Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Thailand Bakal Jadi Hab Eksport Bateri EV
Auto Terkini

Thailand Bakal Jadi Hab Eksport Bateri EV

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUNWODA menerima kelulusan membuat pelaburan kilang bateri di Thailand, sekali gus membenarkan firma dari China itu meneroka dan meluaskan tawaran bateri kenderaan di Asia Tenggara.

Lembaga Pelaburan Thailand (BOI) meluluskan pelaburan bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.43 bilion) yang dibuat menerusi subdiari Sunwoda Electronic dari Shenzhen untuk menghasilkan bateri kenderaan elektrik (BEV) dan sistem penstoran tenaga (ESS) serta pembinaan dua kilang.

Setiausaha Agung BOI, Narit Therdsteerasukdi berkata, Sunwoda Automotive Energy Technology (Thailand) Co Ltd ialah syarikat pertama di Thailand menghasilkan sel bateri EV.

Sebelum ini, BOI membenarkan pelaburan bernilai 27.257 bilion baht (RM3.59 bilion) dari 41 syarikat yang menumpukan kepada pemasangan sel bateri import ke dalam modul atau pakej OEM.

BOI mendakwa langkah itu menguatkan rantaian bekalan dan sokongan pembuatan EV Thailand untuk pasaran domestik dan eksport.

APA SUNWODA BUAT DI THAILAND?

  • Sunwoda adalah antara 10 pengeluar global utama untuk sel bateri EV dan ESS.
  • Sunwoda akan membina dua kilang di Chonburi, sekali gus mewujudkan lebih 4,000 peluang pekerjaan, termasuk menyediakan kekosongan jawatan untuk lebih 900 jurutera dan penyelidik.
  • Kilang itu dijangka beroperasi tahun ini.
  • Syarikat itu juga sedang menimbang membuka bisnes kitar semula bateri EV di Thailand untuk menambah baik rantaian bekalan dan pengurusan bateri EV luput pada masa depan.
  • Sunwoda Thailand ialah subsidiari Sunwoda Electronics Co Ltd yang berpangkalan di Shenzhen, Guangdong di China.
  • Sunwoda menghasilkan pelbagai jenis bateri untuk komputer riba, peranti telefon, EV dan ESS.
  • Sunwoda juga pembekal bateri kepada jenama EV terkemuka dunia.
  • Subsidiari Sunwoda, SEVB pula penjual utama bateri kenderaan hibrid di China dan pembekal bateri EV ketiga terbesar di China.
  • Sunwoda akan menjadikan Thailand sebagai hab pembuatan bateri EV dan produk ESS.
  • Thailand juga akan dijadikan hab eksport bateri EV Sunwoda.

PEMINDAHAN TEKNOLOGI SUNWODA DI THAILAND

  • Seramai 4,000 pekerja Thailand akan menerima latihan dan pekerjaan dalam pembuatan sel bateri.
  • Rekrut 600 graduan vokasional sebagai intern.
  • Jalin kerjasama dengan institusi penyelidikan dan pendidikan Thailand untuk sekurang-kurangnya sembilan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D).
  • Sunwoda akan membantu membangunkan kumpulan pembekal di Thailand dengan rancangan pembelian bahan mentah dan komponen dari pengeluar tempatan pada anggaran nilai 2 bilion baht (RM263 juta).

SUMBER: CNEV | TheNation

bateri EV Lembaga Pelaburan Thailand (BOI) Narit Therdsteerasukdi Sunwoda Automotive Energy Technology (Thailand) Co Ltd.
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.