Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tennesse Wajibkan Pemandu Mabuk Sara Kewangan Anak Mangsa Hingga Umur 18 Tahun
Auto Terkini

Tennesse Wajibkan Pemandu Mabuk Sara Kewangan Anak Mangsa Hingga Umur 18 Tahun

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JANGAN mengambil minuman beralkohol dan memandu. Nasihat itu sepatutnya tidak diberitahukan lagi kerana sudah jadi pengetahuan umum. Malangnya, masih ada yang enggan peduli.

Agensi keselamatan Amerika Syarikat (AS), Pentadbiran Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) menganggarkan hampir 30 orang terbunuh setiap tahun akibat kemalangan berkaitan memandu mabuk dengan kos kemalangan dianggarkan bernilai AS$44 bilion (RM191.7 bilion) setahun.

BACA >>> Pemandu Myvi Maut, Kereta Terbalik Langgar Pengadang Jalan, Disyaki Mabuk

Terbaharu, negeri di AS, Tennessee mengambil langkah mengenakan tindakan keras ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kematian pengguna jalan raya lain.

Portal CBS News melaporkan, negeri itu baru saja meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang mewajibkan pemandu mabuk membayar nafkah kepada anak yang kehilangan ibu bapa akibat tindakan mereka.

RUU HB-1834 menyatakan, pemandu mabuk perlu memikul tanggungjawab kewangan menjaga kanak-kanak hingga dewasa.

RUU 1834 Dewan Perwakilan mensyaratkan individu yang disabitkan dengan kematian kenderaan membayar ganti rugi dalam bentuk nafkah anak jika mangsa mereka ialah ibu bapa kepada seorang kanak-kanak bawah umur. Setiap anak mangsa akan menerima pemulihan (bayaran) hingga berusia 18 tahun atau tamat pengajian sekolah tinggi.

RUU itu berbeza dengan nafkah anak biasa kerana tidak berasaskan jumlah bayaran mengikut pendapatan individu yang membayar. Sebaliknya, jumlah bayaran dibuat berdasarkan faktor luaran seperti keperluan pembiayaan kanak-kanak.

Menurut portal The New York Times (NYT);

Mahkamah akan menentukan jumlah nafkah munasabah untuk bantuan anak dengan mengambil kira keperluan pembiayaan dan sumber anak atau kanak-kanak, sumber kewangan ibu bapa atau penjaga yang masih hidup – termasuk negeri jika kanak-kanak itu berada di bawah jagaan Jabatan Perkhidmatan Kanak-Kanak – dan taraf hidup biasa kanak-kanak.

Dewan Perwakilan Tennessee dan Senat sebulat suara meluluskan RUU itu yang secara rasmi dinamakan Ethan, Haile, and Bentley’s Law. Nama itu ialah anak kepada Nicholas Galinger (foto atas kiri), iaitu anggota polis Tennessee yang terbunuh akibat pemandu trak mabuk pada 2019.

RUU itu diusul Ahli Perwakilan, Mark Hall yang berkata;

Penduduk Tennessee akan menjaga sesama mereka dan kami akan berbuat apa saja dengan kuasa yang ada untuk memastikan tanggungjawab dipikul mereka yang memilih ancaman.”

BACA >>> Pemandu Mabuk, Tapi Rakan yang Maut
BACA >>> Lagi Kes Pemandu Mabuk Lawan Arus, Kali Ini Di Lebuh Raya KESAS
BACA >>> Pemandu Singapura Ditahan Mabuk
BACA >>> Orang Awam Balun Pemandu Bezza Mabuk Lawan Arus di SKVE Langgar Dua Motor

SUMBER: Jalopnik

and Bentley’s Law Auto Terkini Ethan Haile Hukuman Pemandu Mabuk Nicholas Galinger pemandu mabuk Pentadbiran Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan PENTADBIRAN Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) Undang-Undang Pemandu Mabuk
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    GrabX2026: Grab Lancar 13 Ciri AI, Sasar Jadi Pembantu Harian Lebih Pintar di Asean

    08/04/2026
    Auto Terkini

    Hap Seng Star Sambut 140 Tahun Mercedes-Benz Dengan Acara Istimewa Hujung Minggu Ini

    08/04/2026
    Roda4

    Ferrari Klasik Di Tingkat 29! Rembawang Cipta Dua Rekod Baharu Malaysia

    07/04/2026
    Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2026
    Roda2

    Harley-Davidson Pan America 1250 ST Dinobat Sport Touring Motorcycle of the Year 2026

    07/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.