Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Thailand Lancar Siri MT Paling Bongsu – Yamaha MT-15!
Roda2

Thailand Lancar Siri MT Paling Bongsu – Yamaha MT-15!

AryonBy Aryon04/09/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Thailand secara rasmi melancarkan MT-15 serba baharu untuk pasaran negara itu pada harga 98,500 baht (RM12,443). Sportbike naked itu dikatakan bakal menggantikan model MSlaz (Thailand) atau Xabre (Indonesia), tetapi masih belum dipastikan sama ada ia model pengganti atau akan dibariskan bersama model sedia ada itu.

Dari segi penampilan, MT-15 mirip imej ditunjukkan foto intip yang berlegar di media sosial dari negara jiran, Indonesia. Masih mengekalkan DNA sama seperti famili MT lain yang lebih senior dengan sosok badan berotot, dan paling menonjol ialah wajah depan seperti kepala predator.

BACA >>> 7 Fakta Pantas Tentang Yamaha MT-09 Facelift (2018) – Harga RM47,388

Casis menggunakan frem deltabox (sama seperti R15), swingarm aluminium dan suspensi depan terbalik (USD). Enjin digunakan pula sama seperti dipasangkan pada R15, berkapasiti 155cc DOHC penyejukan cecair dan empat injap serta transmisi 6-kelajuan dengan klac sliper yang dipadukan bersama teknologi VVA (Variable Valve Actuation).

Spesifikasi lain ditunjukkan ialah tayar tiubles 110/70 17 54s (depan) dan 140/70 17 66s (belakang), kapasiti tangki 10 liter, tinggi pelana 810mm dan berat 133kg.

MT-15 KE MALAYSIA?


Siri MT diperkenalkan Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) untuk pasaran Malaysia diletakkan dalam kategori ‘BIG BIKE’ (motosikal besar) di bawah label ‘MT SERIES’ dengan membariskan tiga pilihan model: MT07, MT09 dan MT09 Tracer.

Jika MT-15 diperkenalkan, pastinya model serba baharu itu akan menjadi tambahan baharu dalam kategori ‘STREET’ yang lebih bersifat marhaen dan mampu milik. Setakat ini cuma 3 model saja berada dalam kategori tersebut, iaitu YZF-R15, FZ150i dan YZF-R25.

BACA >>> Yamaha MT-09 Tracer CKD Kini Di Malaysia – Harga Turun RM7,900

GALERI
Auto Terkini HLYM Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) MT Series naked bike roda2 sportbike Sportbike Naked Thailand Yamaha MT-15 Yamaha Thailand
Aryon

Artikel Berkaitan

LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nozel pam minyak
Auto Terkini

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 Walaupun Harga Minyak Global Tidak Menentu

04/03/2026

1 Comment

  1. syamshiah Fakeh on 09/10/2018 11:10

    malaysia ade tak nate ni?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.