• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Aygo X HEV 2026 - Crossover Segmen-A Teknologi Hibrid Penuh

Toyota Aygo X HEV 2026 - Crossover Segmen-A Teknologi Hibrid Penuh

June 3, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Toyota Ayga X Hybrid GR Sport 2025
TOYOTA Aygo X HEV 2026 baharu tampil di Eropah sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) atau crossover 'kereta bandar' dengan teknologi hibrid penuh yang kali pertama diperkenalkan pada model segmen-A.

Kereta segmen-A biasanya direka untuk penjimatan dan penggunaan nadi hibrid bolehlah diibaratkan seperti Perodua Axia yang dijimatkan lagi.

Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Ayga X Hybrid 2025

Nadi hibrid bukan setakat penggunaan bahan api, tetapi juga kadar emisi karbon dioksida (CO2) lebih rendah berbanding enjin pembakaran dalaman (ICE) biasa.

Toyota Aygo X HEV 2026 direka khusus untuk memenuhi tuntutan gaya hidup moden, sibuk, dan urban di Eropah, dengan menawarkan gabungan sempurna antara kebolehcapaian, keseronokan pemanduan, rekabentuk menawan, dan sistem keselamatan canggih.

Evolusi dan Populariti Aygo X HEV 2026

Toyota Ayga X Hybrid 2025

Toyota Aygo menjadi pilihan popular di Eropah sejak 2005 kerana karakter mudah akses dan seronok dipandu. Aygo X meneruskan legasi itu dengan menarik perhatian pemandu bergaya yang mencari kenderaan serba boleh.

Kini, dengan hibrid, Toyota Aygo X menjadi lebih cekap dan fleksibel dalam kelasnya.

  • Asal-usul dan Pasaran: Direka dan dihasilkan sepenuhnya di Eropah, Toyota Aygo X HEV 2026 yang bertujuan memenuhi tuntutan kehidupan bandar dan luar bandar.
  • Kejayaan Jualan: Lebih 287,000 unit sudah dijual di Eropah sejak 2022 yang membuktikan populariti model yang berterusan.
  • Kuasa Hibrid Penuh: Menerajui segmen-A

Rintis Trenkuasa Hibrid dalam Segmen-A

Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Ayga X Hybrid 2025

Toyota Aygo X HEV 2026 baharu ialah perintis dalam memperkenalkan kuasa hibrid penuh kepada segmen-A dan memperluas teknologi elektrifikasi kepada kenderaan terkecil dan paling mudah akses dalam barisan Toyota.

Semua itu tanpa mengorbankan rekabentuk ikonik crossover tersebut.

  • Trenkuasa Serba Baharu: Enjin petrol 1.0L diganti trenkuasa hibrid baharu 3-silinder 1.5L, sama seperti Yaris dan Yaris Cross.
  • Peningkatan Kuasa dan Pecutan: Output kuasa keseluruhan meningkat daripada 44hp, kepada 116hp. Pecutan 0-100kmj kurang 10 saat.
  • Emisi CO2 Terendah: Emisi CO2 terendah (86g/km) berbanding model bukan plug-in lain di pasaran (data WLTP).
  • Pengendalian Tangkas dan Stabil: Platform GA-B Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) dan posisi bateri hibrid rendah memastikan pusat graviti rendah dan badan tegar, dengan pusingan 4.7 meter.
  • Perjalanan Lebih Senyap dan Lancar: Penggunaan komponen redaman bunyi baharu (peredam papan pemuka, penebat bonet, penutup bawah badan enjin) dan sistem ekzos dikemas kini menyumbang kepada suasana perjalanan tenang.

Rekabentuk SUV Kompak Menonjol

Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Ayga X Hybrid 2025
  • Toyota Aygo X HEV 2026 baharu tampil dengan rekabentuk depan serba baharu bergaya yang mempamerkan pendekatan berteknologi tinggi sambil menekankan identiti SUV kompak berani.
  • Rekabentuk Unik, Tampil Berani: Tampil berbeza kerana tidak menggunakan rupa 'yu tukul' seperti model Toyota lain.
  • Didatangkan dengan bonet, lampu depan, dan gril depan baharu yang memberikan postur lebih mantap dan menonjolkan pusat graviti (CoG) rendah.
  • Penempatan Bateri Utama: Buat kali pertama dalam hibrid Toyota, dua set sel bateri utama diletakkan melintang (bersebelahan) di bawah tempat duduk belakang, dan merentasi lebar lantai.
  • Perbezaan Konfigurasi: Susun atur berbeza daripada hibrid Toyota lain yang biasanya menggunakan konfigurasi selari, yang memerlukan lebih banyak ruang memanjang.
  • Penempatan Bateri Tambahan: Bateri tambahan juga dipindahkan ke bawah ruang but.
  • Faedah: Penggunaan ruang pintar itu memastikan kapasiti simpanan (ruang but) tidak terjejas.
  • Skema Warna dan Bumbung Kanvas Eksklusif: Pilihan skena warna dwi-tona, palet warna 'mellow spice' (Cinnamon, Jasmin, Tarragon, Lavandula), dan pilihan bumbung kanvas eksklusif tersedia.
  • Dalaman Moden dan Konektiviti: Kabin memaksimumkan ruang dengan kedudukan pemanduan tinggi.
  • Meter gabungan digital 7 inci, brek parkir elektronik (EPB) standard, port USB Type-C, pengecas telefon pintar wayarles, kunci digital, cermin sisi elektrik, dan teknologi nanoeX tersedia.
  • Pakej bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS): Pakej keselamatan komprehensif termasuk Sistem Pra-Perlanggaran dipertingkat, Bantuan Jejak Lorong (LTA), Bantuan Tanda Isyarat Jalan (RTA), Sistem Henti Pemandu Kecemasan (EDSS) dan Bantuan Pemanduan Proaktif (PDA).
  • Kemas kini melalui udara (over the air updates).

Toyota Aygo X HEV GR Sport 2026 Buat Kali Pertama

Toyota Ayga X Hybrid GR Sport 2025
Toyota Ayga X Hybrid GR Sport 2025

Buat kali pertama kali, Toyota Aygo X menawarkan varian GR Sport yang diilhamkan daripada Toyota GAZOO Racing (TGR).

Toyota Ayga X Hybrid GR Sport 2025
Toyota Ayga X Hybrid GR Sport 2025

Varian ini menampilkan rupa sporty (skema warna Mustard dwi-tona, gril G-pattern, rim aloi GR Sport) dan pemanduan lebih menyeronokkan dengan talaan khusus pada sistem suspensi dan stereng kuasa.

Jejak Karbon Dikurangkan

Toyota menganggarkan jejak karbon sepanjang hayat Toyota Aygo X HEV 2026 dikurangkan 18 peratus berbanding generasi terdahulu. Disumbang trenkuasa hibrid ultra-cekap dengan penggunaan bahan baharu seperti SakuraTouch yang dibuat daripada lebih 40 peratus PVC berasaskan tumbuhan dan bahan kitar semula.

Inovasi dalam proses pengeluaran seperti teknologi warna dalam acuan, dan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di kilang pengeluaran (Toyota Motor Manufacturing Czech).

Toyota Aygo X HEV 2026 baharu dijangka mula dijual di pasaran Eropah pertama pada akhir 2025.

Toyota Aygo X HEV (High Grade) 2026
Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Aygo X Hybrid 2026.09
Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Ayga X Hybrid 2025
Toyota Aygo X HEV GR Sport 2026
Toyota Ayga X Hybrid GR Sport 2025
Toyota Ayga X Hybrid GR Sport 2025
Toyota Ayga X Hybrid GR Sport 2025
Toyota Ayga X Hybrid GR Sport 2025
Toyota Ayga X Hybrid GR Sport 2025
Toyota Ayga X Hybrid GR Sport 2025
Toyota Ayga X Hybrid GR Sport 2025
Toyota Ayga X Hybrid GR Sport 2025
Toyota Ayga X Hybrid GR Sport 2025
Toyota Ayga X Hybrid GR Sport 2025
Toyota Ayga X Hybrid GR Sport 2025
Toyota Ayga X Hybrid GR Sport 2025
Toyota Ayga X Hybrid GR Sport 2025
Toyota Ayga X Hybrid GR Sport 2025
Toyota Ayga X Hybrid GR Sport 2025
Toyota Ayga X Hybrid GR Sport 2025
Toyota Ayga X Hybrid GR Sport 2025
Toyota Ayga X Hybrid GR Sport 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Toyota, Toyota Aygo, Toyota Aygo X Hybrid, Toyota Aygo X Hybrid GR Sport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev