Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tak Minat Kuasai Asean, Perodua Mahu Jadi Jaguh Malaysia!
Auto Terkini

Tak Minat Kuasai Asean, Perodua Mahu Jadi Jaguh Malaysia!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju31/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KALAU Proton kerap menyuarakan impian mahu bergelar pemain serantau suatu masa nanti, lain pula cerita Perodua. Pengeluar nasional itu mahu mendekati pengguna tempatan dan muncul sebagai jaguh Malaysia.

Malah, Perodua sudah mula bergerak ke arah misi itu dengan beberapa rancangan dan program sepanjang tahun ini yang jika berjalan lancar berpeluang mendominasi pasaran domestik. Tahun lalu, Proton menguasai beberapa segmen kenderaan tempatan Malaysia.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata;

Bagi Perodua, tahun ini kami mahu fokus kepada pasaran domestik dan pembangunan produk serta teknologi baharu. Antaranya konektiviti mobiliti. Kami masih mengujinya dan jika sudah siap, kami akan umumkannya.

“Daripada menjadi hab Asean untuk produk, kami lebih berminat memberi fokus kepada pembangunan produk supaya rakyat Malaysia dapat menikmati produk berteknologi lebih baik pada harga mampu milik.”

SITUASI EKSPORT PERODUA

Fokus ke pasaran domestik sememangnya langkah tepat kerana Perodua tidak mempunyai pasaran eksport luas. Satu-satunya pasaran baharu ialah Singapura menerusi model eksport, Aruz. Bagaimanapun, pengeluaran masih kecil.

Berkongsi mengenai eksport Perodua, Zainal Abidin berkata;

Kami masih tidak dapat lihat gambaran jelas mengenai aktiviti eksport . Contohnya, Sri Lanka masih ditutup. Tiada pula tempahan diterima dari Kepulauan Mauritus gara-gara industri pelancongan di sana terjejas teruk.

“Eksport tahun ini akan jadi amat minimium, iaitu kurang 2,000 unit ke Singapura, Brunei dan Indonesia.”

Zainal Abidin mengesahkan Perodua ada membuat survei di negara lain dan melihat ada potensi, tetapi butiran lanjut mengenainya tidak boleh didedahkan buat masa ini.

PENGELUARAN, PENDAFTARAN KENDERAAN PERODUA

Tahun ini, Perodua berhasrat menghasilkan 247,800 unit kenderaan dengan mencatat jumlah pendaftaran kenderaan lebih 265,000 unit. Jika tercapai matlamat itu, ia boleh dianggap rekod pengeluaran dan pendaftaran baharu buat Perodua. Malah jumlah jualan itu akan memberi pegangan pasaran sebanyak 40.6 peratus.

Perbezaan jumlah antara pengeluaran dan pendaftaran akan menjadi stok kenderaan. Ini mampu mengatasi isu tempoh menunggu lama untuk pelanggan dan pengedar menerima kenderaan.

APA STRATEGI PERODUA?


Perodua kini memiliki dua kilang di Rawang iaitu Perodua Manufacturing Sdn Bhd (PMSB) dan Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd (PGMSB) yang mampu menghasilkan 320,000 unit kenderaan setahun.

Zainal Abidin mengesahkan pihaknya ada membuat dua jenis pelaburan membabitkan kilang dan aspek logistik untuk memastikan output pengeluaran dapat dicapai.

Kita ada buat sedikit pelaburan tetapi bukan major. Kalau dekat kilang baharu PGMSB, pelaburan dari segi tambahan tenaga kerja dan proses untuk penghasilan kenderaan.”

Kilang
  • Perodua bercadang mengurangkan purata masa penghasilan sebuah kenderaan (tack time) daripada 1.45 minit kepada 1.35 minit di kilang PGMSB tahun ini. Sebenarnya, kilang PGMSB direka untuk mencapai tack time maksimum 1.0 minit.
  • Kilang lama (PMSB) nampaknya tidak boleh dibuat banyak pelaburan dan tack time ialah 1.8 minit untuk menyiapkan sebuah kenderaan.
  • PMSB menghasilkan Mvyi, Alza dan Aruz. PGMSB pula mengeluarkan segmen-A seperti Axia, Bezza dan Ativa.
  • Kerja lebihan masa (overtime, OT) hingga 3.5 jam sehari dan kerja pada dua hari hujung minggu. Bagaimanapun, misi itu tertakluk ekosistem Perodua khususnya vendor dan bekalan komponen.
Logistik

Pelaburan lebih tinggi kerana Perodua mahu pastikan sistem bekalan komponen mencukupi untuk mencapai sasaran jumlah pengeluaran tahun ini.

Pelaburan juga menumpukan aspek pengedaran dan mahu memastikan kenderaan yang dihasilkan lebih cepat dihantar kepada pengedar.

Perodua tidak mampu menyimpan stok lebih 7,000 unit kenderaan. Konsep kami Just-in-Time. Jika sistem edaran bergerak perlahan dan gagal menghantar kenderaan secepat mungkin ketika pengeluaran tinggi, akan timbul satu lagi masalah iaitu stokyard.

“Kami tak mahu labur untuk stokyard kerana ia pembaziran, tetapi mahu labur pada sistem penghantaran kenderaan. Kita dengan pengedar kena memastikan ada sistem pengambilan dan penghantaran yang lebih efisien.”

PENGECUALIAN CUKAI JUALAN


Zainal Abidin berkata, jika Kerajaan boleh melanjutkan insentif pengecualian cukai jualan hingga akhir tahun ini, langkah itu  memberi manfaat kepada pelanggan kerana Perodua memiliki jumlah tempahan tinggi yang belum dipenuhi (sekitar 70,000 unit).

Perodua yakin sasaran jualan dan pendaftarannya mungkin melepasi paras 250,000 unit tahun ini jika insentif itu berakhir pada 31 Disember 2022.

Auto Terkini Jaguh Malaysia Perodua roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.