Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Teknologi AI Akan Tentukan Siapa Layak Tunggang Motosikal di Singapura
Auto Terkini

Teknologi AI Akan Tentukan Siapa Layak Tunggang Motosikal di Singapura

ShawkathBy Shawkath14/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SINGAPURA memang memandang serius isu rasuah. Jadi bukan kejutan jika republik itu memutuskan mahu menambah baik proses penilaian ujian memandu supaya telus dalam memastikan seseorang calon ujian itu benar-benar layak berada atas jalan raya.

Singapura akan menggantikan aspek penilaian manusia (elemen manusia) sedia ada, iaitu menggunakan perkhidmatan pegawai polis trafik untuk menil;ai calon, kepada ujian berdasarkan sistem kecerdasan buatan (AI).

Sistem AI itu, dipanggil Litar Pemanduan Pintar (IDC), akan mula digunakan tahun depan ke atas calon ujian lesen motosikal. Ini bermakna semua motosikal yang digunakan di litar ujian akan dipasangkan sensor dan kamera.  Dua peranti itu berfungsi memberikan input kepada komputer untuk menganalisiskan data bagi menentukan calon tersebut layak dan memiliki kemahiran diperlukan untuk menunggang motosikal.

Contoh, jika penunggang gagal menghentikan motosikal pada jarak ditetapkan ketika menunggang pada halajua 30kmj, sistem IDC akan menggagalkan calon itu secara automatik.

Sistem juga akan menilai beberapa aspek lain seperti cara penunggang memegang bar hendal dengan baik, mengepit tangki minyak dengan dua lulut atau calon memandang terus ke depan ketika menunggang. IDC juga akan mencari kesalahan calon seperti menarik tuil klac sebelum membrek, tidak guna brek enjin (engine braking), guna daya brek tidak mencukupi atau menurunkan kaki sebelum motosikal berhenti sepenuhnya.

Ujian praktikal akhir kemudian dilakukan di jalan raya sibuk di ibu kota Singapura, tetapi masih ada penglibatan pemantau manusia atas sebab-sebab tertentu. Sistem IDC akan diuji bermula tahun depan membabitkan beberapa kategori lesen dalam Kelas 2 dan akan dilaksanakan sepenuhnya menjelang 2023.

SISTEM UJIAN MEMANDU SINGAPURA

Sistem mendapatkan lesen memandu Singapura hampir sama dengan Malaysia. Calon perlu menghadiri kelas teori dan latihan praktikal di litar dan jalan raya. Bezanya, syarat lulus lesen di Singapura agak ketat jika membabitkan pemohon lesen motosikal besar. Berikut kelas lesen motosikal Singapura:

  • Kelas 2B  ialah lesen asas menunggang motosikal hingga 200cc.
  • Selepas setahun, pemilik lesen Kelas 2B layak mengambil ujian lesen Kelas 2A untuk menunggang motosikal hingga 400cc.
  • Kursus Kelas 2 hanya boleh diambil pemilik lesen Kelas 2A yang membolehkan pemegang lesen Kelas 2 menunggang semua jenis motosikal.
  • Untuk mengambil lesen Kelas 2, penunggang perlu menjadi pemegang lesen Kelas 2A sekurang-kurangnya setahun.

BACA >>> Kerajaan Lanjut Tempoh Perbaharui Lesen Memandu, Lesen Kenderaan Motor Hingga 60 Hari
BACA >>> Mahu Contohi Singapura, Masuk Kuala Lumpur Bakal Dikenakan Tol

SUMBER: MotoPinas | MoneySmart

Jenis Lesen Motosikal Singapura Lesen Motosikal Singapura Singapura AI Lesen Memandu Teknologi AI untuk Lesen Memandu
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

15/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.