• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bermaz Auto Buka Tempahan Peugeot Landtrek (2023) Versi CBU, Harga Mula RM123k

Bermaz Auto Buka Tempahan Peugeot Landtrek (2023) Versi CBU, Harga Mula RM123k

January 18, 2023 By Sharil Leave a Comment

81
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEDAR rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia, Bermaz Auto mengumumkan membuka tempahan trak pikap saiz sederhana, Peugeot Landtrek (2023) yang bakal diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi, juga pelancaran pertama model itu di pasaran Asia Pasifik.

Tempahan model import (CBU) dari China itu dibuka pada harga anggaran bermula RM123,000. Pada masa sama, model pemasangan tempatan (CKD) dikhabarkan turut berada dalam perancangan wakil pengedar itersebut pada masa akan datang.

BACA >>> Peugeot e-208 (2023) Kini Mampu Pergi Lebih Jauh, Lebih Berkuasa!
BACA >>> Video Pemandu Hilux 'Sidai' Mat Motor Tak Ikut Lorong Motosikal di Plaza Tol

peugeot-landtrek-2023
peugeot-landtrek-2023-2

Berikut spesifikasi Peugeot Landtrek (2023) versi Malaysia:

  • Menerima varian dwi-kabin (double-cab) dengan enjin 4-silinder 1.9L turbo diesel berkuasa 150hp @ 4,000rpm dan tork 350Nm @ 1,800-2,800rpm.
  • Dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan dengan sistem pacuan empat roda (4WD).

  • Rupa depan menampilkan gril vertikal bersama logo singa signatur Peugeot dengan lampu utama LED.
  • Rim sport 18 inci, palang sport dan rel bumbung.
  • Ruang kabin tema hitam dan berorientasi pemandu.
  • Ciri lain diberikan ialah penyaman udara dwi-zon, corong penyaman belakang, upholsteri kulit, unit infotainmen 10 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, dan penghidup tanpa kunci (keyless).

  • Ciri keselamatan terdiri daripada kamera pandang keliling 360, enam beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Traksi (TC), Bantuan Mula Daki (HSA) dan Kawalan Turun Bukit (HDC).
  • Memiliki dimensi panjang 5,331mm, lebar 1,925mm, dan tinggi 1,877mm, manakala jarak roda 3,180mm dan jarak tinggi bumi 235mm.
  • Atas jalan, Peugeo Landtrek (2023) yang bakal bersaing dengan lawan seperti Toyota Hilux, Mitsubishi Triton, Isuzu D-Max, Mazda BT-50, dan Nissan Navara.

BACA >>> Tempahan Peugeot Landtrek Dibuka, Harga Mula RM123k
BACA >>> Peugeot Lancar 5 Model Motosikal, Termasuk Skuter EV Tahun Ini

Related

81
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Asia pasifik, Auto Terkini, Bermaz Auto, CBU, CKD, Peugeot Lantrek, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev