Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiket MySawasdee Sudah Boleh Ditempah, Harga Bermula RM95 Sehala!
Auto Terkini

Tiket MySawasdee Sudah Boleh Ditempah, Harga Bermula RM95 Sehala!

SyafieBy Syafie05/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Tren MySawasdee buka tempahan RM95 sehala

PERKHIDMATAN tren pelancongan popular MySawasdee kembali untuk 2026 dengan menawarkan perjalanan terus dari Kuala Lumpur ke Hat Yai, Thailand, menerusi jualan tiket bagi tempoh Januari hingga Mac 2026 dibuka bermula 2 Januari 2026, jam 10 pagi.

Inisiatif dikendalikan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu memberi peluang kepada penumpang memulakan tahun baharu dengan pengalaman perjalanan tren yang selesa, sambil menikmati pelbagai tarikan dan sajian makanan popular di Hat Yai.

Laluan Terus ke Hat Yai

Bagi perjalanan itu, penumpang boleh menaiki tren MySawasdee dari beberapa stesen terpilih seperti:

  • KL Sentral
  • Sungai Buloh
  • Ipoh
  • Taiping

Tren akan membawa penumpang secara terus ke Hat Yai, menjadikan perjalanan lebih mudah tanpa perlu menukar tren.

Tarikh Perjalanan Ditetapkan

KTMB memaklumkan perjalanan MySawasdee bagi awal 2026 ditetapkan seperti berikut:

KL Sentral – Hat Yai

  • 30 Januari 2026
  • 27 Mac 2026

Hat Yai – KL Sentral

  • 2 Februari 2026
  • 30 Mac 2026

Harga Tiket Bermula RM95

Tiket ditawarkan pada harga bermula RM95 sehala, dan menjadikan antara pilihan perjalanan antarabangsa paling mampu milik kepada pengguna yang mahu meneroka Selatan Thailand menggunakan pengangkutan awam.

Tempahan Dibuka Bermula 2 Jan

Orang ramai boleh mendapatkan tiket melalui:

  • Laman web rasmi: online.ktmb.com.my
  • Aplikasi KITS Style
  • Kios tiket KTMB terdekat

Maklumat lanjut boleh hubungi 03-2279 8712 pada waktu operasi Isnin – Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang.

KTMB menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan tiket lebih awal kerana perkhidmatan MySawasdee sering mendapat sambutan tinggi dan tiket dijangka habis dengan pantas.

SUMBER: FBKTMBerhad

Auto Terkini Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) MySawasdee
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Lebuhraya WCE
Auto Terkini

160,000 Kenderaan Dijangka Penuhi WCE Hujung Minggu Ini

21/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

21/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Beri Diskaun 30 Peratus Tambang ETS Balik Kampung Sambut Ramadan

22/02/2026
Tirai MotoGP 2026 gegar Kuala Lumpur
MotoGP

#MotoGP2026: 20,000 Peminat Gegar Ibu Kota Sempena Pelancaran Musim 2026

21/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.