• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Sahkan Tiada Kenaikan Tol 10 Lebuh Raya Utama Sepanjang 2026

Kerajaan Sahkan Tiada Kenaikan Tol 10 Lebuh Raya Utama Sepanjang 2026

December 19, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi

KERAJAAN mengesahkan kadar tol 10 lebuh raya utama di Malaysia tidak akan dinaikkan pada 2026, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, walaupun keputusan tersebut melibatkan implikasi kewangan besar kepada Kerajaan, langkah itu diambil bagi mengutamakan kepentingan rakyat.

Kerajaan dijangka menanggung pampasan kepada konsesi lebuh raya berjumlah RM591.56 juta bagi 2026.

Kerajaan Tanggung Pampasan Demi Rakyat

Alexander Nanta Linggi turut menjelaskan, keputusan ini selari pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Julai lalu, yang mana Kerajaan bersetuju menyerap lebih RM500 juta bagi mengelakkan kenaikan kadar tol di lebuh raya terlibat.

Beliau menegaskan walaupun beban kewangan ditanggung adalah tinggi, Kerajaan komited memastikan kos sara hidup rakyat tidak terus meningkat, terutama pengguna lebuh raya utama yang digunakan setiap hari untuk urusan kerja dan perniagaan.

Senarai 10 Lebuh Raya Terlibat

10 lebuh raya yang terlibat dalam keputusan tiada kenaikan kadar tol bagi 2026 ialah:

  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  • Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR)
  • Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga)
  • Lebuhraya Senai-Desaru (SDE)
  • Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
  • Lebuhraya Pintasan Selat Klang Utara Baharu (SEPADU)
  • Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
  • Rekod Campur Tangan Kerajaan

Kenaikan Kadar Tol Dihalang

Terdahulu, Kerajaan juga berjaya menghalang kenaikan kadar tol pada 2022 apabila mengambil alih empat lebuh raya milik Kumpulan Gamuda.

Langkah tersebut membolehkan Kerajaan menjimatkan subsidi hingga RM4.3 bilion dan mengekalkan kadar tol sedia ada bagi lebuh raya terbabit untuk tempoh 10 tahun.

Keputusan terbaharu itu mencerminkan pendekatan berterusan Kerajaan dalam mengimbangi keperluan kewangan negara dengan kebajikan pengguna jalan raya, terutama di kawasan berpenduduk padat dan laluan strategik negara.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kadar Tol Lebuhraya, kerajaan madani, Lebuhraya, Lebuhraya Utama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my