• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tesla Berhentikan Lebih 10 Peratus Tenaga Kerja Global

Tesla Berhentikan Lebih 10 Peratus Tenaga Kerja Global

April 16, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


GERGASI pengeluar kenderaan elektrik (EV), Tesla menamatkan pekerjaan lebih 10 peratus pekerjanya di seluruh dunia. Keputusan itu dibuat disebabkan penurunan jualan dan persaingan harga dengan pengeluar EV lain.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk dalam kenyataan di platform X menjelaskan, keperluan menyusun dan menyelaras semula syarikat adalah penting bagi setiap lima tahun untuk memastikan syarikat sentiasa bersedia bagi fasa pertumbuhan akan datang.

Pada 2022, beliau pernah mengumumkan isu pemecatan itu selepas menyatakan kebimbangan terhadap ekonomi global kepada pasukan eksekutif.

Namun, pengambilan pekerja mengalami peningkatan daripada 100,000 orang pada 2021 kepada 140,000 orang (2023).

Antara diberhentikan ialah dua pemimpin kanan, iaitu Ketua Pembangunan Bateri, Drew Baglino dan Naib Presiden Dasar Awam, Rohan Patel.

Pemecatan ini tindakan susulan daripada laporan ekslusif Reuters yang mendakwa Tesla gagal menunaikan janji selepas membatalkan pengeluaran kereta mampu milik, iaitu Model 2 dengan kos AS$25,000 (RM119,500).

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Elon Musk, Pekerja Diberhentikan, Tesla

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my