• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiga Pelajar Naik Satu Motosikal Maut Dirempuh Kereta di Terengganu

Tiga Pelajar Naik Satu Motosikal Maut Dirempuh Kereta di Terengganu

August 1, 2022 By Shawkath Leave a Comment

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIGA pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besi maut selepas motosikal ditunggang bertembung sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan di Terengganu malam tadi.

Mangsa terkorban ialah Mohammad Hafiqzie Mohd Zukri, Muhammad Salman Faris Samsu dan Muhammad Faris Haikal Mohd Faizal yang masing-masing berusia 14 tahun. Insiden berlaku di KM80 Jalan Jerangau-Jabor dekat Kampung Talang Bukit Besi kira-kira jam 8.45 malam.

Menurut polis, kemalangan berlaku ketika ketiga-tiga pelajar tersebut menaiki satu motosikal sama jenis Honda EX-5 dalam perjalanan membeli makanan di sebuah kedai makan berdekatan tempat kejadian.

Kereta Proton Saga Aeroback dilaporkan datang dari arah Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) dan memotong sebuah kenderaan lain sebelum merempuh motosikal dinaiki mangsa.

Rempuhan kuat menyebabkan dua pembonceng, Muhammad Hafiqzie dan Muhammad Salman Faris melambung dan tercampak atas jalan, manakala penunggang motosikal, Muhammad Faris Haikal pula diseret sejauh kira-kira 50 meter sebelum kereta itu terbabas ke dalam semak.

Semua mangsa tinggal di Rumah Kos Rendah Bukit Besi itu dan disahkan maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan. Mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasatan.

Kereta dipandu lelaki berusia 50 tahun, bersama isteri, 45 tahun, dan anak lelaki, 6 tahun, cedera dan menerima rawatan di hospital sama. Seorang lagi anak pasangan itu, berusia tujuh tahun, tidak cedera. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: Berita Harian | Info Bencana Pahang dan Luar Pahang

Artikel Berkaitan

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Baharudin Abdullah, Kemalangan Dungun, Proton Saga Aeroback, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besi, Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my