Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Tentang Sejarah Penyaman Udara (A/C) Kereta yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#RetroAuto: Tentang Sejarah Penyaman Udara (A/C) Kereta yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman13/10/20193 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENYAMAN udara (A/C) mula muncul dalam dunia automotif pada 1939 dengan Packard Motor Company menjadi syarikat pertama menawarkan sistem A/C pada kenderaannya. Bagaimanapun, sistem A/C awal ada banyak kekurangan, terutama tiada kawalan di papan pemuka untuk menghidupkan A/C dan mengawal suhu.

Pada masa itu, pemandu perlu menyahsambung tali sawat kompresor secara manual daripada enjin untuk mematikan sistem. Mujurlah pengeluar tidak mengambil masa lama untuk mengatasi masalah tersebut.

Chrysler Imperial (1953).
Ventilator A/C sisi Chrysler Imperial
Alat kawalan A/C di papan pemuka.
Papan pemuka Chrysler Imperial.

Chrysler menjadi pengeluar pertama menawarkan sistem A/C yang dapat dioperasikan menerusi kawalan papan pemuka, dan menjadi opsyen bagi model Imperial (1953) (foto atas).

BACA >>> Fakta atau Auta: Setkan Suhu Penyaman Udara Paling Sejuk Punca Kuat Makan Minyak?

Poster iklan Nash Ambassador (1954) dengan ciri A/C.
Nash Ambassador (1954)

Pada 1954, Nash Ambassador (foto atas) menjadi kereta pertama menawarkan sistem A/C moden, dipanggil ‘Weather Eye’ yang dipasangkan dalam bonet. Unit ditawarkan Ambassador juga lebih kompak dan tidak mahal serta boleh mengitarkan udara dalam kereta atau  menggunakan udara segar dari luar seperti fungsi A/C hari ini.

Di bawah ialah beberapa fakta penting lain mengenai penyaman udara atau A/C yang perlu anda tahu:

  • Packard (1939) (foto atas) ialah kereta pertama menawarkan ciri A/C yang siap dipasangkan di kilang.
  • Menjelang 1969, lebih separuh daripada semua kereta baharu yang dijual dilengkapkan dengan A/C.
  • Sesetengah jenama menampal pelekat khas untuk memberitahu kepada pembeli bahawa kereta mereka ada A/C.
  • Bagi kereta yang tiada A/C yang siap dipasang di kilang, pengedar mengambil inisiatif memasangnya sendiri. Unit A/C di bawah papan pemuka sangat popular ketika itu.
  • Pada 1971, artikel laman utama dalam New York Times (NYT) meramalkan penciptaan AC bakal menamatkan hayat kereta-kereta konvertibel yang direka dengan bumbung terbuka. NYT menulis, “Pada era penyaman udara, udara sebenar sudah hilang nilai.”
  • Selepas freon, iaitu gas penyejuk yang digunakan dalam unit AC disalahkan sebagai punca penipisan lapisan ozon, pengeluar mula beralih kepada R12 dan R134a menjelang 1996.
  • Ciri kawalan iklim dwi-zon automatik (automatic dual-zone climate control) membolehkan tetapan suhu dibuat secara berasingan untuk pemandu dan penumpang. Sesetengah kereta menawarkan zon tambahan untuk penumpang belakang.
  • Volkswagen menggelarkan sistem A/C manual mereka sebagai ‘Climatic’, manakala A/C automatik sebagai ‘Climatronic’.
  • Hari ini, lebih 99 peratus kereta baharu mempunyai A/C.
  • Masih ada kereta yang tiada A/C, iaitu model asas seperti Chevrolet Aveo; Honda Civic; Hyundai Accent dan Elantra; Jeep Wrangler; Kia Forte dan Rio; Mazda 3; Mitsubishi Lancer; Nissan Versa; dan Toyota Tacoma. Semua model itu ditawarkan di negara beriklim sejuk sahaja.
  • Ujian dilakukan Consumer Reports mendapati penggunaan A/C menyebabkan pembaziran bahan api sebanyak 3 batu per gelen (mpg) atau 1.28km per liter pada kelajuan lebuh raya. Sebaliknya, memandu dengan tingkap terbuka pula tidak menjejaskan kecekapan bahan api.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Tabiat Buruk Ini Boleh Jadi Punca Penyaman Udara Cepat Rosak

SUMBER: Automobilemag.com

A/C pemyaman udara (AC) pendingin hawa kereta Retro Auto sejarah sejarah penyaman udara kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.