Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Tentang Masalah Lampu Depan Silau yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

Tentang Masalah Lampu Depan Silau yang Perlu Anda Tahu

TalibBy Talib04/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TEKNOLOGI sistem bantuan penglihatan malam semakin berkembang maju dalam dunia automotif. Ada pelbagai teknologi lampu depan dibangunkan seperti penggunaan reflektor, unit projektor dan sistem lampu LED.  Terkini, sistem adaptif mula menjadi penyelesaian terbaharu bagi membantu pemanduan lebih baik pada waktu malam.

Lampu depan (headlamp) ialah aset penting ketika memandu malam, tetapi ada masalah penting yang hendak dihuraikan dalam artikel kali ini.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi Keselamatan Jelajah (Cruise Safety)?

PENGENALAN

Ramai kalangan kita tidak selesa apabila berselisih dengan kereta depan yang memasang lampu suluh tinggi (high beam). Dek tidak tahan silau, terus pantas tangan kita membalas dengan meninggikan lampu depan kereta. Kemudian pemandu kereta depan pun turut sama membalas, rupa-rupanya lampu suluh tinggi keretanya lebih tinggi. Kenapakah itu terjadi?

Kejadian tersebut ada kaitan dengan kedudukan pusat cahaya lampu depan. Lampu depan ditetapkan pada kedudukan paling baik, iaitu melepasi syarat peraturan  lampu utama kenderaan sesebuah negara. Di Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menetapkan semua lampu utama harus melepasi standard E mark, atau peraturan bagi peralatan dan sistem bagi industri automotif di Eropah.

R112 ialah standard peraturan bagi mengelakkan berlaku masalah silau lampu kepada pemandu lain. Jika di Eropah, mana-mana kereta yang tidak mengikut standard tersebut boleh dikenakan saman. Di Malaysia, kita belum sampai ke tahap tersebut, tetapi JPJ menetapkan semua pengeluaran lampu kenderaan wajib melepasi standard peraturan berkenaan.

Peraturan itu juga menetapkan semua lampu utama perlu ada sistem kawalan sasar cahaya lampu depan. Sasaran lampu depan juga menjadi asas penting setiap jurutera rekabentuk lampu kereta. Ia direka berasaskan poin tertentu sebelum lampu kereta direka.

BACA >>> #TahukahAnda: Warna Manakah Sesuai untuk Lampu Kabus Depan, Putih atau Kuning?

KAWASAN SULUHAN LAMPU

Perbezaan kawasan suluhan lampu high beam (kiri) dan low beam.

Kawasan suluhan lampu suluh rendah (low beam) dan lampu high beam berbeza bagi memenuhi peraturan dan keperluan pemanduan. Lihatlah gambar di atas, lampu low beam hanya menerangi jarak kawasan 40 meter dari depan kereta. Lampu high beam pula boleh menjangkau liputan cahaya hingga lebih 100 meter.

Peraturan jalan raya Malaysia mensyaratkan jarak lampu high beam perlu lebih 120 meter. Gambar di atas juga menunjukkan yang kita boleh nampak cahaya mentol dipantulkan kawasan bawah reflektor untuk mendapatkan jarak suluhan lampu lebih jauh dan tinggi.

Lampu low beam pula hanya dipantulkan kawasan atas reflektor dan memancarkan cahaya ke arah jalan sahaja. Lampu high beam hanya boleh dipasangkan sementara waktu sekiranya tiada kenderaan depan. Ini bagi mengelak berlaku masalah silau terhadap pemandu bertentangan.

Inilah sikap dan situasi yang sepatutnya berlaku apabila menggunakan lampu low beam dan lampu high beam. Kalau terpasang lampu high beam, cepat-cepatlah turunkan supaya kenderaan tidak silau.

BACA >>> #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?

MASALAH LAMPU SILAU

Paten cahaya rendah dan tinggi
Penggunaan lampu mengikut kondisi jalan

Melihat gambar di atas pula, kedudukan cahaya lampu low beam terdapat garis pemisah cahaya. Garisan itu ialah penanda kepada kawasan yang boleh dipancarkan cahaya dan tidak boleh dipancarkan cahaya. Jadi, posisi lampu low beam yang lebih tinggi daripada kedudukan sepatutnya akan menyebabkan cahaya melepasi garisan itu. Contoh paling mudah, ketika memandu mendaki bukit atau melalui bonggol jalan, lampu akan terpancar lebih tinggi dan boleh menyebabkan pemandu depan silau.

Punca lain yang menyebabkan kedudukan lampu berubah ialah berat penumpang. Jika ruang penumpang belakang penuh dan ada muatan berat, kereta boleh terdongak ke atas. Situasi tersebut juga menyebabkan posisi lampu menghala ke atas. Pengeluar biasanya akan menetapkan ketinggian lampu pada had berat bersesuaian mengikut prestasi kenderaan. Jika sistem suspensi belakang terlalu keras, ini akan mengatasi masalah kedudukan lampu terdongak, tetapi penumpang pula akan rasa kurang selesa.

Lampu HID memberikan cahaya lebih terang.

Punca lain, menukar mentol jenis berbeza. Kebiasaannya, ramai pemandu menukar mentol halogen kepada HID. Mentol HID (atau mentol cahaya putih) memang bagus untuk membantu pemanduan malam kerana memberikan cahaya terang dan jarak suluhan lebih baik.

Namun, kalau sekadar menukar mentol, ini akan menyebabkan masalah silau terhadap pemandu depan. Kawasan suluhan lampu akan meningkat pada arah menegak hingga memasuki kawasan pemandu bertentangan. Cara yang betul, tetapan posisi lampu low beam juga perlu diubah bagi mengelakkan pemandu depan silau.

CARA PENYELESAIAN

Contoh tetapan untuk mengubah posisi lampu secara manual.

Berdasarkan peraturan ditetapkan, pengeluar perlu menyediakan kemudahan kepada pemandu untuk menukar kedudukan lampu depan. Sistem itu dikenali sistem kawalan kepada sasaran lampu low beam. Ada skru di belakang perumah lampu depan untuk menukar kedudukan reflektor lampu. Kebiasaannya, ada dua lampu untuk lampu depan halogen H4 untuk mengawal kedudukan menegak dan mendatar.

Pemandu perlu betulkan kedudukan lampu bagi mengelakkan silau ke atas pemandu depan jika berlaku situasi yang menyebabkan punca silau seperti disebutkan di atas. Pemandu boleh betulkan sendiri atau bawa ke bengkel. Masalah berlaku apabila tiada alatan untuk membetulkan skru kawalan itu.

Tanggungjawab pengeluar kenderaan adalah memastikan skru kawalan itu mudah dilihat pemandu atau mekanik, atau menyediakan mekanisme mudah untuk membetulkan posisi lampu.

JENIS SISTEM KAWALAN LAMPU DEPAN

Sistem kawalan lampu depan adalah mekanisme untuk menetapkan aras suluhan lampu depan dengan tepat, dan terbahagi kepada dua jenis: kawalan manual dan automatik (juga dipanggil self-levelling).

1. MANUAL

Sistem kawalan manual terbahagi kepada dua jenis:

Contol ubah posisi lampu secara manual guna skru kawalan.

i. Betulkan sendiri skru kawalan pada lampu menggunakan pemutar skru apabila kedudukan lampu berubah. Pengeluar wajib beritahu cara membetulkan skru kawalan.

Suis pengarasan lampu.
Motor kawalan posisi tegak lampu depan.

ii. Betulkan posisi lampu menggunakan suis pengarasan (levelling switch) dari dalam kereta. Di Eropah, semua kenderaan wajib ada suis tersebut bagi memudahkan pemandu membetulkan sudut sasar cahaya lampu mengikut kedudukan lampu depan. Suis pengarasan akan menggerakkan motor di belakang lampu depan dengan menggerakkan skru kawalan menegak untuk menurunkan atau meninggikan kawasan sasar cahaya lampu low beam.

2. AUTOMATIK

Sistem kawalan automatik pun terbahagi kepada dua jenis:

Contoh posisi sensor pengarasan.

1. Kawalan motor lampu dikawal sistem komputer menggunakan sensor pengarasan (levelling sensor) di bahagian suspensi, dan diaktifkan mengikut perubahan kedudukan suspensi. Kedudukan lampu akan berubah automatik, termasuk ketika melepasi bonggol jalan atau menaiki jambatan curam. Sistem ini dapat memastikan sudut sasar cahaya lampu low beam kekal rendah dan tidak menyilaukan pandangan pemandu depan.

Contoh kawalan kawasan lampu menggunakan lampu depan adaptif

2. Sistem lampu depan adaptif berfungsi lebih pintar dengan mengawal kedudukan lampu depan menggunakan sensor kamera atau radar. Ada banyak jenis lampu adaptif dicipta untuk mengelakkan masalah silau terhadap kenderaan depan. Sistem pengarasan automatik ini mampu mengelakkan lampu depan daripada terkena kawasan pemanduan kenderaan depan.

BACA >>> Teknologi Lampu Pintar Ford Mampu Jadi Penunjuk Jalan Ketika Memandu Malam


KESIMPULAN

Masalah silau dapat dielakkan jika pemandu dapat mengawal kedudukan lampu sepanjang masa. Namun, perkara itu tidak mudah tanpa penggunaan sistem pengarasan automatik atau sistem lampu adaptif.

Jika anda mengalami masalah itu, segeralah ke bengkel untuk membetulkan kedudukan lampu. Bagi pemandu yang menukar mentol halogen kepada HID, pastikan juga melaraskan semula sudut sasar cahaya lampu supaya tidak menyebabkan ketidakselesaan pemandu depan.

autotainment headlamp headlight lampu depan lampu depan adaptif lampu utama Masalah Lampu Depan Silau Silau tahukah anda
Talib

    Artikel Berkaitan

    Kenali jiwa motosikal anda
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

    01/03/2026
    Nozel pam minyak
    0
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

    26/02/2026
    Cara angkat motosikal besar bila jatuh
    0
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

    25/02/2026
    5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

    25/02/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.