Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Temerloh Bakal Jadi Hab Permotoran Pahang
Auto Terkini

Temerloh Bakal Jadi Hab Permotoran Pahang

FikriBy Fikri26/12/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN Pahang bersetuju menjadikan Temerloh sebagai hab permotoran di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Negeri secara umum bersetuju dengan cadangan itu dan akan memperhalusi segala aspek pelaksanaan;

Kalau tiada masalah, ada tapak untuk projek litar dan sebagainya kita akan laksanakannya. tetapi peringkat awal ini kita perlu ada satu kajian menyeluruh dan Kerajaan Negeri bersetuju buat di Temerloh.

“Pada dasar, kita memang bersetuju menjadikan Temerloh sebagai hab permotoran negeri Pahang.”

Beliau berkata demikian sempena majlis penutup Karnival Permotoran 2 Roda Temerloh 2023 yang berlangsung meriah di Dataran Temerloh, 24 Disember lalu.

Karnival julung kali di Pahang itu berlangsung dua hari pada 23 Disember (Sabtu) dan berakhir 24 Disember (Ahad ) lalu dengan dihadiri lebih 15,000 peserta dan pengunjung dari seluruh negara.

Wan Rosdy berkata, Kerajaan Negeri juga bersetuju menambah peruntukan program kepada RM100,000 pada tahun depan.

Kerajaan Negeri menerusi Belanjawan 2024 yang baru dibentangkan memperuntukkan RM720,000 kepada 3,600 anak muda berusia 18 hingga 21 tahun untuk mengambil lesen memandu (kereta dan motosikal).

“Karnival permotoran ini diadakan bagi mengumpulkan peminat dunia permotoran di samping memberi kesedaran keselamatan jalan raya kepada golongan muda.”

“Karnival ini juga dapat memberi alternatif kepada kanak-kanak dan belia supaya melakukan aktiviti bermanfaat selain bergantung gajet semata-mata.”

Dalam aspek lain, karnival berkenaan juga dapat merancakkan ekonomi setempat dan mempromosi eko-pelancongan Temerloh dengan menjadikan ia acara tahunan di daerah itu.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Hab Permotoran Karnival Permotoran 2 Roda Temerloh lesen memandu litar Pahang
Fikri

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.