Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tenang Hadapi Tarif AS, Toyota Kekal Komited Pengeluaran Domestik
Auto Terkini

Tenang Hadapi Tarif AS, Toyota Kekal Komited Pengeluaran Domestik

Abang HirataBy Abang Hirata29/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kesan tarif Amerika - CEO Toyota, Koji Sato
PADA 8 Mei lalu, Toyota membentangkan keputusan kewangan untuk Tahun Kewangan (FY) berakhir Mac 2025.

Berdasarkan penjelasan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Toyota, Koji Sato dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Toyota, Yoichi Miyazaki mengenai keputusan itu, pihak pengurusan tertinggi Toyota menjawab soalan daripada media.

Kebanyakan soalan menumpukan impak tarif automotif dikenakan Kerajaan Amerika Syarikat (AS), April lalu. Adakah Toyota akan memindahkan pangkalan pengeluaran ke AS? Adakah pengeluar itu akan menggugurkan komitmen untuk menghasilkan tiga juta kenderaan di Jepun?

Tindak Balas Toyota Terhadap Tarif AS

Presiden dan CEO Toyota, Koji Sato
CEO Toyota, Koji Sato
Naib Presiden dan CFO Toyota, Yoichi Miyazali
CFO Toyota, Yoici Miyazaki

Menolak Panik dan Reaksi Terburu-buru

  • Presiden Sato menegaskan Toyota tidak panik dalam menghadapi ketidakpastian dasar tarif AS.
  • Pendekatan itu menunjukkan syarikat akan membuat pertimbangan tenang dan terperinci, bukan respons emosi.
  • Naib Presiden Miyazaki berjanji mengelakkan reaksi terburu-buru (knee-jerk reactions) yang boleh membawa kepada keputusan kurang tepat atau merugikan dalam jangka panjang.
  • Sikap itu bertujuan mengekalkan kestabilan operasi dan keyakinan pelabur.
  • Anggaran impak tarif untuk April dan Mei 2025 sebanyak 180 bilion yen (RM5.3 bilion) sudah diambil kira dalam ramalan syarikat.

Strategi Pengeluaran Jangka Pendek dan Panjang

  • Jangka Pendek: Toyota akan meneroka langkah penyesuaian penghantaran kenderaan seperti menguruskan aliran kira-kira 500,000 unit kenderaan dieksport ke AS untuk meminimum impak tarif dan memastikan permintaan pelanggan dapat dipenuhi.
  • Penyesuaian ini mungkin melibatkan perubahan logistik atau jadual penghantaran.
  • Jangka Panjang: Toyota komited membangunkan dan menghasilkan produk secara tempatan di AS. Ini sebahagian falsafah Toyota untuk menjadi yang terbaik (best in town), iaitu aktiviti perniagaan berakar umbi di kawasan tempat ia beroperasi.
  • Pendekatan itu bukan saja mengurangkan kebergantungan kepada eksport dari Jepun tetapi juga memperkukuh hubungan dengan pasaran dan pelanggan tempatan.

Pendirian Mengenai Harga dan Pembekal

Toyota berpendapat harga kenderaan ditentukan dinamik pasaran, iaitu permintaan pelanggan dan persaingan sedia ada, bukan semata-mata kos tambahan tarif.

Ini menunjukkan Toyota akan mengekalkan daya saing harga tanpa menaikkan harga secara drastik sebagai tindak balas segera kepada tarif.

Mengenai pembekal pula, Toyota juga tidak akan menyemak semula harga alat ganti dibeli atau cuba memberi pampasan melalui langkah pengurangan kos mendadak.

Sebaliknya, Toyota akan berinteraksi secara individu dengan setiap pembekal untuk perbincangan teliti, dan menekankan kepentingan hubungan jangka panjang serta kerjasama erat dalam rantaian bekalan.

Ramalan Jualan Amerika Utara

Walaupun terdapat lonjakan permintaan pra-tarif pada Mac dan April 2025, Toyota menjangka jumlah jualan di pasaran AS akan kembali kepada tahap ramalan awal yang menunjukkan pengeluar itu sudah menilai impak jangka pendek dan menjangka normalisasi pasaran.

Ramalan jualan untuk FY2026 di Amerika Utara adalah 2.94 juta kenderaan, meningkat lebih 200,000 unit berbanding keputusan tahun terdahulu.

Peningkatan tersebut didorong pemulihan pengeluaran penuh di Kilang Indiana AS yang sebelum ini terjejas disebabkan isu kualiti. Pemulihan itu membolehkan Toyota memenuhi pesanan tertunggak dan meningkatkan kapasiti jualan.

Komitmen Teguh Pengeluaran Domestik di Jepun

Keputusaan Tahun Kewangan Mac FY2025

Presiden Sato dan Naib Presiden Miyazaki secara konsisten menyatakan komitmen untuk mengekalkan pengeluaran tiga juta kenderaan di Jepun yang bukan saja angka pengeluaran, tetapi simbol kepentingan peranan Toyota dalam ekonomi Jepun.

Pengeluaran domestik itu kritikal kerana membolehkan Jepun mendapatkan mata wang asing melalui eksport. Pendapatan tersebut kemudian digunakan untuk membiayai import penting seperti tenaga dan sumber lain diperlukan negara.

Industri automotif Jepun, termasuk Toyota, menyumbang hasil eksport kira-kira 20 trilion yen (RM588.4 bilion). Ini sangat penting untuk mengimbangi defisit import sumber dan tenaga negara, sekitar 24 trilion yen (RM706.1 bilion), sekali gus menekankan peranan strategik industri automotif dalam ekosistem ekonomi Jepun.

Naib Presiden Miyazaki mendakwa walaupun jualan tahun fiskal berakhir Mac 2021 (tempoh pandemik) menurun kepada 7.64 juta unit kenderaan (berbanding 8.95 juta unit pada FY2020), Toyota masih mampu menjana 2.2 trilion yen (RM64.7 bilion) dalam pendapatan operasi.

Penambahbaikan berterusan meningkatkan keuntungan marginal per kenderaan kira-kira 1.6 kali ganda sejak pandemik.

Pengukuhan Daya Saing dan Kuasa Pendapatan

Bagi mencapai matlamat pengeluaran domestik dan global, Toyota menekankan pengukuhan asas syarikat sebagai aspek paling penting yang bukan sekadar pelaburan kewangan, tetapi usaha kolektif untuk meningkatkan produktiviti.

Toyota akan berusaha mencipta kapasiti lebihan dalam operasi pengeluaran walaupun kini berjalan pada tahap tinggi, tetapi kapasiti tambahan membolehkan pekerja di genba (tempat kerja sebenar) melakukan penambahbaikan berterusan dan inovasi lanjut.

Ini akan meningkatkan produktiviti dalam jangka sederhana hingga panjang dan akhirnya mengurangkan kos yang menjadikan Toyota lebih kompetitif.

Toyota memulakan tahun dengan ramalan pendapatan operasi mencecah 3.8 trilion yen (RM111.8 bilion). Walaupun angka itu mengambil kira impak kadar pertukaran dan tarif, kira-kira 1 trilion yen (RM29.4 bilion)), pengeluar automotif tersebut masih mengekalkan kuasa pendapatan bernilai 4.8 trilion yen (RM141.2 bilion).

Ramal Pengeluaran Model Hibrid Meningkat

Syarikat juga menumpukan kepada peningkatan pengeluaran model hibrid. Pada tahun fiskal terdahulu, pengeluaran model hibrid meningkat 850,000 unit kenderaan.

Bagi tahun fiskal ini, Toyota menjangka peningkatan sekitar 5 peratus kepada sekitar 4.7 juta unit. Walaupun sasaran asal 5 juta unit menjelang 2026, syarikat berusaha mencapai angka itu lebih awal.

Usaha gigih mengurangkan kos kenderaan hibrid plug-in (PHEV) dan pelbagai jenis unit lain juga sedang dijalankan. Keyakinan Toyota adalah kemampuan menghasilkan kenderaan dalam kuantiti lebih besar dengan kos lebih rendah, dan kuasa pendapatan akan turut meningkat secara bersama.

Presiden dan CEO Toyota, Koji Sato
Presiden dan CEO Toyota, Koji Sato
CEO Toyota, Koji Sato
Presiden dan CEO Toyota, Koji Sato
Naib Presiden dan CFO Toyota, Yoichi Miyazali
CFO Toyota, Yoici Miyazaki
Naib Presiden dan CFO Toyota, Yoichi Miyazali
Keputusaan Tahun Kewangan Mac FY2025
Keputusaan Tahun Kewangan Mac FY2025
Keputusaan Tahun Kewangan Mac FY2025
Auto Global Auto Terkini Koji Sato Toyota Yoichi Miyazaki
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.