Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tangguh Monorel Putrajaya Sejak 2004 Buat Kerajaan Rugi Lebih RM800j
Auto Terkini

Tangguh Monorel Putrajaya Sejak 2004 Buat Kerajaan Rugi Lebih RM800j

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize17/02/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LAPORAN Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2 mendedahkan penangguhan projek Monorel Putrajaya sejak 2004 dan penyelenggaraan terowong di Putrajaya menjadi punca utama sistem pengangkutan bersepadu di bandar itu belum tercapai hingga menyebabkan berlaku pembaziran dana Kerajaan berjumlah RM812.91 juta.

Menurut LKAN, penangguhan pembangunan mod pengangkutan monorel yang menjadi tulang belakang sistem pengangkutan awam di Putrajaya turut memberi kesan kepada perkhidmatan bas dan penggunaan fasiliti berkaitan.

Sebaliknya, Kerajaan terpaksa menyediakan TLK (Tempat Letak Kereta) bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan core dan perumahan,” kata laporan.

Pelaksanaan projek monorel tersebut meliputi dua laluan, iaitu Laluan 1 (13.2km) dan Laluan 2 (6km) selain stesen monorel yang dibina di Terminal Putrajaya Sentral Presint 7, tetapi masih belum siap sepenuhnya.

Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat mengesahkan justifikasi penangguhan projek kerana tiada dokumen sokongan diperoleh.

Lawatan fizikal Audit pada 16 Ogos 2022 mengesahkan bahawa sebahagian infrastruktur seperti kerangka asas bagi terowong, tiang-tiang bagi landasan dan jambatan untuk monorel sudah dibina,” kata laporan lagi.

EMPAT SUDAH SIAP, CUMA TIGA DIGUNAKAN

LKAN mendakwa infrastruktur empat daripada enam mod pengangkutan sudah siap dibangunkan, tetapi hanya tiga mod pengangkutan digunakan sepenuhnya.

Empat mod pengangkutan siap dibangunkan itu ialah:

  • Express Rail Link (ERL)
  • Bas
  • Pengangkutan air
  • Jaringan pejalan kaki dan basikal

Tiga mod digunakan sepenuhnya cuma ERL, bas dan rangkaian pejalan kaki, termasuk basikal.

LKAN berkata, pembangunan infrastruktur mod pengangkutan LRT (Transit Aliran Ringan) atau monorel belum siap sepenuhnya, manakala infrastruktur mod pengangkutan tram belum dibangunkan.

Justeru, Audit mengesyorkan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), yang kini distruktur semula sebagai Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), dengan pentadbiran di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) mengkaji semula pelan pembangunan.

Ini perlu dilakukan supaya dapat diselaraskan dengan perubahan konsep pembangunan Putrajaya dalam usaha menyediakan kemudahan infrastruktur bersesuaian yang berfungsi mengikut perancangan.

Laporan itu turut mengesyorkan KWP, Kementerian Pengangkutan dan PPj menetapkan hala tuju penggunaan infrastruktur yang dibangunkan bagi memberi manfaat kepada rakyat dan mengelak pembaziran.

BACA >>> Terminal Titiwangsa Bakal Jadi Hab Pengangkutan Awam di Kuala Lumpur
BACA >>> MRT Putrajaya Fasa Dua Mula Operasi Mac 2023!

Auto Terkini Kementerian Pengangkutan laporan ketua audit negara membazir monorel putrajaya pengangkutan awam Perbadanan Putrajaya (PPj) Putrajaya
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.