Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»‘Abang Viva’ Tular! Tambat Bot Atas Bumbung Kereta dari Melaka Nak Selamat Mangsa Banjir
Auto Terkini

‘Abang Viva’ Tular! Tambat Bot Atas Bumbung Kereta dari Melaka Nak Selamat Mangsa Banjir

FarahBy Farah24/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KINI trending di media sosial! Seorang pemandu Perodua Viva kini tular selepas nekad memandu dari Melaka ke Shah Alam, Selangor dengan menambat bot memancing atas bumbung keretanya semata-mata untuk membantu mangsa banjir.

Malah, Azwan Omar, yang kini popular sebagai Abang Viva, bukan saja membawa botnya ke Shah Alam, termasuk kawasan paling teruk terjejas, Taman Sri Muda, tetapi turut dilaporkan muncul di Puchong.

Apabila foto dan videonya tular, ramai menggelarkan lelaki itu sebagai wira tak didendang (unsung hero) dan tidak kurang yang membandingkan tindakannya dengan sesetengah pihak berkuasa di Malaysia yang dianggap lambat bertindak.

Tak perlu jadi menteri, Tak perlu jadi YB, Cukup punya hati dan empati. Naik Viva je!! Kayangan people please learn something from this,” kata salah seorang netizen.

Terbaharu, viral pula tulisan mendedahkan apa dilakukan Abang Viva itu, ditulis Abdél Rahmanov yang mendapat lebih 2,000 perkongsian. Abang Viva dikatakan sanggup memohon cuti kecemasan dan hanya berbekalkan RM50 dari Melaka untuk menyelamatkan mangsa banjir.

* Berikut tulisan asal penulis tanpa suntingan supaya dapat mengekalkan gaya bahasa. Pautan asal ada di akhir artikel.

Saya cukup tersentuh membaca kisah Abang Viva yang datang dari Melaka untuk menyelamatkan mangsa banjir di Shah Alam. Kisah Abang Viva seperti berikut:

1. Abang Viva ini bernama Azwan Omar yang datang dari Melaka ke Shah Alam dengan menggunakan kereta Viva dan membawa sebuah bot di atas bumbung keretanya.

2. Dia hanya berbekal duit sebanyak RM50. Dia beli minyak untuk bot sebanyak RM20 dan RM30 lagi untuk makanan seperti roti dan air untuk alas perut.

3. Dia bekerja sebagai operator mesin dan memohon cuti kecemasan dari majikannya untuk ke Shah Alam bagi menyelamatkan mangsa banjir.

4. Antara mangsa banjir yang diselamatkan ialah pasangan warga emas termasuk suami yang lumpuh dan seorang ibu dengan bayi yang baru dilahirkan.

5. Sejak lima hari lepas, Abang Viva hanya alas perut dengan makan roti dan air serta tidur dalam botnya. Namun dia terus kental untuk selamatkan mangsa-mangsa banjir.

6. Cerita dia tersebar menyebabkan orang ramai menderma wang kepadanya. Namun dia agak keberatan mahu menerimanya dan menderma sebahagian besar wang itu kepada NGO-NGO lain.

7. Abang Viva berkata, “Saya datang nak tolong dengan ikhlas tak harap apa-apa pun. Saya pun tak minta untuk jadi viral sampai macam ni, orang masuk dalam Internet semua. Jadi sumbangan yang saya terima itu saya akan salurkan semula kepada mangsa banjir”

8. Hebat betul kisah Abang Viva ini. Dia hanya orang biasa tanpa pangkat dan gelaran. Tetapi jiwanya amat luar biasa. Dia di antara hero yang tidak dikenali tetapi kaya jiwa dan budi.

9. Moga Allah memberkati dan memberi kekuatan atas usaha Abang Viva menyelamatkan mangsa banjir. Abang Viva hero kami!

Inilah dikatakan insan kecil berjiwa besar yang sentiasa senang hati membantu tanpa mengharap balasan. Kita doakan saudara Azwan terus diberikan kesihatan yang baik dan kudrat yang kuat untuk membantu mangsa banjir.

BACA >>> Ini Sebab Kenapa Insuran Tak ‘Cover’ Bila Kereta Ditenggelami Banjir
BACA >>> Senyum dalam Hiba, Bezza Baru Beli 3 Bulan Guna KWSP Musnah Dihanyut Banjir
BACA >>> Kali Pertama Terowong SMART Lencong 5 Juta Meter Padu Air, Boleh Buat KL Tenggelam!

SUMBER: Abdel Rahmanov

Abang viva azwan omar banjir Banjir Kilat Banjir Shah Alam Operasi menyelamat mangsa banjir Perodua Viva Unsung hero azwan Viral Viva bawa bot Wira Tak DIdendang
Farah

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 Untuk Jepun, Guna Transmisi AMT!

04/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.