• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Teksi Sungai Melaka Bakal Operasi 2021

Teksi Sungai Melaka Bakal Operasi 2021

October 7, 2020 By Azhan O Leave a Comment

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MELAKA akan memulakan perkhidmatan teksi sungai sebagai medium pengangkutan baharu negeri itu bermula selewat-lewatnya tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Murad Husin berkata, perkhidmatan teksi air di Sungai Melaka itu meliputi laluan dari Melaka Sentral hingga muara Sungai Melaka dengan jarak perjalanan kira-kira 9.6km.

Bagaimanapun segalanya bergantung kepada status Projek Pembangunan Sungai Melaka Fasa Kedua yang sudah siap, tetapi di luar kawalan kerana tender berada di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

"Jadi sekarang ini, kami sedang melihat perkara atau masalah yang perlu diselesaikan supaya dapat memulakan pelaksanaan aktiviti yang dirancang termasuk perkhidmatan teksi air," katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pelancaran Promosi 'Oktober 2020 Frontliners dan Keluarga Anda Dihargai' atas Kapal Mendam Berahi di Melaka, semalam.

Menurutnya, antara isu mengenai projek tersebut dengan pelaksanaan perkhidmatan teksi air ialah infrastruktur asas membabitkan kedalaman sungai dan penambahbaikan tebing sepanjang laluan Sungai Melaka.

Sebuah teksi air mampu menampung 12 penumpang pada satu-satu masa dan beberapa stesen ambil dan turun penumpang akan diwujudkan sepanjang laluan. Jumlah pengangkutan disediakan pula bergantung kepada sambutan penumpang danmakan  ditambah semasa ke semasa mengikut keperluan.

BACA >>> Kenapa Kembar Belanda Ini Pilih Pandu 'Wira Teksi' ke Nurburgring?

PRODUK PELANCONGAN BAHARU

Sementara itu, beberapa produk pelancongan baharu akan dibangunkan sebagai tarikan baharu pelancong ke Melaka seperti melawat pulau dan night cruise di kawasan pantai.

"Kami juga sedang menimbangkan memindahkan operasi Melaka River Cruise dari Taman Rempah ke kawasan lebih selesa, khususnya di bawah Projek Pembangunan Sungai Melaka Fasa Kedua supaya dapat menggunakan fasiliti lebih baharu dan selesa," katanya.

BACA >>> #SembangDeras: Tidak untuk Teksi Motor, Kerajaan Lepaskan Peluang Kerja Buat Rakyat?

SUMBER: Bernama

Related

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Murad Husin, Pelancongan Melaka, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Sungai Melaka, Teksi Sungai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev