Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Tayar Continental EcoContact 6, EcoContact 6Q Diperkenal untuk Pasaran Malaysia!
Aksesori

Tayar Continental EcoContact 6, EcoContact 6Q Diperkenal untuk Pasaran Malaysia!

SyafieBy Syafie09/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JENAMA tayar premium dan Jerman, Continental, hari ini melancarkan dua model tayar penjimatan bahan api terbaharu, EcoContact 6 dan EcoContact 6Q.

Direka khas untuk kenderaan petrol, hibrid dan elektrik, kedua-dua tayar itu bukan saja menawarkan jarak pemanduan lebih jauh dan cengkaman mantap, tetapi hadir dengan teknologi pengurangan bunyi terkini untuk pengalaman pemanduan lebih senyap dan selesa.

EcoContact 6: Kecekapan dan Ketahanan

EcoContact 6 direka untuk pemandu yang mencari penjimatan bahan api jangka panjang dengan prestasi harian konsisten. Antara ciri utama:

  • Sebatian silika teknologi tinggi untuk rintangan golekan lebih rendah
  • Rib asimetri dan sipe tayar khas bagi kestabilan di permukaan basah dan kering
  • Membantu mengurangkan pengeluaran karbon dioksida
  • Daya tahan lebih lama sesuai untuk perjalanan jarak jauh

EcoContact 6Q: Keselesaan Pemanduan Tanpa Gangguan

Jika anda mengutamakan keselesaan maksimum, EcoContact 6Q adalah pilihan tepat kerana model tayar ini menampilkan:

  • Corak bunga khas dan kompaun Advanced Green Chili 2.0
  • Pengurangan bunyi melalui rekabentuk tayar yang menyesuaikan diri dengan permukaan jalan
  • Rintangan golekan rendah dan penjimatan bahan api
  • Kawalan lebih baik ketika menukar lorong dan mengurangkan bunyi bising jalan

ContiSilent™: Pemanduan Lebih Senyap Hingga 9 dB(A)

Kedua-dua model tersebut juga menggunakan teknologi ContiSilent™, iaitu lapisan busa poliuretana khas yang menyerap bunyi dan mengurangkan hingar dalaman hingga 9dB(A). Ini memastikan kabin lebih senyap, terutamaa ketika melalui jalan tidak rata.

Tayar OEM untuk Kenderaan Premium

EcoContact 6 dan 6Q dipercayai jenama global seperti BMW dan Mercedes-Benz sebagai tayar pengilang (OEM) untuk model terpilih yang membuktikan kredibiliti dan tahap kejuruteraan tayar berkenaan dalam memenuhi keperluan prestasi tinggi.

  •  Kedua-dua tayar ditawarkan dalam pelbagai saiz dari 15 inci hingga 21 inci yang tersedia di:
    • Pengedar sah Continental seluruh negara
    • Kedai rasmi Continental di Shopee, TNG eWallet dan Lazada

Bagi pemandu di Malaysia, EcoContact 6 dan 6Q direka untuk memberikan keselesaan, kecekapan dan keselamatan dalam setiap perjalanan, sama ada di jalan bandar atau lebuh raya.”

– Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia

Maklumat Lanjut, Tempahan

Layari pautan di bawah ini untuk maklumat lanjut:

  • EcoContact 6
  • EcoContact 6Q
Aksesori Aftermarket Auto Terkini Continental EcoContact 6 EcoContact 6Q tayar kereta
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Toyota Hilux Travo 2026 Debut Di Bangkok, Generasi Kesembilan Kini Dengan Versi EV

    30/03/2026
    Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu maut
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Ragut Nyawa, Politikus Desak Hukuman Lebih Berat

    30/03/2026
    Petronas logo
    Auto Terkini

    Petronas Tidak Terlibat Cadangan Bekal Bahan Api ke Filipina

    30/03/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.