagen Atlas 2027 Serba Baharu Lancar di Amerika

05/04/2026
Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Roda4

Bugatti W16 Mistral ‘Caroline’ 2026 – Roadster Hiper Terakhir Era W16

03/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Xiaomi SU7 2026 Generasi Baharu Lancar dengan Jarak Pandu Sejauh 902km!

04/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

By Shazwan Hisam04/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

By Syafie05/04/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Roda4

Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

By Syafie01/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.