Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tempahan Alza Baharu Sudah Cecah 39k!
Auto Terkini

Tempahan Alza Baharu Sudah Cecah 39k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TEMPAHAN untuk kenderaan jenama Perodua kekal positif walaupun Kerajaan sudah menamatkan insentif pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 30 Jun lalu.

Bulan lalu, Perodua menerima 24,265 unit tempahan untuk semua model, manakala Alza saja mencecah 9,000 unit tempahan.

BACA >>> Perodua Alza (2022) Dapat Rating Lima Bintang Asean NCAP!
BACA >>> Perodua Alza (2022) Dapat Lebih 30k Unit Tempahan, Masa Menunggu Cecah 10 Bulan!

PRESTASI JUALAN JANUARI-JULAI 2022

  • Kenaikan 48.7 peratus.
  • Jualan tujuh bulan pertama 2022 145,689 unit berbanding 97,945 unit dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

BACA >>> Siapa Sesuai Beli Perodua Alza (2022), Aruz dan Ativa?

DUA FAKTOR BERLAKU KENAIKAN

  • Pertama: Permintaan tinggi sebab pembeli mahu menikmati pengecualian SST.
  • Kedua: Sektor ekonomi dibuka berbanding tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata;

Faktor kedua ialah kesan penutupan hampir semua sektor pada Jun hingga pertengahan Ogos 2021 bertujuan untuk membendung wabak Covid-19 pada masa itu.”

Zainal Abidin mengakui tempahan kenderaan baharu tidak setinggi prestasi Januari hingga Jun 2022 (ketika lanjutan pengecualian SST). Bagaimanapun, beliau menyifatkannya lebih baik berbanding apa dijangka sebelum ini sebagai bukti industri automotif masih ada potensi cerah.

BACA >>> Perodua Alza (2022) Dapat Rating Lima Bintang Asean NCAP!

CERITA ALZA BAHARU

Zainal Abidin berkata, jumlah tempahan Alza baharu sudah mencapai 39,000 unit (termasuk 9,000 unit bulan lalu) dengan menetapkan sasaran jualan 3,000 unit sebulan.

Beliau berkata;

Walaupun angka jualan kami sehingga kini kukuh, tetapi masih lagi terdapat beberapa isu belum selesai seperti kekurangan tenaga kerja dan bekalan cip semikonduktor yang masih belum stabil.

“Akibat daripada isu-isu ini, jualan bulanan kami merosot 13.3 peratus kepada 18,346 pada Julai berbanding 21,164 kenderaan yang dijual pada bulan Jun lalu.”

INI USAHA PERODUA

Zainal Abidin berkata lagi;

Perodua sedang bekerja rapat dengan Kerajaan untuk mengatasi isu kekurangan pekerja dalam sektor automotif pada awal Ogos ini dan dengan ini Perodua dapat beroperasi sepenuhnya.

“Dalam isu kekurangan bekalan cip semikonduktor pula, kami sudah mendapat bekalan secukupnya untuk mengeluarkan dan mendaftar lebih 247,800 unit yang disasarkan awal tahun ini.

“Namun, kami masih dalam usaha menstabilkan peningkatan pengeluaran. Ini bermaksud kami hanya akan mengumumkan sasaran jualan baharu kami pada tarikh kemudian.”

BACA >>> Perodua Dedah Strategi Langsaikan ‘Hutang’ 243k Kereta Pelanggan
BACA >>> Perodua Kongsi Masalah Sebenar Pelanggan Lambat Dapat Kereta Baharu
BACA >>> Perodua Terima Tempahan Kenderaan Lebih 25k Unit Sehari!
BACA >>> Ini Cerita Kemalangan Perodua Alza Serba Baharu di Negeri Sembilan
BACA >>> Remuk Hati Pemilik, Perodua Alza Baru 2 Hari Guna Terlibat Kemalangan

CEO PERODUA Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad MPV Perodua Perodua Alza Roda4 Tempahan Alza
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    09/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Pemandu e-hailing dan pengendali bot berdaftar dapat tambahan subsidi BUDI95 15 Oktober 2025
    Auto Terkini

    MOT: e-Hailing Digalak Perluas ‘Carpool’ Bagi Kurangkan Kos Petrol

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Auto Terkini

    Perodua Bezza Potong ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.