
DARIPADA barisan Tesla Model Y yang ditawarkan di Malaysia, varian Long Range Rear-Wheel Drive (RWD) muncul m pilihan paling seimbang dari segi harga, jarak pemanduan dan prestasi, terutama pengguna yang kerap memandu jarak jauh.
Ditawarkan pada harga RM216,450, Tesla Model Y Long Range RWD mampu mencatat jarak pemanduan sehingga 661km (WLTP), menjadikan model itu sebagai varian jarak paling jauh dalam keluarga Model Y tempatan.
Fokus Jarak Jauh, Kecekapan

Varian iti direka khusus kepada pemandu yang mementingkan kecekapan dan ketenangan minda tanpa perlu kerap mengecas.
Spesifikasi utama:
- Jarak pemanduan: 661km (WLTP)
- 0 – 100kmj sepantas 5.6 saat
- Kelajuan maksimum: 201kmj
- Supercharge 15 minit: sehingga 274km
- Pacuan roda belakang (RWD)
Gabungan itu menjadikan Long Range RWD ideal untuk ulang-alik harian, perjalanan antara bandar dan kegunaan keluarga.
Keselesaan, Teknologi Standard
Dari segi keselesaan, Tesla Model Y Long Range RWD dilengkapi:
- Suspensi multilink termaju dengan frequency dependent damping
- Rim 19 inci Crossflow
- Kabin All Black Premium Interior
- Unit infotaimen 16 inci
- Kerusi depan boleh laras elektrik, pemanas dan pengudaraan
- Sistem Autopilot sebagai ciri standard
- Percubaan Premium Connectivity selama 30 hari
Sistem audio 9-pembesar suara, mencukupi untuk kegunaan harian walaupun tanpa subwufer seperti varian AWD.
Perbezaan Varian Lain (Ringkas)

Sebagai perbandingan ringkas:
- Model Y RWD (RM195,450)
Lebih murah, tetapi jarak pemanduan lebih pendek pada 466km WLTP dan prestasi lebih sederhana - Model Y Long Range AWD (RM242,450)
Lebih pantas dengan 0 – 100kmj sepantas 4.8 saat, sistem AWD dan audio premium 15 pembesar suara dan subwufer, tetapi jarak pemanduan berkurang kepada 600km (WLTP) serta harga lebih tinggi.
Pilihan ‘Sweet Spot’ dalam Barisan Model Y
Dengan perbezaan harga sekitar RM21,000 berbanding varian asas, Model Y Long Range RWD menawarkan peningkatan ketara dari segi jarak pemanduan dan keselesaan tanpa lonjakan harga terlalu besar seperti varian AWD.
Bagi pembeli yang tidak memerlukan prestasi maksimum atau pacuan semua roda, Tesla Model Y Long Range RWD boleh dianggap sebagai sweet spot dalam barisan Model Y di Malaysia.







