Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Terminal Titiwangsa Bakal Jadi Hab Pengangkutan Awam di Kuala Lumpur
Auto Terkini

Terminal Titiwangsa Bakal Jadi Hab Pengangkutan Awam di Kuala Lumpur

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize09/02/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TERMINAL Titiwangsa di Pekeliling, Kuala Lumpur bakal dibangunkan hab pengangkutan awam yang menghubungkan lima mod perkhidmatan pengangkutan awam di ibu kota.

Terminal itu, yang dibangun berasaskan model pembangunan berorientasikan transit (TOD), akan menghubungkan perkhidmatan bas, Monorel KL, transit aliran ringan (LRT) Laluan Ampang dan Seri Petaling, serta Transit Aliran Massa (MRT) Dua dan Tiga.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fok berkata, faktor saling hubung dan keluasan kawasan adalah antara faktor utama pemilihan stesen Titiwangsa sebagai hab pengangkutan awam.

Lokasi berhampiran Hospital Kuala Lumpur (HKL) turut mendorong idea berkenaan, yang mana hab pengangkutan awam tersebut akan dibangunkan secara berfasa dan kini masih di peringkat perbincangan.

Pembangunan tapak milik Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) itu antara lain bakal mengetengahkan elemen ketersambungan batuan pertama dan akhir yang tidak hanya bergantung kepada bas pengantara.

Tambah Loke lagi, Kementerian kini sedang melihat pendekatan lain termasuk kerjasama dengan teksi dan syarikat e-hailing bagi menyelesaikan isu ketersambungan batuan pertama dan akhir.

Antara cadangan dibuat adalah ialah projek rintis bagi memperkenal konsep ‘ride sharing’ kepada syarikat e-hailing bagi memastikan perjalanan dari rumah ke stesen dapat dioptimum dengan kadar tambang lebih murah,” katanya sempena lawatan kerja ke MRT Laluan Putrajaya.

Loke turut menggalakkan penggunaan lebih banyak kenderaan mikromobiliti bagi menyelesaikan isu ketersambungan batuan pertama dan akhir dalam kalangan pengguna perkhidmatan awam.

Bagaimanapun beberapa infrastruktur khusus perlu dibangunkan bagi memudahkan penggunaan kenderaan mikromobiliti.

Kita juga perlu membenarkan dan menggalakkan penggunaan kenderaan mikromibiliti kerana ketetapan terdahulu melarang penggunaannya atas jalan raya,” katanya.

BACA >>> DBKL Arah Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Dihentikan Serta-Merta
BACA >>> Rel Bengkok, Tiang Utama Retak Punca Tren Laluan LRT Ampang-Sri Petaling Lewat

SUMBER: BeritaHarian

Anthony Loke Siew Fook e-Hailing HKL Laluan MRT Putrajaya LRT LRT laluan Ampang Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd Menteri Pengangkutan MRT Rapid KL Teksi
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.