Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#TMS2017: Kawasaki Ninja 250 (2018) Kini Lebih Agresif, Penakluk Segmen 250cc Kembali!
Roda2

#TMS2017: Kawasaki Ninja 250 (2018) Kini Lebih Agresif, Penakluk Segmen 250cc Kembali!

ZYBy ZY31/10/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA Kawasaki Z900RS cukup menawan hati abang-abang senior kita, Ninja 250 generasi baharu ini pula pasti menarik perhatian adik-adik yang baru mahu berjinak-jinak memulas terotel sportbike.

Paling ketara dilihat, Ninja 250 kali ini menampilkan rupa facelift yang lebih tajam dan agresif. Lampu depan yang kini datang dalam ciri LED, diposisikan di bawah dada fairing, tampak lebih sepet dengan sepasang winglet (sayap lawi?) di bawah yang seakan jentera MotoGP.

BACA >>> Kawasaki Z900RS Lancar di Tokyo, Bangkitkan Ilham Legenda Retro Z1

Sementara itu, posisi depan masih mengekalkan lampu signal yang disepadukan bersama fairing, sama seperti model 2013 (syukur, bukan signal capang) dengan tambahan lungsur frem atau frame slider hitam, yang mana merupakan aksesori opsyen. Suspensi depan pula masih mengekalkan gaya teleskopik, bukan terbalik (USD).

Melangkah ke tepi, tanpa sebarang sentuhan grafik pada model pameran ini, penampilan sisi Ninja 250 nampak sedikit kosong, tetapi masih bergaya minimalis kerana mampu menyerlahkan garis dan lekuk tajam fairing dan sirip liang udara yang kini dipisahkan.

2018 Kawasaki Ninja 250
2018 Kawasaki Ninja 250
2018 Kawasaki Ninja 250

Tangki bahan api dikecilkan kepada 14 liter berbanding kapasiti asal, 17 liter, dan setara kebanyakan jentera 250cc lain seperti Yamaha R25. Ketinggian pelana ditetapkan pada 785mm, dan bahagian belakang mendapat sentuhan kosmetik dengan rekaan ekor dan lampu belakang LED lebih seksi yang tampak seperti streetfighter Kawasaki Z1000.

Jika diteliti enjin pula, rekaan crankcase atau perumah enjin seakan diberikan perubahan berbanding model terdahulu. Apakah ada perubahan pada prestasi Ninja 250 baharu ini?

BACA >>> #TMS2017: Kawasaki Dedah Sportbike untuk Novis – Ninja 400

KUASA DIPERTINGKAT

Ya, Ninja 250 versi 2018 ini tampil lebih bertenaga dengan hamburan kuasa setinggi 39hp pada 12,500rpm, sekali gus melayakkan jentera ini berada lebih tinggi daripada ‘King of 250cc Sportbike‘ Honda CBR250RR berkuasa 38.5hp (masih sampai ke sudah tidak masuk Malaysia!). Malah, prestasi Ninja 250 hampir setanding dengan abangnya, Ninja 300 yang juga mampu mencapai kuasa 39hp (tetapi pada putaran lebih awal 11,000rpm). Daya tork turut ditingkatkan kepada 23.5Nm (10,500rpm), berbanding 21Nm (10,000rpm) pada model lama.

Mengambil kira rekod Kawasaki yang cukup baik, tidak mustahil kita dapat menyaksikan kelibat Ninja 250 (2018) menjengah pasaran Malaysia dalam masa terdekat ini untuk dinobatkan sebagai raja terbaru sportbike 250cc. Bagaimanapun, dengan Ninja 300 yang masih ada di pasaran sekarang, apakah Ninja 250 baharu ini akan diketepikan Kawasaki?

SPESIFIKASI – Kawasaki Ninja 250 (2018)
Enjin: 4-Lejang, 249cc, Dwi-Silinder Sebaris, DOHC
Kuasa: 39hp @ 12,500rpm
Tork: 23.5Nm @ 10,000rpm
Berat basah: 167kg
Kapasiti Tangki: 14 liter

VIDEO RASMI

GALERI

2018 Kawasaki Ninja 250
2018 Kawasaki Ninja 250
2018 Kawasaki Ninja 250
2018 Kawasaki Ninja 250
2018 Kawasaki Ninja 250
2018 Kawasaki Ninja 250
2018 Kawasaki Ninja 250
2018 Kawasaki Ninja 250
2018 Kawasaki Ninja 250
2018 Kawasaki Ninja 250
2018 Kawasaki Ninja 250
2018 Kawasaki Ninja 250
2018 Kawasaki Ninja 250
Honda CBR250RR Kawasaki Kawasaki Ninja 250 kawasaki ninja 250 2018 Ninja 250 ninja 300 Pameran Motor Tokyo 2017 roda2 tokyo motor show
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

21/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

20/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

18/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

18/06/2026

2 Comments

  1. Ray on 17/01/2018 00:51

    Teruskan update

    Reply
  2. Muhammad Farid on 29/08/2018 02:16

    Perbezaan antara 250 standard dan 250 ABS apa perbezaannya ? Adakah ninja ada dua spec nie sahaja ? Ke ada lebih drp dua ?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.