• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Tentang Sistem Mula-Henti (Start-Stop) yang Perlu Anda Tahu

#TahukahAnda: Tentang Sistem Mula-Henti (Start-Stop) yang Perlu Anda Tahu

August 12, 2020 By Talib 2 Comments

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TEKNOLOGI enjin mula-henti (start-stop) ketika berhenti masih tidak begitu popular di Malaysia. Teknologi ini dibawa masuk ke negara ini menerusi kenderaan buatan Jepun. Di Negara Matahari Terbit itu, boleh dikatakan semua kereta mempunyai teknologi mula-henti, termasuk lori berenjin kecil.

Enjin kereta akan mati ketika kereta dalam keadaan pegun, dan dihidupkan semula apabila pemandu memijak pedal minyak.  Kini, pengeluar kenderaan di Malaysia sudah mula  menggunakan teknologi ini dalam usaha meningkatkan tahap penjimatan bahan api produk masing-masing.

BACA >>> #PanduUji: Perodua Bezza (2020) vs Proton Saga (2019) Facelift, Siapa Menang Drag?

Teknologi sebegini semenangnya cukup berguna untuk diimplementasi terhadap kenderaan urban yang saban masa perlu mengharungi kesesakan lalu lintas di bandar-bandar.

Artikel ini akan menerangkan serba sedikit pengetahuan mengenai sistem mula-henti supaya anda tidaklah terkejut sekiranya enjin kereta anda booleh mati tiba-tiba ketika berhenti di simpang jalan atau lampu isyarat.

APAKAH SISTEM MULA-HENTI?

Sistem mula-henti bertujuan membolehkan sesebuah kereta memenuhi keperluan peraturan emisi yang lebih ketat. Secara asas, sistem ini akan menghentikan operasi enjin secara automatik ketika kenderaan berhenti dan menghidupkan semula enjin bagi mengurangkan masa operasi enjin apabila kereta tidak bergerak.

Situasi ini secara langsung mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan emisi. Kebiasaannya, kereta masih terus berfungsi apabila berhenti, bergerak perlahan ketika jalan sesak dan berhenti di simpang jalan. Jadi sistem ini hanya beroperasi mengikut pergerakan kenderaan, iaitu berhenti atau bergerak.

BAGAIMANAKAH SISTEM MULA-HENTI BEROPERASI?

Gambarajah komponen dalam sistem mula-henti.

Sistem mula-henti menghubungkan pergerakan kereta dan fungsi enjin sebagai asas utama. Sensor akan memberikan signal mengenai pergerakan kereta kepada unit kawalan elektronik (ECU). ECU juga perlu mengambil kira faktor lain yang mengawal pergerakan dan kondisi kereta.

Sistem mula-henti beroperasi apabila pedal brek ditekan atau pedal klac dilepaskan. ECU akan menghantar signal kepada sistem berkaitan bagi menyekat aliran minyak dan pembakaran bahan api supaya enjin berhenti beroperasi.

Simbol sistem mula-henti.

Apabila berhenti, keseluruhan tenaga elektrik bergantung kepada kuasa disalurkan daripada bateri. Dalam hal ini, pengeluar akan memastikan bateri mampu menyimpan dan menyalurkan tenaga elektrik dengan baik dan tahan lama.

Apabila pemandu meneruskan perjalanan dengan menekan pedal minyak atau klac. Sensor sekali lagi menghantar signal kepada ECU bagi membenarkan bahan api disalirkan semula sebelum mengaktifkan motor penghidup. Enjin kemudian akan beroperasi kembali tanpa memerlukan pemandu menekan sebarang punat tambahan atau memulas kunci kereta.

Sesetengah kereta ada butang nyah aktif sistem mula-henti.

Keseluruhan operasi mula-henti ini berlaku secara automatik. Malah, sesetengah pengeluar menawarkan opsyen nyah aktif berupa punat khas kepada pemandu yang tidak mahu menggunakan sistem ini.

Berdasarkan penerangan di atas, kita dapat faham bahawa sensor ialah nadi utama kawalan sistem mula-henti menerusi hantaran signal kepada ECU. Sensor seperti sensor gas neutral, sensor halaju tayar dan sensor engkol (crank) ialah komponen utama yang menghantar signal untuk sistem ini.

Semua sensor tersebut membantu sistem mula-henti mengenal pasti sama ada kereta sedang bergerak atau berhenti. Tetapan pada ECU adalah untuk memastikan sistem kawalan enjin berada pada tahap terbaik. Sensor bateri pula menghantar maklumat mengenai bateri dan mengawal penggunaan arus dalam sistem elektrik kereta ketika berhenti dan bergerak.

Di sini, ketahanan dan kesediaan bateri menyalurkan tenaga elektik adalah penting bagi memastikan kereta dengan sistem mula-henti dapat dihidupkan dengan lancar apabila sistem aktif.

KELEBIHAN SISTEM MULA-HENTI

Kelebihan sistem mula-henti banyak tertumpu kepada pengurangan penggunaan minyak dan kesan pembebasan gas ekzos. Enjin yang kerap dimatikan bermakna bahan api banyak dijimatkan, sekali gus membantu pemandu mengurangkan pening kepala dengan kadar turun-naik harga minyak.

Sistem mula-henti juga memberikan pemandu lebih kilometer ketika memandu dalam kesesakan di lebuh raya ketika musim perayaan. Ketika berhenti, enjin akan berhenti dan tiada pembakaran bahan api berlaku. Ini secara tidak langsung mengurangkan kadar pencemaran udara. Pemandu juga akan rasa lebih relaks ketika memandu jauh atau sesak kerana enjin dapat berfungsi lebih cekap.

KEKURANGAN SISTEM MULA-HENTI

Berdasarkan sejarah model yang menggunakan sistem mula-henti, rata-rata memerlukan lebih penjagaan dan pemantauan terhadap keseluruhan sistem enjin.

Bateri yang digunakan memerlukan kapasiti lebih besar, lebih berat dan lebih mahal. Motor penghidup perlu diperiksa bagi memastikan jangka hayat lebih lama. Bering bebola (ball bearing) pada engkol enjin pula mungkin cepat rosak.

Bagaimanapun, ini hanya beberapa persepsi pada sistem mula-henti dan kebarangkalian kerosakaan sebenarnya sangat rendah. Namun, pemandu tetap perlu menimbangkan aspek kekurangan sistem ini yang memerlukan ketahanan pada beberapa komponen dalaman enjin.

KESIMPULAN

Contoh bateri khas untuk kereta dengan sistem mula-henti.

Apapun, pengeluar kenderaan pasti akan cuba meningkatkan ketahanan sistem enjin supaya serasi dengan sistem mula-henti. Ini kerana teknologi tersebut memberikan impak yang sangat baik terhadao keputusan ujian kadar pembebasan emisi karbon.

Kos pembuatan dan servis mungkin lebih tinggi, tetapi di Malaysia, sistem ini sudah pun sedia digunakan model kereta mampu milik seperti Perodua Bezza. Tidak salah untuk kita menggunakan sistem ini bagi menjimatkan perbelanjaan bahan api dan mengurangkan pencemaran udara yang diihasilkan  kenderaan.

Nasihat kepada pemandu baru, anda mungkin rasa sedikit risau ketika enjin mati, tetapi apabila sudah biasa anda akan menyedari sistem mula-henti ini sebenarnya memudahkan.

BACA >>> Bagaimanakah Sistem Mula-Henti (Start-Stop) Bekerja? Benarkah Tidak Reliabel?

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Sistem Mula-Henti, Start-Stop System, tahukah anda, teknologi automotif, Teknologi Kenderaan

Comments

  1. ira says

    June 22, 2023 at 2:12 PM

    hai nak tanya, kenapa ya kereta saya sekarang dah tak mati enjin ya bila berhenti? saya tak offkan pun butto tu. tp tetap tak berfungsi macam sebelum ni. adakah ada kerosakan yg dialami?

    Reply
    • Azhan O says

      December 26, 2023 at 1:40 PM

      Rujuk ke pusat servis

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev