Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Timing Belt vs Timing Chain, Mana Satu Lebih Baik?
Autotainment

#TahukahAnda: Timing Belt vs Timing Chain, Mana Satu Lebih Baik?

ArifBy Arif16/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KEBANYAKAN kalangan kita sering mengajukan soalan kepada jurujual kereta sama ada kereta yang mahu dibeli itu menggunakan timing belt (tali sawat pemasa) ataupun timing chain (rantai sawat pemasa).

Ini antara soalan popular yang kerap ditanya pelanggan kepada jurujual kereta tanpa mengiran kereta baharu atau terpakai. Jadi, setiap jurujual perlu mengambil tahu fungsi dan perbezaan kedua-dua komponen itu.

BACA >>> Kymco KRV 175 (2021) – Skuter Maksi Pertama dengan Pacuan Tali Sawat Terbuka, Swingarm
BACA >>> #ApaNakBuat: 4 Tip Penjagaan Cat Kereta yang Perlu Anda Buat

Orang ramai seperti anda juga digalakkan mengambil tahu kerana ia melibatkan kos, cara penyenggaraan dan juga ketahanan kereta anda untuk jangka masa panjang dan pendek. Timing belt/chain adalah antara komponen paling penting untuk enjin kenderaan.

Kedua-dua komponen itu berfungsi menyelarikan fasa pusingan silinder, fasa buka-tutup injap yang membawa masuk aliran udara, dan mengeluarkan asap ekzos. Tanpa timing belt/chain, enjin tidak dapat berfungsi melainkan kereta anda menggunakan enjin jenis rotari seperti Mazda RX-8 dan Mazda Eunos Cosmo seperti pernah kami ceritakan dalamm artikel terdahulu.

Timing belt/chain berfungsi menggerakkan komponen atas enjin yang dikenali sebagai aci sesondol (camshaft) supaya seiringan dengan pergerakan aci engkol (crankshaft) di bawah enjin supaya dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

TIMING BELT dikategori sebagai komponen pakai buang. Ini kerana timing belt mempunyai jangka hayat tetap yang memerlukan penyenggaraan berkala. Komponen ini juga boleh terputus jika digunakan melebihi jangka hayat ditetapkan pengeluar.

Jika timing belt tidak disenggara hingga terputus sendiri, pemilik perlu menanggung kos baik pulih yang sangat tinggi kerana komponen dalaman enjin juga boleh turut rosak. Jadi, pemilik kenderaan jenis timing belt, anda disarankan menukar komponen iti setiap 100,000km.

Bagaimanapun, penukaran ini tertakluk kepada jenis, cara penggunaan dan penyenggaraan kenderaan.

TIMING CHAIN pula ialah komponen berbentuk rantai yang berfungsi memastikan kesinambungan pergerakan komponen enjin. Rantai itu dibuat daripada besi dan mempunyai banyak poin sambung yang akan kerap menghadapi geseran dan gegaran. Justeru ia memerlukan penggunaan pelincir untuk berfungsi dengan baik.

Berikut perbezaan utama antara timing belt dan timing chain:

1. Timing Belt Lebih Senyap Berbanding Timing Chain.

Komponen belt disaluti polimer yang sudah tentu dapat menyerap gegaran lebih baik. Bagaimanapun, kualiti rekaan kedap udara pada enjin model hari ini membuatkan isu bunyi bising bukan lagi menjadi masalah besar untuk kenderaan timing chain.

2. Timing Chain Mempunyai Jangka hayat Lebih Lama.

Timing belt disarankan ditukar setiap 80,000-100,000km, sebaliknya timing chain mampu bertahan hingga 150,000-300,000km atau seperti  disarankan setiap pengeluar.

3. Kos

Menukar dan menyenggara timing belt adalah lebih murah daripada timing chain. Ini kerana bahan digunakan timing belt lebih murah, dibuat daripada getah atau campuran polimer berbanding timing chain daripada besi. Bagaimanapun, ia perlu ditukar lebih kerap.

Timing chain pula dikatakan lebih berbaloi kerana tidak perlu kerap ditukar seperti timing belt. Timing chain tidak memerlukan penukaran dan penyenggaraan secara kerap kerana mampu berfungsi baik dalam tempoh masa lama.

Pemilik hanya perlu menjaga dengan menukar pelincir secara berkala supaya dapat berfungsi optimum dan mengelak terputus. Ingat, timing chain yang terputus juga menelan kos tinggi dan mampu merosakan komponen enjin lain.

Kesimpulannya, kedua-dua komponen itu menawarkan kelebihan dan kekurangan tersendiri. Apapun, pilihan di atas tangan anda!

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
BACA >>> #ApaNakBuat: 9 Tip Beli Kereta Sempurna (Ikut Bajet dan Keperluan)

autotainment Komponen Kereta Rantai Sawat Pemasa tahukah anda Tali Sawat Pemasa Timing Belt Timing Belt vs Timing Chain Timing Chain
Arif

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.