Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»“Terima Kasih Semua, Moga Jumpa Lagi” – Impian Danish Rizqin Rosli, Penghidap Barah Otak Tertunai
Auto Terkini

“Terima Kasih Semua, Moga Jumpa Lagi” – Impian Danish Rizqin Rosli, Penghidap Barah Otak Tertunai

Abang GYLBy Abang GYL04/11/20162 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Danish Rizqin Rosli

“TERIMA kasih semua, moga jumpa lagi.”

Demikian luahan anak kecil Danish Rizqin Rosli, 6, penghidap kanser Medulloblastoma yang menangis sambil mengesat air mata dek terharu apabila impiannya mahu melawat kilang pemasangan Proton di Shah Alam tercapai.

Tiada apa yang dapat disembunyikan melainkan wajah kegembiraan Danish apabila mendapat tahu impiannya untuk melawat kilang Proton tertunai.

Hasil bantuan badan bukan kerajaan (NGO), Make-A-Wish Malaysia dan Proton Holdings Berhad, impian anak tunggal kepada Rosli Ahmad dan Hazamaratul Damrah Shariat, yang sememangnya meminati dunia automotif, akhirnya tercapai.

Danish Rizqin Rosli“Kebiasaannya Danish akan bangun lewat. Tapi pagi tadi jam 7 dah bangun sebab excited.

“Danish memang suka dengan kereta. Sejak daripada umur dua tahun, kami perasan dia dah minat dengan automotif. Semua pasal kereta dia tahu.

“Sampailah Danish boleh membaca, majalah Top Gear Malaysia sering jadi bahan bacaan. Kalau tak, dia akan Google sendiri dan selalu tengok video pasal kereta,” kata ibunya, Hazamaratul.

Danish Rizqin RosliHIDAP TUMOR DI OTAK

Awal tahun lalu, Danish disahkan menghidapi tumor pada bahagian bawah kepala. Selepas disahkan doktor, Danish telah menjalani pembedahan dengan membuang 95 peratus ketumbuhan dalam kepalanya. Bagaimanapun, Danish perlu menjalani pemeriksaan dari semasa ke semasa.

Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli

LAWAT KILANG PROTON

Sebaik memasuki kilang Proton, adik Danish dibawa melihat cara pemasangan Proton Saga 2016 dan Exora. Lebih mengejutkan, si kecil ini tidak putus-putus bertanyakan soalan berkaitan proses pemasangan kereta.

Walaupun masih kecil, Danish memahami dan berpengetahuan tinggi mengenai selok-belok automotif. Tunjuk saja apa kereta, Danish mampu memberikan jawapan tanpa perlu berfikir panjang. Bayangkan si kecil berumur 6 tahun sudah mengenali hampir semua model kenderaan.

Danish Rizqin RosliKami juga sempat bertanya, “Apa kereta idaman Danish?” Katanya, Danish suka Nissan Navara, Ferrari, Bugatti dan banyak lagi.

Tidak berhenti setakat itu, si kecil ini turut diberi peluang melakukan pemeriksaan kualiti (QC) Proton Saga 2016 sebelum mendapat cop lulus pada dokumen pengesahan.

Danish Rizqin RosliMELUKIS KERETA

Kemudian, Danish dibawa ke pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Proton untuk melihat proses penghasilan kenderaan menerusi rekaan lukisan.

Sambil ditemani Ketua Pereka Proton, Azlan Othman, Danish diberi penghormatan melukis kenderaan yang diminati. Ternyata, si kecil ini pandai melukis dan tidak berasa kekok menghasilkan sebuah Proton Exora.

Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli

NAIK LOTUS

Walaupun tampak letih di riak wajah Danish, namun segalanya berubah apabila dia diberi peluang menaiki Proton Persona 2016 dan kenderaan Lotus di Litar Ujian Proton. Jelas terpancar kegembiraan si kecil ini apabila berada dalam kenderaan Lotus.

Danish Rizqin RosliSELAMAT HARI LAHIR

Tanggal 4 November 2016 iaitu hari ini adalah Hari Lahir ke-6 Danish Rizqin Rosli. Sebelum pulang, pihak pengurusan Proton bersama Make-A-Wish Malaysia sempat meraikan sambutan hari jadi bersamanya.

Tiada apa yang menggembirakan kedua ibu bapa ini apabila melihat anaknya gembira ketika berada di Proton. Buat kami yang turut bersama Danish semalam, kami cukup bangga dengan kekuatan dan ketabahan ditunjukkan anak kecil itu.

Buat Danish Rizqin Rosli, Selamat Hari Lahir Sayang. Daripada PanduLaju.com.my, kami ingin ajak anda semua bersama berdoa agar si kecil ini sentiasa terus sihat sejahtera seperti kanak-kanak lain di luar sana.

Buat ibu bapa Danish, anda adalah insan terbaik.ย Take care!

GALERI

Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Danish Rizqin Rosli
Azlan Othman Danish Rizqin Rosli Make-A-Wish Malaysia Proton PROTON Holdings Berhad Saja kongsi
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    18/03/2026
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    18/03/2026

    2 Comments

    1. Hazlina on 04/11/2016 21:16

      How to contact Danish Rizqin?

      Reply
      • ABG GYL on 05/11/2016 23:20

        Saya cuba bertanyakan pada parent Danish. Boleh kami tahu untuk tujuan apa. Terima kasih.

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.