Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota C-HR Kini di Malaysia, 50 Unit Pertama Diserahkan Kepada Pemilik
Auto Terkini

Toyota C-HR Kini di Malaysia, 50 Unit Pertama Diserahkan Kepada Pemilik

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/03/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

pemilik toyota C-HR MalaysiaSELEPAS beberapa siri jelajah pameran di negeri-negeri terpilih, berita dan imej spyshot dikeluarkan, akhirnya model kenderaan utiliti sport (SUV) kompak, Toyota C-HR rasmi dilancarkan ke pasaran.

Serentak kemunculan rasminya ke Malaysia itu, pihak UMW Toyota Motor (UMW Toyota) turut menyerahkan 50 unit Toyota C-HR serba baru kepada pemilik terawal.

Mula dipertontonkan tahun lalu, minat yang ditunjukkan terhadap Toyota C-HR sangat menggalakkan dan pengedar sudahpun menerima lebih daripada 1,500 unit tempahan. Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K, pihaknya sentiasa berterima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh para pelanggan.

“Untuk itu, kami juga ingin memastikan pengalaman pemilikan yang terbaik buat semua, dengan servis dan penyelenggaraan dilakukan oleh juruteknik terlatih khusus untuk model C-HR, dan stok alat ganti yang tersedia sepanjang masa apabila diperlukan.

“Selain itu, model yang dibeli hanya dari UMW Toyota Motor dan pengedar sah layak menikmati jaminan lima tahun tanpa had perbatuan,” jelasnya.

BACA >>> Tempahan Toyota C-HR Kini Dibuka, Enjin 1.8L Berkuasa 135hp – Harga RM145,500

Harga Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia

INFO RINGKAS TOYOTA C-HR PERLU ANDA TAHU:

1. Selain penampilan unik dan menarik, Toyota C-HR serba baru menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) yang kini banyak digunakan pada model-model baru Toyota.

2. Pasaran Malaysia hanya menerima pilihan enjin 1.8 liter petrol (135hp/170Nm) bersama transmisi 7-kelajuan Sequential Shiftmatic CVT. Tidak ketinggalan model itu dipadankan dengan pilihan mod pemanduan Eco, Sport dan Normal.

3. Demi ketenangan minda pemilik, Toyota C-HR didatangkan dengan ciri keselamatan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai standard, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC) dan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) serta Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM). Toyota C-HR juga dilengkapi ciri Brek Parkir Elektrik dan Kawalan Bantuan Mula Mendaki (HAC) untuk mengelakkannya daripada mengundur ketika mula bergerak di permukaan curam.

4. Bahagian pemandu menerapkan perincian inovatif dan teknologi intuitif dengan meter Optitron 4.2-inci berwarna dengan Paparan Pelbagai Maklumat (MID).

5. Luaran model import sepenuhnya (CBU) dariThailand itu diserlahkan menerusi lampu utama projektor halogen automatik dengan fungsi Follow Me Home, lampu siang (DRL) LED, lampu kabus depan dan belakang serta lampu belakang LED.

6. Bagi yang gemar memandu, turut tersedia ialah ciri G-monitor yang akan memaparkan kadar daya-G ketika kenderaan berada pada selekoh, sedang memecut dan mengurangkan kelajuan.

7. Harga jualan Toyota C-HR bermula RM145,500 seunit.

Tunggu apa lagi, pandu uji Toyota C-HR di bilik pameran berdekatan anda. Kalau berkenan, angkat terus.

GALERI

Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Harga Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Harga Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Harga Toyota C-HR 2018 Malaysia
Harga Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Harga Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Toyota C-HR 2018 Malaysia
Harga Toyota C-HR 2018 Malaysia
Harga Toyota C-HR 2018 Malaysia
Harga Toyota C-HR 2018 Malaysia
Harga Toyota C-HR 2018 Malaysia
pemilik toyota C-HR Malaysia
pemilik toyota C-HR Malaysia
Harga Toyota C-HR 2018 Pelancaran SUV kompak Toyota C-HR toyota c-hr 2018 Toyota C-HR 2018 Malaysia Toyota C-HR di malaysia UMW Toyota Motor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Wanita jatuh platform stesen LRT Abdullah Hukum
    Auto Terkini

    Jatuh Landasan Tren Sebab Ralit Main Telefon? Ini Penjelasan Insiden LRT Abdullah Hukum

    04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    04/04/2026
    Volkswagen Atlas 2027 | NYIAS 2026
    Roda4

    Volkswagen Atlas 2027 Serba Baharu Lancar di Amerika

    05/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    03/04/2026

    2 Comments

    1. Man on 22/03/2018 22:43

      Belum apa2 dah dpt mengalahkan jualan proton boyue.. haha

      Reply
    2. Ahmoi on 23/03/2018 09:35

      Peminat proton tunggu Boyue,
      Alamak CHR dah ada dulu..

      Jom beli CHR..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    By Syafie01/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    By Syafie03/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.