• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tempahan Nissan NP300 Navara Dibuka - Harga Jualan Serendah RM85,000 - RM125,000

Tempahan Nissan NP300 Navara Dibuka - Harga Jualan Serendah RM85,000 - RM125,000

October 14, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Nissan Navara NP300-pandulajudotcom-01

MASA dinanti-nantikan penggemar trak pikap hampir tiba. Edaran Tan Chong Motor (ETCM) membuka tempahan bagi model Nissan NP300 Navara serba baharu yang bakal dilancarkan pada November 2015.

Anggaran harga Nissan Navara4 WARNA MENARIK:

  • Oren Savana (Savanna Orange serba baharu)
  • Perak (Tungsten Silver)
  • Hitam (Diamond Black)
  • Putih (Brilliant White).

NP300 Navara melakukan debut tahun lalu di Thailand juga telah dilancarkan di Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja, Filipina, Indonesia dan Australia pada tahun ini. Terbaharu, NP300 Navara diperkenalkan di Eropah semasa Frankfurt Motor Show 2015.

NP300 Navara Presale Leaflet Final

PRESTASI:

Navara dijana enjin 2.5L Diesel YD25Nissan yang ditambah baik. Hasil padanan transmisi automatik 7-kelajuan bersama mod manual, ia mampu menawarkan kuasa maksimum 190hp serta tork 450Nm pada 2,000rpm.

LUARAN:

Trak pikap Navara generasi ke-12 itu berjaya mencipta penanda aras dengan rekabentuk baharu, keselesaan premium, kemudahan dan teknologi termaju.

Karakternya menawarkan fleksibiliti untuk menjadi tahan lasak dan boleh dipercayai untuk melaksanakan sebarang tugas. Malah, juga selesa dan luas untuk aktiviti hujung minggu.

Nissan Navara NP300-pandulajudotcom-03 (2)

Dari arah hadapan, DNA rekabentuk Nissan cukup menonjol. Lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk ‘boomerang’ adalah pertama dalam kelas, melengkapkan gril signatur ‘V-motion’ Nissan dan menyerlahkan aspek estatik. Di bahagian belakang, spoiler baharu menunjukkan sifat sporty NP300 Navara.

DALAMAN:

NP300 Navara mengaplikasikan ciri tempat duduk inspirasi graviti sifar (Zero Gravity Inspired Seats) seperti model premium Nissan lain. Tempat duduk ini memberi sokongan kepada tulang belakang pemandu dan penumpang hadapan, manakala penyaman udaa dua zon dan corong udara di belakang pula memberikan penyejukan kabin optimum.

Maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.np300navara.com.my atau hubungi Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800 88 3838.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Edaran Tan Chong Motor, ETCM, Kereta, Nissan Navara 2015, Nissan NP300 Navara, Pandu uji

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
    Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
  • Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
    Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
  • Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
    Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
  • BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
    BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my