BEBERAPA kenderaan yang melalui jalan dekat kawasan Sungai Tekali, Hulu Langat terpaksa memperlahankan kenderaan untuk memberi laluan kepada seekor ular tedung selar bersaiz besar melintas jalan.
Berdasarkan rakaman, ular tedung yang popular dengan gelaran 'king cobra' itu turut sempat menaikkan kepalanya apabila didekati sebuah Honda HR-V yang melalui jalan itu. Selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) itu berlalu pergi, haiwan tersebut meneruskan perjalanan menyusur jalan tersebut.
BACA >>> Elak Van Lawan Arus, Kereta Langgar Tembok Jambatan Pulau Pinang
BACA >>> Maut Langgar Tiang Lampu Sampai Tumbang
Rakaman video berdurasi 30 saat itu dikongsikan @Wawa Fazrinny di akaun media sosial yang rasa terkejut melihat kelibat haiwan berbisa tersebut.
"Haiiiihhhhh.. besarnya kau. Kau datang dari mana," katanya.
Kewujudan reptilia paling berbisa itu nyata boleh mengundang ketakutan penduduk setempat dan pengguna jalan raya lain, terutama penunggang motosikal.
BACA >>> Usia Alza Sudah 160 Tahun, Model Serba Baharu Muncul Tahun Depan?
BACA >>> 'Rider' Nyaris Masuk Lubang Besar, Mujur Sempat Brek Mengejut
Leave a Reply