• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tak Datang Beri Keterangan, JPJ Minta PDRM Keluar Waran Kesan Opai 

Tak Datang Beri Keterangan, JPJ Minta PDRM Keluar Waran Kesan Opai 

July 3, 2023 By Sharil Leave a Comment

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SUSULAN penggunaan nombor pendaftaran 'QPA1' yang bukan didaftarkan atas McLaren milik suami kepada aktres Fatin Afeefa, iaitu Aliff Awang atau Opai, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meminta bantuan polis mengesan lelaki itu bagi membantu siasatan.

Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata, sehingga kini suspek belum hadir ke Pejabat JPJ untuk dirakam keterangan selepas notis panggilan temu siasat diserahkan.

Kita sudah menyerahkan notis itu ke alamat rumahnya, tetapi selepas 14 hari dia tidak datang. Jadi kita meminta bantuan polis kerana mereka ada kuasa mengeluarkan waran dan mengesannya di rumah," kata Erick.

Beliau percaya Opai masih berada di ibu negara dan menganggap tindakan mengabaikan notis temu siasat itu sebagai mencabar JPJ.

Menurut laporan Harian Metro, JPJ Kuala Lumpur turut menggesa pemilik sebenar kenderaan mewah McLaren yang tular sebelum ini supaya tampil membuat laporan.

Terdahulu, pemilik sebenar McLaren 'QPA1', dikenali sebagai Hafiz Wasa mendakwa Opai sudahpun membeli kereta tersebut daripadanya November tahun lalu, tetapi masih belum menukar hak milik kerana agak sibuk dengan urusan perkahwinan, umrah dan sedikit pembedahan.

BACA >>> Biasalah Orang Kahwin Letak Nombor Plat Nama Sendiri, Atas Jalan Tak Pakai Pun
BACA >>> Opai Bukan Pemilik Nombor Plat QPA1 McLaren?

SUMBER: HarianMetro

Related

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aliff Awang, Auto Terkini, Erick Jusiang, Fatin Afeefa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Nombor Pendaftaran QPA1, Opai, PDRM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev