Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Tentang ‘Resale Value’ yang Perlu Anda Tahu
Auto Terkini

#TahukahAnda: Tentang ‘Resale Value’ yang Perlu Anda Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/10/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA mahu beli kereta baharu, adakah kita perlu mempertimbangkan tentang nilai jual semula atau resale value (RV)? Soalan ini ringkas, tetapi penting untuk dijawab sebelum membeli kereta. Anda mungkin akan jual atau tukar beli (trade-in) kereta tersebut di kemudian hari apabila tiba masanya.

* Perkataan nilai jual semula selepas ini akan digantikan RV untuk memudahkan pemahaman.

APAKAH RV?

Definisi RV bermaksud berapakah nilai kereta kita selepas dibeli apabila mahu dijual atau ditukar beli kelak. Jumlah itu bergantung kepada banyak faktor, dan sebahagian daripadanya tidak mampu kita kawal. Cara membaca RV ialah membandingkan kereta anda dengan model pesaing dalam julat harga beli sama yang juga dibeli pada tahun sama.


APAKAH YANG MEMPENGARUHI RV?


Bukanlah satu kesalahan apabila RV sentiasa jadi prioriti yang selalu terlintas dalam fikiran pembeli kereta baharu. Selain tawaran waranti diberikan pengeluar, RV juga antara faktor yang membuatkan kita tenang membeli kereta selepas mengetahui kereta yang dibeli itu dapat dijual semual pada harga tinggi apabila tiba masa bertukar selera.

BACA >>> 11 Orang Ini Patut Beli Kereta Terpakai Saja! Jangan Nak ‘Eksyen’ Lebih Naa…

Ini bukan hal atau peel orang Malaysia saja, tetapi majoriti pembeli seluruh dunia memang mengambil berat hal RV dalam pembelian kereta baharu. Malah, faktor RV dapat membantu kita membuat keputusan ketika menghadapi dilema memilih dua model diminati. Hasilnya, kebanyakan orang akan cenderung memilih model yang memiliki RV tinggi.

Jadi apakah faktor yang mempengaruhi RV?

1. MEWAH DAN ADA REPUTASI 

Jenama mewah tertentu dengan reputasi baik memiliki RV tinggi. Di Malaysia, model sedan Mercedes-Benz memiliki RV tinggi berbanding jenama mewah lain seperti BMW, Volvo atau Lexus. Bukan faktor mewah sahaja menentukan nilai RV, tetapi reputasi yang sudah lama terbina. Mercedes bukan hanya mewah tetapi mampu menyerlahkan status diri si pemilik.

2. TURUN NAIK HARGA MINYAK

Di Amerika misalnya, RV trak dan kenderaan utiliti sukan (SUV) meningkat apabila harga bahan api menurun. Di Malaysia juga tidak terkecuali walaupun harga minyak mungkin kurang memberi impak besar kepada RV, tetapi tetap ada. Kereta jimat biasanya memilik RV tinggi berbanding kereta yang disebut ramai sebagai ‘kuat makan minyak’.

3. MODEL LAKU, RV NAIK


Apabila sesuatu model itu banyak terjual, RV juga boleh meningkat. Ambil contoh Perodua Myvi generasi pertama dan kedua yang menjadi model paling laris Malaysia. Model itu memang diketahui umum mencatatkan kadar susut nilai rendah walaupun sudah berusia. Faktanya memang begitu, lagi laris sesebuah model kereta, maka RV juga akan naik.

4. TREND SEMASA

Nilai RV turut berubah mengikut cita rasa atau trend pengguna yang akan turut mempengaruhi harga kereta terpakai. Pengguna akan lebih memilih kereta kecil, kompak dan jimat apabila harga bahan api meningkat. Apabila minat pembeli beralih kepada trend SUV, harga SUV di pasaran terpakai pula meningkat. Ini secara tidak langsung mempengaruhi RV.

Malah, apabila cita rasa pengguna tidak lagi kepada SUV, ia juga mampu menyebabkan harga RV kenderaan itu merosot. Sesiapa pun tidak boleh mendabik dada bahawa RV kereta yang dibelinya akan sentiasa tinggi.

5. KOS SENGGARA DAN ALAT GANTI

Ada jenama kereta tertentu yang sinonim dengan kos senggara dan alat ganti murah dan ada pula sebaliknya. Sesetengah pembeli tidak kisah membeli kereta terpakai berharga sedikit mahal walaupun lanjut usia kerana tahu kos menyenggara dan membeli alat gantinya murah.

Sebaliknya kereta mewah dan mahal yang dijual murah tidak pula diburu pembeli kereta terpakai kerana mereka tahu tentang kos alat ganti yang perlu ditanggung.


BAGAIMANAKAH NAIKKAN RV?

Pemilik yang peka dengan RV secara tidak langsung akan mempengaruhi cara dia menjaga keretanya. Ini kerana kereta yang dijaga baik mempunyai RV tinggi. Walaupun RV kereta itu rendah, penjagaan rapi mampu menaikkan RV. Apatah lagi kereta dengan RV tinggi yang dijaga rapi. Sudah tentu RV kenderaan itu dapat dinaikkan lebih tinggi.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi… (13 Tip)

Jadi, apabila kita sedar tentang kepentingan RV, kita akan jadi lebih bersemangat dan berhati-hati terhadap aspek penyenggaraan kereta. Ironinya, ada tip menyebut pemilik kereta RV rendah lebih cederung menjaga kereta mereka dengan baik.

1. DISENGGARA BAIK

Kereta dijaga baik dapat naikkan RV.

Sudah semestiny, kereta perlu disenggara baik, terutama jika memilih untuk memilikinya dalam tempoh lama. Tetapi, kini kita ada alasan lebih baik untuk menjaga dengan lebih cermat dari segi tempoh servis dan rutin penyelenggaraan lain. Tidak dilupakan juga kepedulian kita membaik pulih masalah dialami kereta. Kereta bermasalah akan jadi lebih teruk jika tidak dibaik pulih.

2. TAHAP UBAH SUAI/MODIFIKASI

Sudah tentu kita boleh menaikkan atau menurunkan RV menerusi tahap ubah suai dan modifikasi. Faktanya, kereta yang banyak hilang ciri asal atau tidak lagi standard akan merendahkan RV. Malah kereta yang diubah suai juga akan mengecilkan sasaran pembeli kita.

Ini kerana tidak semua pembeli sukakan Myvi yang diubah suai menjadi Passo kerana memikirkan hal mencari alat ganti yang mungkin melecehkan. Tetapi pada masa sama, kereta modifikasi mudah terjual di kalangan kumpulan sasaran walaupun kumpulannya kecil.

Hati-hati juga dengan produk aftermarket yang kononnya bertujuan menambah jangka hayat dan ketahanan kereta kereta ia berisiko menjejaskan RV. Misalnya aksesori dan alat ganti bersifat peribadi seperti rim sport, skirt sisi, spoiler, bampar depan dan belakang dan lain-lain yang mengubah ciri asal model itu. Alasannya, tidak semua orang berkongsi cita rasa sama dengan anda. Pembeli berumur sudah tentu tidak mahu membeli kereta dengan rim sport hitam bercorak terlalu ranggi.

3. CIRI DAN TAMBAHAN AKSESORI, CIRI

Selain ubah suai visual di atas, ada beberapa opsyen yang dikenal pasti dapat membantu pemilik memaksimumkan RV. Di Malaysia, kereta automatik lebih tinggi RV berbanding manual. Begitu juga kereta dengan spesifikasi pertengahan, tidak terlalu basis dan tidak pula terlalu premium.

Aksesori tambahan lain ialah upholsteri kulit, tetapi pastikan memilih warna selamat seperti hitam, coklat atau krim. Jika anda mahu membeli kereta sport, transmisi manual dapat membantu meninggikan RV. Peminat kereta sport lebih berminat dengan tombol gear berbanding transmisi automatik.


ABAIKAN RV JIKA ANDA…

RV hanyalah antara sekian banyak faktor yang mempengaruhi keputusan membeli kereta. Bukan semua orang pedulikan RV dan janganlah pula biarkan diri kita dibelenggu masalah RV sampai melupakan faktor lain. Ingat RV bukan faktor nombor satu memilih kereta!

1. RV BUKAN NOMBOR SATU?

Kita mungkin membeli kereta atas faktor keseronokan memandu, praktikaliti, gaya, penjimatan, reliabiliti, waranti, khidmat pelanggan, sukakan sesuatu jenama dan faktor lain. RV? Siapa peduli!

2. MAHU SEHIDUP SEMATI DENGAN KERETA

Jika anda memang bercadang sehidup semati dengan kereta yang dibeli itu, maka faktor RV langsung tidak relevan lagi. Ketahuilah, tidak semua manusia atas planet Bumi ini yang sentiasa fikirkan tentang RV ketika mahu membeli kereta. Ramai saja yang memang tidak ambil ‘pot’ langsung pasal perkara itu. Dan mereka tiada masalah memiliki sesuatu kenderaan sampai mereput dan tersadai di belakang rumah. RV? Apa tu?

3. MAHU PAKAI LAMA

Kepada mereka yang gilakan RV, ingat, RV tinggi tidak berlaku setiap tahun. Setinggi mana pun RV kereta itu, kalau semakin lama dipandu, maka semakin rendahlah nilainya hingga kekal pada suatu tahap harga. Jika terus menerus disimpan, RV kereta itu mungkin tiada lagi harganya. Kata orang, bagi free pun aku tak ingin. Sesebuah kereta itu tetap ada permintaan selagi harganya diterima akal.

Proton Wira misalnya, memang mustahil akan dijual sehingga RM20,000 melainkan kereta anda itu pernah dinaiki selebriti atau tokoh tertentu. Itupun kalau ada berminat membeli.

4. GENG KERETA OLDSKOOL

Tidak semua kereta lama ada nilai ‘collector items’

RV tiada nilai bagi peminat dan pengumpul kereta klasik. Walaupun dalam kondisi terbaik sekalipun, sesebuah model lama, yang bukan berstatus barang pengumpul atau collector items, tidak akan mampu dijual pada harga tinggi. Ambil saja contoh model Wira. Namun, masih ada pengecualian, bergantung kepada model dan jenama.


SIAPA PERLU PEDULI RV?

Jika anda seorang yang begitu mementingkan belanja dan bajet bulanan untuk membayar kereta, memang ada baik  memikirkan hal RV. Sekurang-kurangnya di negara ini, pemilik bajet tidak akan menjual kereta hanya selepas memilikinya selama 3 tahun kerana takut rugi dan harga terpakai menyusut teruk. Silap haribulan, kena bayar pula untuk menjual!


FAKTOR LUAR KAWALAN

Walaupun kereta kita dijaga, disenggara dan dalam kondisi terbaik, ada faktor luar kawalan yang tidak dapat dihalang. Sebagai contoh, jika kita membeli sedan, tetapi tiba-tiba segmen trak dan SUV menjadi sangat popular sebelum sempat menjualnya, ia berpotensi menyusutkan RV.

Begitu juga kereta ‘kuat minyak’ yang sebelum ini tidak jadi isu besar pada zaman itu. Malah RV juga boleh tahan tinggi. Namun, lonjakan harga minyak semasa mampu membuatkan RV berubah drastik.

Ada juga faktor kecil yang turut memainkan peranan, seperti tahap populariti dan kegunaan kenderaan tersebut di sesuatu kawasan. Trak dan SUV misalnya, tentu lebih laris dijual di negeri Borneo seperti Sabah dan Sarawak, manakala kereta kompak laris di bandar-bandar. Kalau di pedalaman atau daerah kecil, kereta mewah dan sport mungkin tidak dapat dijual langsung!

SUMBER: ThePennyHoarder.com

autotainment Kereta terpakai nilai jual semula nilai jual semula (RV) resale value (RV) Roda4 RV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.