Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiga Beranak Maut Tidur dalam Kereta Pasang Penyaman Udara Sebab Panas
Auto Terkini

Tiga Beranak Maut Tidur dalam Kereta Pasang Penyaman Udara Sebab Panas

Han OthmanBy Han Othman23/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEKELUARGA di Mexico ditemui maut selepas bermalam dalam kereta dengan memasang penyaman udara unutk mengelak cuaca panas yang melanda negara itu. Insiden berlaku pada 15 Jun (Khamis) lalu.

Mangsa yang maut terdiri daripada pasangan suami isteri, dan seorang anak perempuan mereka berusia 10 tahun.

Menurut Newsweek, tiga beranak itu dikatakan bermalam dalam kereta kerana kepanasan selepas kawasan sekitar kediaman mereka di ladang Anacleto Canabal, Tabasco terputus bekalan elektrik.

Mayat mangsa ditemui jiran berdekatan sedang terbujur kaku dalam kereta.

Insiden menyedihkan itu dikatakan berlaku berikutan Mexico yang kini sedang berdepan fenomena gelombang haba panas dengan 24 daripada 32 negeri dalam negara itu mengalami suhu mencecah hingga 44ºC.

Ini diburukkan dengan keputusan beberapa pihak berkuasa tempatan memutuskan bekalan elektrik kerana berlaku peningkatan permintaan elektrik di kediaman penduduk.

Siasatan mendapat keluarga tersebut sudah terputus bekalan elektrik selama lapan hari yang menyebabkan mereka cuba bermalam dalam kereta dengan menghidupkan penyaman udara kerana suhu terlalu panas. Lebih memburukkan keadaan, mereka ketika itu tidur dalam kereta yang disimpan dalam garaj tertutup.

Pihak berkuasa mengandaikan mangsa mengalami keracuan karbon monoksida atau sesak nafas selepas penyaman udara dimatikan. Ini kerana dalam cuaca panas, kepanasan dalam kabin boleh meningkat mendadak hingga 73ºC dalam masa hanya beberapa minit.

BACA >>> #ApaNakBuat: 11 Tip Kekal Selamat Jika Mahu Tidur dalam Kereta
BACA >>> Saintis Muda Ini Sahkan Tidur Dalam Kereta Memang Berisiko Maut

SUMBER: Newsweek90.com

Auto Terkini Fenomena Gelombang Haba Panas Mexico Strok Haba Tidur Pasang Penyaman Udara
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Jetour T2 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

13/03/2026
Auto Terkini

Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2026 Dibuka, Final Di Sepang Ogos Ini

13/03/2026
Auto Terkini

Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

13/03/2026
Auto Terkini

PLUS Jangka 2.3j Kenderaan Sehari, 34 Smart Lane Diaktifkan Sempena Aidilfitri

13/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

Bezza Catat Jualan Paling Tinggi Februari 2026, Tapi Saga Masih ‘King’

By Syafie11/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.