• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Alza (2022) Dapat Lebih 30k Unit Tempahan, Masa Menunggu Cecah 10 Bulan!

Perodua Alza (2022) Dapat Lebih 30k Unit Tempahan, Masa Menunggu Cecah 10 Bulan!

July 20, 2022 By Shawkath Leave a Comment

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA mengesahkan tempahan model kenderaan pelbagai guna (MPV), Alza (2022) baharu kini sudah mencecah lebih 30,000 unit dengan 65 peratus daripada jumlah itu membabitkan varian tertinggi, AV.

Pengeluar nasional yang berpangkalan di Rawang, Selangor itu melancarkan tiga varian Alza iaitu X, H dan AV pada harga bermula RM62,500.

BACA >>> Perodua Alza (2022) Serba Baharu Lancar dalam Tiga Varian, Harga Mula RM62.5k!

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua memerlukan masa kira-kira 10 bulan untuk mengirim semua unit tempahan Alza (2022) tersebut kepada pelanggan.

Menurutnya, kilang pengeluaran secara purata mampu menghasilkan sekitar 3,000 unit sebulan atau 36,000 unit setahun. Beliau berkata;

Kiriman stok sedia ada akan bermula bermula jam 12 tengah hari, hari ini. Untuk bulan ini, jika tiada masalah, kami boleh mendaftar 4,300 unit Alza.

“Tapi jangan bimbang, kita cuba tingkatkan pengeluaran dan cuba memenuhi apa-apa permintaan pengguna.”

Mengulas lanjut, Zainal Abidin mendakwa model Alza dihasilkan di kilang lama Perodua, iaitu Perodua Manufacturing yang turut menghasilkan Myvi dan Aruz. Justeru Perodua akan melaraskan semula aktiviti pengeluaran di kilang berkenaan mengikut tempoh menunggu sesebuah model.

Sebagai contoh jika tempoh menunggu Aruz tiga hingga empat bulan, dan Alza lebih tiga bulan, kita akan imbang semula aktiviti pengeluaran," katanya lagi.

BACA >>> Cerita Kenapa Perodua Tak Dapat Siapkan 70k Unit Tempahan Kereta Tahun Lalu
BACA >>> Perodua Kongsi Masalah Sebenar Pelanggan Lambat Dapat Kereta Baharu
BACA >>> Kancil Limosin 8-Kerusi! Jangan Bimbang Ini Bukan Alza Baharu

Related

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Zainal Abidin Ahmad, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Perodua, Perodua Alza (2022), Perodua MPV 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev