Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»TGR Hasilkan Semula Alat Ganti Toyota Levin AE86!
Auto Terkini

TGR Hasilkan Semula Alat Ganti Toyota Levin AE86!

Abang HirataBy Abang Hirata02/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


ANTARA cara pengeluar melayan pelanggan dengan baik adalah menghasilkan kereta reliabel dan itulah resepi dipegang Toyota sejak dahulu. Kereta jenama itu bukan paling canggih atau paling cantik, tetapi digemari ramai pelanggan sedunia.

Kini Toyota bukan saja menumpukan perhatian kepada pengguna kebanyakan, tetapi juga pemilik tegar. Jadi apa dilakukan Toyota adalah menghasilkan semula komponen dan alat ganti tulen untuk model lama.

Toyota Sprinter Trueno
Angkup brek belakang
Syaf pacu belakang
Steering knuckle arms

Sebelum ini Toyota GAZOO Racing (TGR) pernah mengeluarkan alat ganti untuk Supra (A70, A80) dan 2000GT. Menariknya TGR turut mengeluarkan alat ganti jip Land Cruiser 40 Series.

Kini tiba giliran model ikonik popular, Corolla Levin / Sprinter Trueno (AE86) mendapat ala ganti baharu dipasarkan TGR. Lebih mengujakan, komponen itu bukan saja ditawarkan di Jepun, tetapi juga pasaran antarabangsa.

Projek itu, dikenali GR Heritage Parts Project, melibatkan penghasilkan semula alat ganti yang sudah ditamatkan pengeluaran dan dijual sebagai alat ganti tulen. Projek itu dibuat sebagai tanda sokongan Toyota kepada pelanggan yang mahu terus memandu kereta lama mereka yang penuh dengan memori dan semestinya sangat disayangi.

Toyota Sprinter Trueno

Levin dan Trueno ialah varian sporti dalam famili Corolla dan Sprinter. Seperkara perlu diketahui, hanya model 16 injap dengan enjin 1.6L DOHC  (4A-GEU) saja dinamakan AE86.

Walaupun pengeluaran model itu sudah= tamat lebih 30 tahun lalu, AE86 kekal popular yang turut dipanggil ‘hachiroku’, bermaksud lapan enam dalam bahasa Jepun. Populariti diraih model itu membuatkan Toyota membangunkan semula model sport seperti 86 dan GR86.

Toyota 86 mula dijual pada April 2012, manakala GR86 dilancarkan 28 Oktober 2021.

Syaf pacu belakang
Steering knuckle arms

Sebagai permulaan, TGR akan menjual kaliper brek belakang dan steering knuckle arms bermula 1 November ini sebelum menyusul komponen seperti syaf pacu (drive shaft) belakang pada 1 Disember nanti. Perincian seperti nombor komponen dan tempoh pengeluaran boleh didapati di laman web TGR serentak pada hari pertama jualan.

Di sebalik berita gembira itu, TGR bekerjasama dengan pembekal untuk mengeluarkan komponen tersebut dalam masa terhad sahaja.

Selepas jadual pengeluaran tamat, komponen tersebut ditawarkan selagi stok masih ada, sekali gus menjadi status komponen itu berstatus langka (rare). Peluang seperti ini jarang muncul dan inilah masa untuk peminat Toyota mendapatkan alat ganti tulen dengan lencana Toyota.

Mereka yang biasa terlibat dalam projek baik pulih kenderaan lama pasti tahu perasaan mendapatkan alat ganti tulen dengan logo rasmi pengeluar. Kadang-kadang plastik pembalut pun mahu disimpan buat kenangan!

BACA >>> Toyota GR86 (2022) Mula Jual di Jepun Hari Ini, Harga Mula RM102k sahaja!
BACA >>> Toyota GR Supra Jarama Racetrack Edition – 90 Unit untuk Eropah Sahaja, RM313k!

Angkup brek belakang
Syaf pacu belakang
Steering knuckle arms
Toyota Sprinter Trueno
Toyota Corolla Levin
AE86 hachi-roku tgr Toyota Toyota Corolla Levin Toyota Gazoo Racing Toyota Sprinter Toyota Trueno
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

15/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.